TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 49 : Theme Park 🎠

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (26:00 minutes for episode 49)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Bersambung dari Episod 48 bila Treasure perlu habiskan permainan The Golden Bell Challenge dengan rakaman video di guesthouse lepas vlive birthday Hyunsuk. Dah kenyang makan, Treasure kemas tempat diorang makan kemudian makan buah. 

Masa soalan berkenaan buah tu keluar memang susah lah nak jawab walaupun orang tu nampak apa yang Mashiho dengan Doyoung makan masa tu. Otak kita mana lah nak ingat benda macam tu walaupun depan mata. Makan tengahari semalam menu apa pun dengan mudahnya lupa sebab memori yang tak penting melainkan hari istimewa ataupun menu yang jarang makan. 


Comel betul respon Hyunsuk bila nampak baby cow terjatuhkan barang dari peti ais. Reaksi dia macam mak-mak kita bila tengok adik cemerkap buat kerja. Aigoooo Junghwan-ah~~! Dekat guesthouse ataupun masa main game member Treasure tak pernah putus bagi semangat dekat maknae comel ni. Junghwan muncung mulut sikit je laju yang abang-abang ni pujuk walaupun abang yang tua setahun je. 

Lepas makan Hyunsuk dengan Jihoon tunggu semua anak-anak tidur sambil pesan suruh buka selimut sebab sejuk. Yoshi tegur Hyunsuk dengan Jihoon macam eomma dengan appa tunggu anak-anak tidur. Tapi anak-anak ni jenis degil, nak tidur pun macam-macam ragam. Hyunsuk jerit dari jauh je siapa paling lambat tidur kena kemas haa terus laju semua pergi tidur. Hyunsuk gelak je tengok Jaehyuk mengadu Jeongwoo main handphone padahal semua member kena simpan handphone dalam kotak. 


Baru je bertenang nak tidur tiba-tiba kecoh balik sebab ada serangga datang. Kesian Asahi tak boleh tidur sebab semua bising. 3% extrovert dia dah habis jadi dia dah tak ada tenaga nak bergerak dah. Sudahnya dia lari masuk tidur dalam almari. 

Comel sangat bila Treasure buat surprise birthday party untuk Hyunsuk dekat guesthouse tu. Tak sangka langsung ada surprise party sebab semua berlagak macam tak ada apa. Bila dah buat surprise macam tu memang susah lah nak tidur walaupun dah tutup lampu. Asahi tiba-tiba cakap dia sayang Haruto dengan member yang lain.


Pemenang untuk game The Golden Bell Challenge ni bila Treasure dapat buat apa yang diorang suka sepanjang satu episod so Treasure buat permintaan untuk pergi ke Lotte Theme Park sebab diorang ada tiket percuma yang ditaja oleh Lotte World. Malam tu Treasure boleh main semua attraction secara percuma, tak kisah berapa banyak kali diorang nak pun. Boleh beli mana-mana merchandise dekat situ jugak. 


Masa naik Viking tu semua member okay lagi menyanyi My Treasure tapi tak lama lepas tu mata Yedam dah berair dah sebab dia takut. Memang riuh lah Lotte dengan suara 12 orang member Treasure. Yang paling kuat menjerit haruslah Haruto dengan Jeongwoo. Bukan sebab takut tapi sebab excited dapat main. 


Lepas Viking Treasure have fun naik roller coaster tanpa Yedam. Kelakar bila tengok Yoshi dah elok confident naik roller coaster sebab seat tu dah berkunci tapi jadi seram bila Junkyu terkejut dengan soalan dia. Junkyu dah la separa penakut jugak. Patutnya diorang kena duduk dengan member yang berani. Takut-takut pun diorang pun menjerit request nak ride lagi sekali. 

‘Jaehyuk, this won’t kill you! It will just be going fast.’ – Asahi


Comel tengok Treasure naik Merry Go Round walaupun masing-masing ride dengan gaya masing-masing. Banyak lah moment comel Treasure dekat Lotte World. Puas hati dapat tengok diorang have fun. Thank you YG!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.