Drama Review | Generasi: Perfect 10 (2025)

Sunday, 29 November 2026

Pengarah: Sling Ng
Penulis Skrip: Nas Addina, Ilya Karnain, Suzanne Ong, Zuli Ismail, Dee Dee Peter, Lemuel Ong
Pelakon: Arena Wan, Arabella Ellen, Datin Sofia Jane, Sharifah Sakinah, Daniel Fong, Nat Aaliyah, Ellyza Azizi, Aila Azizul, Dhabita Auji, Hazi Juzaili, Chandni Nagadurga, Sherie Merlis, Qi Razali, Aiman Ameer, Zarra Zaff,  Farah Ann Abdul Hadi
Syarikat Produksi: Directors Think Tank, Astro Shaw 
Penyiaran: Astro Citra, sooka, Netflix
Genre: Sukan / Drama
Jumlah Episod: 8 episod (40 minit satu episod)
Tarikh Tayangan: 19 September 2025 - 7 November 2025
Trailer: 


Sejak kecil Ezie (Arena Wan) simpan impian untuk menjadi atlet gimnastik dan melakukan Yuchenko Full Twist seperti Natasha Zahra Hadi (Farah Ann). Setelah kelab gimnastik ditutup di sekolahnya, Ezie mencari jalan untuk masuk ke Sekolah Akademi Permai supaya dapat berlatih di bawah bimbingan Coach Sue (Sofia Jane). Jurulatih yang sama juga melatih Natasha Zahra Hadi dan kini, adiknya, Victoria Zahra Hadi (Arabella Ellen) mengikut jejak langkah yang sama.  


Impian yang besar dalam diri Ezie (Zarra Zhaff) dipupuk oleh Azfar, arwah abahnya (Qi Razali) walaupun ibunya, Nazma (Sherie Merlis) kuat menegah. Baginya, gimnastik mempunyai banyak keburukan dari kebaikan malah beranggapan atlet negara tidak mempunyai kerjaya yang stabil. 

Larangan ibunya bukan sesuatu yang sukar kerana permintaan Coach Sue lebih berat dan hampir sukar untuk dilakukan oleh semua pelajar. Ezie perlu bangun untuk jogging pada pukul 4 pagi kemudian bersiap ke sekolah, training selepas jam 3 petang hingga malam dan ulang semula setiap hari. Kalau semangat dan mental tak kuat, dia cuma akan berada di bangku simpanan seperti Team B di bawah seliaan Coach Farah (Sharifah Sakinah). 


Selepas tampil dengan siri Projek, Astro Shaw tampilkan penceritaan yang segar dan menarik menerusi edisi Generasi. Naskhah pertama di bawah edisi Generasi dimulakan dengan Generasi: Perfect 10 yang menyingkap kehidupan sekumpulan remaja dalam mengejar cita-cita di dalam bidang sukan gimnastik. Salah satu sukan yang masih dianggap taboo di dalam negara. 

Baik dalam drama mahupun realiti, setiap kemenangan Farah Ann Hadi dipertikai kerana pakaiannya. Sama juga seperti atlet gimnastik yang terpaksa tebalkan telinga demi minat terhadap gimnastik. Semua teknik yang dilakukan diselia oleh Farah Ann Hadi sendiri walaupun tak lah banyak babak yang fokus kepada teknik gimnastik. 


Drama Generasi: Perfect 10 lebih terarah pada tekanan yang dialami oleh pelajar sukan gimnastik di bawah seliaan Coach Sue dan Coach Farah. Sofia Jane mengerikan sebagai watak antagonis yang bijak memanipulasi pelajar-pelajarnya seperti Victoria dan Ezie untuk dapatkan medal emas sekaligus menjadikan dia jurulatih terbaik dalam arena tersebut. 

Walaupun menggunakan bakat pelakon baru dan muda di dalam drama arahan Sling Ng, namun semuanya menjalankan tugas dengan baik. Kalau di awal drama, kita berpihak pada Ezie tapi lama-kelamaan kita jadi faham kenapa Victoria bersikap dingin dan cuba apa cara sekalipun hanya untuk sentiasa berada di atas. Perubahan karakter Ezie bukan drastik tapi bergerak seiring dengan cerita dan perubahan tu yang menguatkan genre drama dan klimaks. Seriau dengar Victoria menjerit dalam Episod 7. 


Generasi: Perfect 10 mungkin tegang dengan konflik dari pelbagai arah tapi ada momen yang menghangatkan seperti persahabatan Ezie bersama Amal (Ellyza Azizi) dan Team B yang lain. Cakap pasal watak Amal, dia pun antara watak yang menarik dan mencuri tumpuan dengan keletah dia yang goofy tapi sebenarnya ada rahsia gelap yang bakal mengubah Dunia Permai. 


Babak romantik antara Ezie dengan Jun (Daniel Fong) awwwdorable sebab chemistry diorang cantik onscreen. Tak pernah lagi tengok lakonan Daniel dalam mana-mana naskhah so I'm quite amazed dengan lakonan dia sebagai boyfriend yang romantik dan supportive walaupun kecewa dengan watak-watak dominan dalam Generasi: Perfect 10. 

Cameo dari Farah Ann Hadi juga turut meninggalkan impak sebagai kakak Victoria namun sayangnya cuma sebentar. Fun fact, Farah Ann ada hasrat untuk ceburi dunia lakonan dan berminat dengan genre aksi. Tengok dari lakonan dia dalam drama Generasi: Perfect 10, ada harapan boleh pergi jauh. 


Sinematografi dari Madnor Kassim berjaya mewujudkan ketegangan yang dialami dalam dunia Permai juga kehidupan peribadi Ezie. Babak-babak gimnastik dan pertandiangan yang dimasukkan berjaya mewujudkan saspens yang buatkan kita tak senang duduk. Walaupun kenal dengan pemain tapi dalam pertandingan, macam-macam boleh terjadi di saat akhir. Emosi yang diadun dengan musik latar memberikan sentuhan peribadi pada penceritaan Generasi: Perfect 10. 


Kudos to Astro Shaw kerana berjaya mencipta naskhah yang segar, berkualiti dan sarat dengan mesej sosialnya sesuai dengan pelbagai lapisan masyarakat. Tahniah kepada Astro Shaw juga berjaya wujudkan sebuah naskhah yang hampir keseluruhan penggeraknya adalah wanita baik di hadapan mahupun di belakang kamera. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.