TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 43 : Healing

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (21:08 minutes for episode 43)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Lepas penat memasak untuk makan tengahari dalam Episod 42, ada ahli Treasure yang berehat dengan tidur dan ada yang pergi ambil angin di kampung tersebut. 

‘The house was scary because it was night. It’s not spooky at all in the morning.’ – Jaehyuk


Asahi, Jaehyuk dengan Jeongwoo pergi ke rumah usang yang staff guna untuk pilih kad Treasure dalam Episod 41. Rumah tu ada banyak barang je dekat dalam tapi disebabkan gelap memasing jadi takut sebab tak tahu apa ada dekat dalam. Staff letak tengkorak pun diorang tak perasan sebab gelap sangat. 

Lepas jalan-jalan diorang berbasikal pula pusing satu kampung.  Dekat simpang jalan baru diorang teringat burger yang staff beli. Disebabkan kalah osom, Jeongwoo kena patah balik ambil burger tu. Lepastu Haruto nak join sekali diorang pusing kampung. Sweet betul Mashiho suruh Jeongwoo bagi Haruto naik basikal sebab dia dah lama tak naik basikal. Jeongwoo pun okay je bagi Haruto merasa. Sama level sweet masa diorang pergi main luncur salji dalam Episod 38. 


Doyoung dengan Mashiho main basketball sementara geng 0104 – Haruto, Asahi, Jaehyuk, Jeongwoo, Jaehyuk balik ke guesthouse untuk buat dalgona candy macam dalam Squid Game (2021). Tengok gaya geng 0104 ni buat dalgona, ada kemungkinan besar bangunan YG Entertainment tu boleh terbakar sebab diorang. Bila dah petang diorang kejutkan yang lain yang tengah nyenyak tidur lepas penat buat aktiviti. Kelakar betul Junkyu tidur masa ni. Comel sangat Jaehyuk kejutkan Yoshi macam dia kejutkan Haruto dalam Episod 32. 


Let’s wake up Hyunsuk hyung. You have chickens to catch.’ - Haruto

Untuk makan malam Treasure kena tangkap ayam untuk buat ayam goreng dan buat sendiri doh pizza. Doyoung dengan baby cow volunteer untuk tangkap ayam hidup dan sembelih. Senang je Junghwan tangkap ayam dalam kandang tu. Diorang kesian nak sembelih ayam tu tapi perut lapar kena lah sembelih jugak. 


Sementara yang lain sibuk memasak dua menu, Junkyu, Haruto, Jaehyuk, Jeongwoo, Mashiho dengan Asahi buat persembahan khas untuk hiburkan semua orang sebab tak nak dilabel sebagai curi tulang. Terhibur betul Hyunsuk tengok persembahan kelakar Asahi. Member lain tengah berseronok dengan persembahan selingan, Junghwan fokus betul dengan ayam diorang. Comel betul baby maknae ni.

Sweet tengok Jaehyuk bagi semangat dekat Doyoung dan Junghwan bila ayam diorang hangus gara-gara api besar sangat. Jeongwoo, Asahi dengan Jaehyuk try potong kecil lepastu bakar guna batang kayu macam dekat fire camp. Sweet lah tengok effort diorang cuba naikkan semangat Doyoung dengan Junghwan. Doyoung memang jenis tak menangis depan orang tapi nampak benar muka dia kecewa bila ayam rentung sebab dia start from scratch. Pizza pun sama bila terbakar sebab api kayu diorang besar sangat. 


Lepas habis masak untuk makan malam, semua ahli Treasure buat kesimpulan yang diorang tak ada bakat memasak sebab semua menu hancur. Muka pasrah tahap maksima sebab masing-masing dah penat. Nasib baik Treasure tak ajak pergi healing vacation sekali, kalau tak diorang dah kenyang makan masakan I hshshs


By the way episod ni banyak tonjolkan lebih banyak lagi soft and sweet side Jeongwoo. Masa YG Treasure Box (2018), Jeongwoo yang pertama sekali peluk baby cow lepas dia kena marah dengan trainer. Jeongwoo tak kisah pun bab menang atau kalah tapi yang pastinya dia selalu bagi moral support untuk kawan dia. Masa Treasure Map Season 1 dia bagi kupon dekat Hyunsuk walaupun dia tak dapat menu besar. Awwwww melting!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.