TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 32 : Guesthouse The Life of Treasure 🏠

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (25.11 minutes for episode 32)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Kreatif betul content untuk episod 32 ni sebab staff YG bahagikan Treasure kepada 2 kumpulan sama ada hidup sebagai introvert seperti Junkyu ataupun pilih kehidupan aktif extrovert seperti Hyunsuk. Bukan saja hidup seperti mereka berdua malah kena bercakap, berpakaian dan berperikelakuan sama seperti dua ni. 

Team Hyunsuk : Asahi, Yedam, Junghwan, Yoshi, Jeongwoo
Team Junkyu : Haruto, Jihoon, Doyoung, Mashiho, Jaehyuk


Tak boleh hadam betul macam mana Asahi yang 3% extrovert tu boleh pilih kehidupan macam Hyunsuk sedangkan Jihoon yang aktif boleh join team Junkyu. Mungkin Jihoon penat dan perlukan rest kot sebab life Junkyu kebanyakan masanya tidur je dekat dalam bilik. 

Hyunsuk selalu bangun awal pagi dan mulakan hari dia dengan kopi hitam kemudian online shopping ataupun buat fashion show. Hyunsuk bekerja di music studio dari petang sampai malam. Kalau ada perlawanan bola dia akan layan semua video highlights satu hari sebelumnya. Junkyu pula habiskan masa dengan tidur. Bila bangun dia akan berfikir selama 2 jam apa patut dia makan kemudian tidur balik. Ada masanya dia akan layan dokumentari tentang Bumi dan kehidupannya. Sebab tu lah dia selalu overthink dengan segala ilmu yang dia ada. 


Masa staff YG reveal team Junkyu dan team Hyunsuk menuju ke guesthouse Treasure tu kelakar lah sebab team Junkyu macam kanak-kanak riang nak pergi tadika dengan baju pink. Team Hyunsuk pulak macam geng budak nakal dekat sekolah ready nak rempuh siapa yang cari pasal. Asahi yang introvert tu pun sama naik je dengan Hyunsuk. Memang in character habis lah. 

Aktiviti pertama Team Junkyu haruslah tidur berjemaah. First time tengok episod ni pun keliru dengan kembar 3 – Junkyu, Doyoung dengan Jihoon. Dah la muka lebih kurang lepastu duduk satu team, tidur satu katil pulak tu. Nasib baik lah perangai lain sebab Doyoung lagi muda so dia banyak diam dan senyum bila Jihoon dengan Junkyu bergaduh macam Tom & Jerry. 


Berdekah tengok team Junkyu imitate perangai Junkyu. Thanks to TikTok dengan YG Treasure Box (2018) baru I faham kenapa setiap member imitate specific moment. Jihoon imitate part tangan shaky masa monthly assessment tu kelakar teruk. Habis makan diorang tidur balik sebab waktu makan cuma sekali saja sehari. Comel tengok Mashiho rimas dengan Jihoon sebab suka peluk dia masa tidur tapi lari tidur peluk Junkyu sebab dia manja dengan Junkyu dari zaman YG Treasure Box. Sudahnya Jihoon peluk Haruto. Susah nak nampak Jihoon dengan Haruto crumbs. 


Sementara team Junkyu sambung tidur balik, team Hyunsuk makan tengahari dekat ruang makan. Banyak kali tergelak tengok Asahi nak muntah bila kena paksa makan sayur. Kalau sesiapa tak berkelakuan seperti Hyunsuk ataupun Junkyu, member tu akan dapat kad kuning kemudian kad merah dan seterusnya penalti. Habis lunch diorang keluar untuk main foot billiard. 


Bila team Junkyu layan dokumentari, team Hyunsuk ambil alih bilik tidur dengan buat fashion show. Hyunsuk jadi juri untuk pilih fashion siapa yang kena dengan style hip-hop Hyunsuk. Pemenang akan dapat hadiah kasut berjenama dari Hyunsuk. Mudah lah untuk Yedam menang sebab dia yang paling lama kenal Hyunsuk sejak zaman Mix Nine. 

Masa staff YG interview semua member apa perasaan diorang hidup sebagai Junkyu atau Hyunsuk tu kelakar sebab yang pilih life Hyunsuk penat jadi extrovert sebab tak rest langsung. Manakala yang pilih kehidupan Junkyu pula rasa lemau sebab asyik tidur je. 

‘Junkyu’s life is not bad. But I’m done with it’ – Kim Doyoung


Bila tengok episod ni memang nampak lah semua members ebenarnya kenal sangat perangai masing-masing macam mana. Dah masak benar dengan perangai tersentuh hati Hyunsuk. Walaupun sibuk dengan jadual masing-masing tapi tetap participate dan buat yang terbaik untuk Treasure Map Season 2. Rasa macam nak tengok pula member Treasure merasa kehidupan Jihoon yang aktif ataupun kehidupan Asahi sebagai produser. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.