Movie Review | RRR – Rise, Roar, Revolt (2022)

Saturday, 21 May 2022


Director : S. S. Rajamouli
Writer : V. Vijayendra Prasad
Cast : N. T. Rama Rao Jr., Ram Charan, Ajay Devgn, Alia Bhatt, Shriya Saran, Samuthirakani, Ray Stevenson, Alison Doody, Olivia Morris
Production Company : DVV Entertainment
Distributor : Pen Studios (North India), Lyca Productions (Tamil Nadu), KVN Productions (Karnataka), HR Pictures (Kerala), Netflix
Genre : Action / Drama
Running Time : 182 minutes
Release Date : 25 March 2022
Trailer :


Kisah fiksyen yang berlatarkan zaman penjajahan British di India pada tahun 1920 di mana dua orang ketua puak mempunyai misi dan strategi tersendiri untuk tumpaskan Gabenor Scott Buxton (Ray Stevenson) yang kejam. 

Komaram Bheem (N. T. Rama Rao Jr.,) menyamar sebagai Akhtar untuk menyelamatkan Malli, kanak-kanak yang diculik oleh Gabenor Scott kerana bakatnya yang mahir melukis inai dengan cantik. Kedatangannya memang sudah dijangka oleh pegawai khas Edward (Edward Sonnenblick) jadi Catherine Buxton (Alison Doody) tawarkan pangkat Special Force kepada mana-mana pegawai polis yang berjaya tangkap Bheem hidup-hidup. 


Tawaran ni tak selalu datang dan tak mudah untuk dapat walaupun tonjolkan prestasi cemerlang kerana Gabenor hanya akan naikkan pangkat orang British sahaja. Sebab tu Alluri Sitarama Raju (Ram Charan) sahut cabaran tersebut. Dalam dia mencari Bheem, dia berjumpa dengan Akhtar semasa menyelamatkan seorang budak yang hampir mati dalam kebakaran. Dari situ mereka menjadi kawan karib sampai lah Raju dapat tahu siapa sebenarnya Akhtar. 

Sebagaimana Rajamouli berjaya cipta naratif pemimpin yang bijak dan perkasa untuk Prabha dalam Bahubaali (2015), begitu juga dengan Ram Charan dan NTR Junior. Karakter mereka berdua jauh berbeza bila Raju digambarkan sebagai api bila karakter dia tegas dengan prinsip yang dipegang manakala Bheem lebih bersifat seperti air yang tenang dan jernih. 


Walaupun kisah RRR adalah fiksyen namun watak yang ditonjolkan diambil dari watak pejuang kemerdekaan yang sebenar. Rajamouli menggunakan imaginasi bagaimana jika kedua tokoh besar ini berjumpa di zaman yang sama dan di tempat yang sama dengan misi yang sama. 

Dari penghujung tahun 2018 lagi dah tahu mengenai pembikinan movie RRR ni bila pengarah Rajamouli mencari pelakon wanita dan pelakon sampingan dari Bollywood. Kecoh bila ramai dapat tahu Karan Johar promote Alia Bhatt untuk watak Sita. Walaupun screentime sedikit tapi watak Sita agak penting dan pengarah Rajamouli terkenal dengan franchise Bahubali. Muncul sekejap dalam movie pun boleh tarik perhatian banyak pihak. 


Memandangkan filem RRR adalah filem bergenre aksi drama jadi tak lah fokus sangat dengan penceritaan sebab banyak je babak yang defy logic. Sains tak wujud dalam naskhah ni dan tak perlu pun asalkan impak dia kuat menerusi spektrum visual. Tak hairan lah kalau Rajamouli habiskan bajet sebanyak Rs500 crore untuk RRR sebab banyak babak bergantung sepenuhnya dengan khidmat CGI. Ada masanya CGI nampak lemah tapi kebanyakan masanya nampak cantik terutama babak Bheem dengan Raju berlawan di istana. Sepanjang masa tu kagum dengan kreativiti team production. RRR selayaknya ditayangkan di panggung wayang ataupun ditonton menggunakan kualiti 4K HD. 


Menariknya untuk RRR, Ram Charan dengan NTR Junior dub suara dalam Hindi untuk ditayangkan kepada penonton belah India Utara. Sebab tu bila tengok RRR Hindi di Netflix, feels tu sampai sebab audio sama dengan pergerakan mulut. Kedua-dua pelakon pandai guna tona suara yang sesuai dengan emosi dalam babak tertentu. 


Salah satu kekuatan RR juga pada karya M. M. Keeravani yang berjaya hasilkan lagu menarik dengan koreografi tarian menerusi lagu Naacho Naacho. Masa lagu Nacho Nacho keluar memang ramai selebriti yang buat dance challenge dekat social media sampai trending. Tapi satu lagu je lah yang digunakan untuk marketing sebab lagu yang lain lebih terarah pada penceritaan bila liriknya menjelaskan lagi situasi dalam babak tersebut macam lagu Dosti ataupun Raamam Raaghavam. 



RRR muncul sebagai naskhah yang mengangkat sejarah, hiburan dan juga action stunt yang diceritakan dengan baik dan mempunyai unsur juga elemen saspen, thrill dan drama yang sesuai dan cukup rencahnya. RRR agak panjang durasinya tapi tempoh masa tersebut perlu untuk perkembangan watak dan latar belakang kedua-dua watak utama. Tak hairan lah RRR berjaya kutip pulangan tinggi sepanjang tahun 2022 untuk filem komersial. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.5/10

2 comments

  1. wah menarik jalan ceritanya walaupun fiksyen tp terasa mcm kisah benar

    ReplyDelete
  2. best..! best..! filem ni paling best setakat ni. puas hati 3 jam lebih hadap filem ni sampai habis. memang ada la beberapa scene tak logik tu tapi boleh dimaafkan. yang penting tak bosan dan lakonan dua watak utama tu mantap dan seimbang. sangat-sangat recommended :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.