TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 35 : Audition Web Drama 🎬

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (24:51 minutes for episode 35)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Dekat awal episod Jeongwoo dengan Junkyu dah terkejut sebab ada 14 mikrofon bukannya 12 macam selalu. Buat pertama kalinya staff YG bagi Treasure buat ujibakat untuk berlakon dalam web drama berjudul ‘It’s Okay, That’s Friendship’. Ujibakat yang diadakan ni bakal menetukan watak untuk setiap ahli Treasure sama ada utama ataupun watak sampingan. 


Sebelum ujibakat diadakan, mereka semua perlu isi borang yang disediakan oleh staff YG. Kemudian staff akan bagi nombor giliran kepada semua ahli. Jaehyuk dah cuak sebab nampak real sangat ujibakat ni. Junkyu dah teringat zaman ujibakat dia masa nak jadi trainee YG Entertainment. Dah lah dia paling senang anxiety. 

Kumpulan pertama – Junkyu, Yedam, Jaehyuk dan Jihoon dipanggil masuk. Terkejut bila tengok Eun Jiwon dan Suwon SECHSKIES yang jadi juri untuk ujibakat lakonan webdrama. Jauh betul beza Treasure dengan SECHSKIES, generasi pertama yang debut di bawah YG Entertainment. Cara idol dulu dengan sekarang pun jauh berbeza. Culture shock Jiwon bila Junkyu asyik buat aegyo depan dia. 


Jiwon : Since this is a casting audition, we’re going to focus on your acting. What do you think acting is all about?
Jihoon : Acting is lying!

Kumpulan kedua – Hyunsuk, Mashiho, Junghwan, Asahi lebih confident lah nak masuk untuk uji bakat sebab Junghwan pernah berlakon masa kecil dulu. Mashiho pula pernah berlakon dalam music video AKMU. Kelakar tengok Asahi tunaikan permintaan Jiwon walaupun random sampai staff YG dekat tepi tu tepuk tangan tengok effort Asahi. 


Walaupun baby cow pernah jadi pelakon kanak-kanak tapi bila dah besar ni overconfident pulak sampai risau juri tengok lakonan dia. Terhibur betul Suwon dengan Jiwon tengok perangai Kumpulan 2 ni nak pulak bila ada Asahi. 

Kumpulan 3 – Doyoung, Haruto, Yoshi, Jeongwoo adalah kumpulan terakhir untuk sesi ujibakat web drama. Doyoung confident habis bila Jiwon tanya tentang kekuatan dia. Seram tengok lakonan psiko dia lepastu terhibur tengok lakonan Doyoung tanpa dialog. No wonder lah dia boleh dapat watak ketua kelas dalam web drama The Mysterious Class. Staff YG dah boleh propose Treasure dekat YG Stage untuk berlakon. 

‘Doyoung described himself as a rainbow. I can see all those colors.’ - Suwon


Jeongwoo letak menangis sebagai forte dia dalam lakonan. I mean Jeongwoo memang senang sangat menangis even makanan dia jatuh pun dia boleh menangis.  Tapi itu lah, menangis bukan senang macam Asahi yang jaguh dengan berpura-pura mati. Ada kelebihan jugak eh jadi 97% introvert dan 3% extrovert. 

Lepas selesai sesi pengenalan dan test tahap lakonan melalui beberapa sesi dan situasi, juri bagi satu baris ayat ‘Just stay put. You’re my bestie for life!’ dari web drama ‘It’s Okay, That’s Friendship’ untuk setiap ahli Treasure sebut dengan penuh penghayatan. Macam-macam jenis penghayatan juri dapat tengok dari 12 orang ahli Treasure tapi yang paling kelakar part Haruto sebab dia flex ketinggian dia. 


Habis sesi ujibakat dengan para juri, Treasure ucapkan terima kasih sebab bagi tunjuk ajar tentang dunia lakonan. Suka betul Suwon dan Jiwon dengan Jihoon, Yoshi, Junkyu dan Asahi. Baru jumpa pertama kali dah melekat nama diorang dekat kepala. 

‘Acting is the toughest for us. The tips we got makes a difference.’ – Hyunsuk

Tak sabar nak tengok web drama ‘It’s Okay, That’s Friendship’! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments

  1. Akak peminat YGE ya? Haha sy peminat tegar YGE hahaha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dari iKON terlayan Treasure pulak. Boleh lah nak kata fans YGE sebab konsep hip-hop haha

      Delete
  2. Hahaha.. jawapan dia.. Acting is lying..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.