TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 51 : Boot Camp🔥

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (30:12 minutes for episode 51)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Panjang sampai 30 minit untuk episod kali ni sebab Treasure Map dapat endorsement pertama dari kedai kek dan juga Gentle Monster. Terliur tengok kek Treasure makan walaupun tak berapa suka matcha. Kreatif betul design dia. 

YG staff bagi kek tu untuk raikan kejayaan video Iksan Tour di Treasure Map Season 1 Episod 8 cecah 1 juta view. Dalam video tu baby cow cakap kalau video tu cecah 1 juta, diorang nak pergi melawat Busan. Sebelum melawat Busan, Treasure dapat pilih mana-mana shade yang diorang suka dekat Gentle Monster. 


‘What’s good in Gentle Monster? They’re not limited in style. There are many selections as you can see. Every member has different styles and this place has all that. All frames looks good.’ – Hyunsuk

Kalaupun bukan paid promotion untuk Gentle Monster, design kacamata dekat situ memang banyak pilihan. Junkyu yang jarang pakai shade pun nampak comel dengan shade warna pink. Hyunsuk the Fashionista haruslah dengan mudah cari shade yang sesuai dengan style dia. Comel betul tengok Treasure bergaya dengan Gentle Monster. Tak sabar diorang nak pergi Busan. 


Tapi Treasure kena prank dengan staff YG bila bas diorang berhenti dekat kem askar di Pohang untuk bina kerjasama dalam satu kumpulan. Turun je dari bas Treasure kena berkumpul di padangdan berbaris dalam 4 kolum. Lama juga Treasure nak hadam kena buat military training dekat kem askar tu. Terdiam masing-masing bila dapat arahan dari askar. 

‘Whether you’re forced or voluntarily come here, you have to answer with determination and passion!’ – Army


Penat gelak tengok Treasure masa berkawad sebab ada macam-macam gaya. Askar suruh pusing kiri, Asahi pusing kanan. Belum masuk bila kena suruh berlari satu padang. Nasib baik lah Asahi orang Jepun sebab tak boleh imagine kalau dia kena join military training. Askar tu pun tegur suruh Asahi tambah berat badan sebab kurus sangat. Sama lah dengan Doyoung sampai Hyunsuk kena pegang dia supaya tak terbang bila angin kuat sangat. 

‘Wind in here is different. When I’m standing like this, I couldn’t even stand still. Yikes!’ – Hyunsuk


Lepas berkawad Treasure kena pakai safety harness untuk aktiviti seterusnya. Ada climbing training dengan laluan berhalangan. Laluan berhalangan tu macam Skytrex lah lebih kurang cuma dia pendek je. Dalam satu pusingan tu ada laluan berkayu, silinder dan jambatan gantung. Kesian lah masa Treasure buat aktiviti ni sebab berangin lepastu hujan. 

Walaupun takut tapi masing-masing berjaya jugak habiskan laluan berhalangan tu. Haruto siap kena puji dengan askar sementara Asahi judge dekat belakang. Disebabkan hujan lebat sangat, Treasure boleh rehat dekat bilik sampai bas datang. Comel je baby cow buat video call dengan ayah dia bagitahu pasal military training dekat kem Pohang sebab ayah dia military officer. Jihoon relaks je gelakkan Asahi sebab dia pun anak askar jugak. 


Episod ni kelakar sebab Asahi lepastu Treasure jadi pendiam. Sepanjang 50 episod Treasure Map bersiaran belum pernah lagi Treasure diam tahap macam ni. Tapi diam diorang tak lama lah sebab memasing jenis hyper. Tak boleh imagine kalau trip ke Pohang ni ada dua part. Treasure bernasib baik sebab hari tu hujan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.