Movie Review | Thar (2022)

Friday 6 May 2022


Director : Raj Singh Chaudhary
Writer : Raj Singh Chaudhary, Anurag Kashyap (dialogue)
Cast : Harshvardhan Kapoor, Anil Kapoor, Fatima Sana Shaikh, Satish Kaushik
Production Company : Anil Kapoor Films & Communication Network
Distributor : Netflix
Genre : Action / Thriller
Running Time : 108 minutes
Release Date : 6 May 2022
Trailer:


Berlatarkan tahun 1985, penjual barangan antik Siddharth Siddharth Kumar (Harshvardhan Kapoor) mencari Panna (Jitendra Joshi) untuk bekerja dengan dia di bandar Delhi. Kedatangan dia ke kampung kecil di Rajashtan mendapat perhatian pihak polis, Inspektor Surekha Singh (Anil Kapoor) yang sedang mencari pembunuh kejam. 


Suva dibunuh dengan bahagian telinga dikerat dan digantung sehingga mati. Nampak seperti amaran kepada rakan kongsi yang keluar bekerja di Kolkata. Dalam masa yang sama, pasangan suami isteri ditembak hingga mati setelah harta mereka dirompak oleh geng yang diketuai oleh Dacoit Hanif Khan (Rahul Singh). Menteri dah bagi amaran kepada Surekha supaya tutup segera kes tersebut sebelum ramai orang tahu. 

Dua kes jenayah ni tak lah berkait tapi Inspektor Surekha terpaksa bergelut dengan dua penjenayah besar setelah 25 tahun berkhidmat sebagai polis. Isteri dia dah pesan supaya jangan berlagak hero tapi kalau dia duduk diam saja di pejabat, macam mana nak naik pangkat? Siddharth pula selalu bertembung dengan Inspektor Surekha dan gerak-geri dia menimbulkan banyak persoalan. 


Lepas movie AK vs AK (2021), movie Thar adalah movie kedua Anil Kapoor bekerja dengan Anurag Kashyap, pengarah yang terkenal dengan movie indie. Walaupun usia dia dah mencecah 65 tahun tapi usia bukan penghalang untuk dia terus bersinar dalam industri perfileman dengan skrip dan watak yang bagus. He just proved his worth time over time. 

Movie Thar juga adalah movie pertama Anil Kapoor bekerja dengan anak bongsunya, Harshvardhan Kapoor. Sebelum ni Harsh buat cameo dalam AK vs AK tapi tu macam miss and blink je. Kali ni memang pegang watak utama dan pegang watak dunia orang lain. Harsh jarang berlakon dan watak Siddharth ni tak lah serlahkan bakat lakonan dia sangat sebab watak banyak mendiamkan diri dengan dialog yang minimal. Sama macam debut movie dia, Mirzya (2016). 


Pacing movie Thar agak perlahan dan tak lah banyak pun plot yang berlaku sepanjang 108 minit ditayangkan tapi setiap kali Siddharth buat kerja dia, ada lah babak yang mengerikan. Watak Siddharth mungkin misteri pada mulanya tapi bila Inspektor Surekha menyembang dengan pembantu dia (Satish Kaushik) tu slowly dah dapat tangkap lah dia sebenarnya siapa. Motif saja tak tau apa. 

Personally macam tak setuju sangat dengan pandangan Inspektor Surekha tentang balas dendam bila penjenayah dalam movie ni terlepas dan beberapa watak hidup terseksa akibat mereka. Kenapa dia rasa balas dendam tu tak perlu sedangkan taka da keadilan pun diketengahkan dalam filem ni. Baik Menteri mahupun orang kampung masing-masing tak endah langsung dengan jenayah yang berlaku. Tak faham kenapa Chetna (Fatima Sana Shaikh) nak berpihak pada suami dia yang abusive. 


Kalau ikutkan movie Thar ni lebih terarah pada keganasan yang melampau bila pengarah lebih focus pada babak ngeri berbanding jalan cerita yang tak dikembangkan dengan baik. Tak tahu macam mana Siddharth boleh sampai ke Rajashtan dan tak faham kenapa dia perlu ke sempadan lepas kerja dia selesai. Apa perasan sebenar dia terhadap Chetna dan kenapa Inspektor Surekha tak berpihak pada Siddharth?


Naskhah thriller yang ditayangkan di Netflix pada 6 Mei 2022 ni tak ada lagu macam naskhah Bollywood yang lain. Sinematografi yang berlatarkan kawasan gurun pasir juga nampak kurang menarik bila terganggu dengan VFX yang lemah. Pendek kata Thar adalah cubaan Anil Kapoor untuk menyelamatkan karier anak bongsu dia namun gagal. Tergelak bila tengok scene polis puji Siddharth macam orang Hollywood walhal jauh panggang dari api. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.2/10

1 comment

  1. satu lagi filem yang melemaskan akak.. hahahaha.. sepanjang menonton ni hati tak abis berbisik "apa yang cuba di sampaikan ni..?" aduhh.. lemas.. tak sabar nak tunggu klimaks dan ending. Kena pula ending macam gampang..! geram nya rasa.. alahaiiii.. memang skali tu je lah tengok.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.