TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 34 : T-log Dorm Tour 🏠

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (25:08 minutes for episode 33)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Sebelum ni dalam Treasure Map Season 1 (2020) Yedam dengan Doyoung buat T-log untuk dorm tour sebab both of them tak tinggal dekat hostel memandangkan rumah dekat belakang bangunan YG je. Kali ni dalam Treasure Map Season 2 staff YG yang datang dengan kamera untuk tunjuk kehidupan Treasure di dorm baru. 

Sebelum ni Treasure dapat dua dorm saja, tingkat atas dan bawah tapi lepas debut semua ahli Treasure dapat bilik sendiri jadi maknanya YG peruntukkan dorm 3 tingkat untuk diorang. Teringat masa dalam YG Caterer sunbaenims diorang terkejut bila Hyunsuk dengan Jihoon bagitahu Treasure baru masuk tahun kedua tapi dah ada bilik sendiri. Jinu WINNER dengan Yunhyeong iKON dulu tidur dekat lantai je. Well, thanks to them, Treasure can live comfortably. 


Dekat awal episod Doyoung dah balik dari sekolah tapi hyungs dia baru nak mulakan hari sementara Jeongwoo tertidur masa online class. Untung dekat dorm ni sebab Mashiho dengan Jihoon serumah. Dua member ni pandai masak walaupun dalam Season 1 dulu macam struggle jugak lah masing-masing sebab nak bagi kenyang 12 perut. Mashiho pandai masak makanan Jepun sementara Jihoon dengan menu Korea. 

Beralih ke dorm Hyunsuk, Junkyu, Haruto dengan Yoshi bila diorang tengah brainstorm untuk cipta lagu tema Treasure Map Season 2. Hyunsuk pilih lagu yang Yoshi gubah lepastu Junkyu bagi idea untuk lirik. By the way, Haruto dengan Junkyu memang susah betul nak berenggang. Dari zaman YG Treasure Box (2018) sampai lah lepas debut mesti tinggal sama-sama. 


Lepas siapkan lagu diorang buat room tour and so far my favorite haruslah bilik Hyunsuk. Berbeza sangat dengan bilik dia yang macam kedai runcit. Hyunsuk simpan semua jersey kesayangan dalam almari baju dan guna Chili dan pokok palma sebagai hiasan. Dekat bahagian beranda dia letak koleksi kasut dengan kerusi. Setiap pagi dia akan minum kopi dekat situ sambil tengok pemandangan Han River. Bilik Yoshi pula penuh dengan lukisan yang dia hasilkan sendiri. Artistik!

Memandangkan dalam Season 1 Episod 13 – 14, Jaehyuk dengan Asahi mula berkawan rapat, dalam Season 2 ni diorang tinggal satu dorm. Sebelum ni Jaehyuk sebilik dengan Jeongwoo tapi terpisah jauh lepas dah jumpa Asahi. Dekat dorm terakhir ni suka tengok bilik Asahi sebab simple dan guna tema retro. Sesuai dengan nama Asahi, dia guna elemen alam semulajadi sebagai interior bilik. 


Selalu nampak bilik Asahi jadi port ambil gambar sebab jadi background cantik. Nak pula bila Asahi sendiri ada kamera dan pandai ambil gambar. Dekat hujung T-log Asahi boleh dengar lagu Orange hasil gubahan Asahi sendiri. Proud of you!

Bilik Junghwan simple je dengan katil, meja belajar dan almari baju. Jaehyuk pernah bagitahu setiap minggu mak Junghwan datang kemaskan bilik dia tapi tak bertahan lama pun sebab dia suka sepahkan. Perangai Junghwan macam lebih kurang Junkyu tapi bilik Junkyu banyak sangat barang sampai mak dia stress. 


Mashiho pulak bagitahu yang dia tak habis kemas lagi bilik dia sebab diorang baru je berpindah ke dorm baru. Even tak habis kemas pun tetap bilik dia yang terpaling tersusun dan bersih antara semua. Masa tengok rancangan baru Treasure, Hyunsuk bagitahu diorang baru pindah dorm baru so tak sabar nak tengok another dorm tour dekat Treasure Map Season 3. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.