First Time Tengok Persembahan Pianist Yang I-Deun

Sunday 8 May 2022

Masa balik dari memborong di IKEA ternampak ada stage dengan piano besar. Selama ni jalan-jalan dekat The Curve tak pernah langsung nampak free stage macam ni. Nampak poster dekat bahagian belakang tepi tu - Yang I-Deun. 


Bila Google siapa Yang I-Deun (pronounced as Eden), rupanya pianist dari Korea ni belajar main piano sejak berumur 6 tahun lagi. Dia memang selalu buat persembahan dekat The Curve setiap hari Sabtu dan Ahad jam 12 tengahari hingga 1 tengahari, jam 2 petang hingga 3 petang dan jam 4 petang hingga 5 petang. Sebelum ni ada yang pernah tengok persembahan dia dekat Menara Hup Seng, Bangsar Village, Tropicana City Mall ataupun Atria Shopping Gallery. 

Dah lama dah dia buat persembahan piano secara percuma ni sejak 2013 lagi. Ni yang I nampak apa orang update dekat form dan blog. I tak berani nak approach in person sebab I just kebetulan nampak dia je hihu. 


I just stay for a while je, layan satu lagu sebab masa ni nak pergi beli sushi dekat Empire Sushi. Tak boleh lambat nanti habis sebab tengah lunch hour hehe. Best tengok dia main piano sebab smooth je. Rasa terbuai betul bila dengar alunan merdu piano tu. Hilang penat beratur lama dekat IKEA bila dengar lagu yang dimainkan. 


I'm no expert in music especially piano so tak tahu lah key dia betul ataupun tak, dia professional player ataupun tak tapi kalau sampai rasa happy bila dengar tu kira power la kan? Ramai juga yang stay dan duduk dekat bangku yang staff The Curve Mall sediakan. Kira dia memang ada fans tersendiri lah sebab masa nak balik tu lalu lagi dekat sini pun orang yang sama stay dari awal sampai habis. 

Next time kalau ada masa lagi I'll try enjoy for one hour performance. Kalau nak tahu lebih lagi pasal pianist Yang I-Deun ni boleh baca dekat blog Cantuslupus :)

2 comments

  1. mesti layan dengar. lejen sungguh kalo pianist buat konsert free begini

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak masuk the curve ini.. Sesekali layan persembahan macam ini pun best juga..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.