Breakfast Makanan Sihat Dari Rawsome Ara Damansara Medical Centre

Friday 13 May 2022


Bila perut meragam baru lah gedik nak cari makanan sihat. Masa tak ada masalah kemain melantak macam-macam ye dak? Kisahnya nak makan bubur nasi je sebab senang cerna tapi Marrybrown bukak lambat sangat terpaksa lah cari dekat restoran lain. 

Masa Raya ni memang susah sangat nak jumpa kedai makan buka berniaga. Nasib baik lah Rawsome Ara Damansara Medical Centre ni dah buka. Belek menu dia banyak jugak menu yang best tapi harga dia pun best jugak lah. 

Memandangkan nak makan breakfast, tak ada lah nak makan beria sangat sebab masa tu dah pukul 10.30 dah. Kalau makan berat sangat nanti masa lunch kenyang sangat pulak. Bila belek macam tergoda pulak dengan Creamy Kam Heong Tofu. Dekat dalam menu ni ada nasi perang, tofu masak kam heong, hirisan lobak dengan hirisan timun. Harga untuk satu menu ni RM16 so tak mahal sangat, tak lah murah sangat. 

Bila makan tak lah rasa makanan hospital pun. Sedap je kam heong dia tapi tak lah berkuah sangat. Lobak dengan timun rasa rangup bila makan. Seller guna sayur fresh jadi manis sayur tu ada. Lepas ni boleh repeat lagi tapi I rasa menu ni elok masak sendiri je dekat rumah. Setakat sagat timun dengan lobak lepastu makan dengan nasi dan tempe. Fuhhhh!

5 comments

  1. Selamat menjamu selera makanan sihat

    ReplyDelete
  2. Presentation dia menarik.. Harga pun okaylah..

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya kalau nak makan sihat dan balance senang je kan..

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap makanan tu. Sayur banyak dan nampak macam fresh je.

    ReplyDelete
  5. akak suka makanan mcm ni fana....sesuai la untuk org yg ank amik low calories kan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.