TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 33 : Blue Marble Game 🎲

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (25:08 minutes for episode 33)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Bersempena dengan Tahun Baru Cina, Treasure dapat travel dunia dengan main permainan The Blue Marble Game. Treasure dibahagikan kepada 3 kumpulan dan diberikan satu kuda mini untuk travel di atas kain rentang permainan tersebut. Setiap negara mempunyai misi tersendiri untuk dilaksanakan oleh mana-mana kumpulan yang berhenti di negara tersebut. 

Kumpulan yang paling banyak kumpul berlian akan dikira sebagai pemenang. The Blue Marble Game akan tamat setelah 2 kumpulan berjaya habiskan 2 pusingan permainan. Sama seprti mana-mana board game dengan konsep yang sama, ada special card yang akan menentukan nasib tuah atau malang kumpulan tersebut. 


Kumpulan Seoul : Doyoung, Yedam, Jaehyuk, Hyunsuk
Kumpulan Jepun : Yoshi, Mashiho, Asahi, Haruto
Kumpulan Countryside : Jihoon, Junkyu, Junghwan, Jeongwoo

Comel tengok Kumpulan Countryside supportive bila Baby Cow gagal laksanakan misi game tu. Jeongwoo yang tua setahun tu pun tak pernah marah maknae sebab tak nak adik kesayangan diorang menangis. Jeongwoo siap cakap ‘First time are always hard’ padahal dia first audition dia dekat YG terus terpilih sampai dapat debut dalam Treasure hshshs


Masa main game tu Kumpulan Seoul dapat Kad Tahniah jadi diorang kena fikir satu moment untuk diorang semua ucap tahniah. Yedam bagitahu dekat situ lah Treasure buat live countdown sebelum lagu debut Boy ditayangkan di Youtube. Kenangan yang manis dan susah dilupakan lah sebab lagu debut jadi titik permulaan Treasure sebagai idol group di bawah talent agency YG Entertainment. 

Kelakar tengok muka Kumpulan Jepun cuak bila dapat misi untuk gusti tangan. Kalau menang diorang boleh curi 3 berlian dari kumpulan lain. Tapi nak menang tu agak seram kalau wakil Kumpulan Jepun kena lawan dengan Park Jihoon. Tangan dia tangan yang selalu pergi gym. 


Sepanjang game ni Kumpulan Jepun yang paling aktif sekali sebab semua stay dalam satu kumpulan. Bila berbincang strategi kemain serius guna Bahasa Jepun. Bila menang game kemain bersorak sakan sampai lupa diri. Punca Kumpulan Jepun boleh dapat banyak berlian haruslah sebab Mashiho. Dari Treasure Map Season 1 (2020) membawak ke Season 2, title dia sebagai MVP tak pernah jatuh dari carta. Comel sangat tengok Yoshi jerit nama Mashi masa gusti tangan tu. 


Masa Jihoon dah redho yang Kumpulan Countryside nak kalah tu Junkyu yakinkan dia diorang ada harapan nak menang kalau Jeongwoo boleh baling dadu dapat 1. Kelakar dan comel dalam masa yang sama sebab perwatakan diorang berbeza tapi boleh jadi kamcheng. Jihoon sejenis yang realistik tapi Junkyu sejenis optimis. Sama juga masa dalam Episod 32 bila diorang berdebat pasal survival skills kalau meteoroid hentam bumi. 

Dalam episod ni YG staff boleh buat kerja dengan tenang sebab kamera letak di bahagian tepi dengan depan kebanyakannya tapi berderau jugak darah rasanya bila Doyoung lambung dadu tinggi. Sikit je lagi nak kena kamera dekat siling. Treasure pun bebas main game sampai hyper berlari melompat sana-sini sebab tak ada tripod atau self camera untuk setiap member.. Kudos to staff lah sebab ambil masa yang lama untuk rakam dan edit episod ni sebab lama juga Treasure main The Blue Marble Game. 


Tapi kelemahannya satu je lah bila translator tak terjemahkan semua perbualan Treasure terutamanya Kumpulan Jepun padahal banyak benda kelakar yang diorang sembang. Kalau yang faham tu syok lah nak layan tapi yang bergantung semata dengan subs memang mati kutu. Anyway, tahniah kepada kumpulan yang menang sebab dapat hadiahkan barang berharga untuk keluarga masing-masing. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

2 comments

  1. Tak pernah dgar pasal game show ni…seronok gak melayan game show ni kan kalau boring2

    ReplyDelete
  2. Comel je aksi masing-masing bermain game..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.