TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 50 : Game Show 🎉

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (26:00 minutes for episode 49)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Meriah set Treasure Map kali ni dengan props menyerupai variety show popular dari tahun 1984 hingga 2009, The Family Entertainment. Park Brothers – Jihoon dan Jeongwoo dipilih sebagai MC untuk Episod 50. By the way, comel betul outfit Asahi dalam episod ni. Mungkin comel sebab dia pakai topi kot macam dalam Episod 49

Melalui rock-paper-scissors, Treasure dibahagikan kepada dua kumpulan. 

Kumpulan Park Jihoon : Junkyu, Yoshi, Hyunsuk, Mashiho, Doyoung
Kumpulan Park Jeongwoo : Jaehyuk, Asahi, Junghwan, Haruto, Yedam


Settle pembahagian kumpulan, Jeongwoo bagitahu YG jemput MC Dingdong sebagai tetamu jemputan untuk hoskan permainan tersebut. Game pertama senang sangat bila Treasure dilarang jawab ya ataupun tidak. Nampak macam senang tapi MC Dingdong memang pandai trick orang dengan soalan dia. Bila leka je dia akan lead pemain untuk jawab ya ataupun tidak. 

MC : Which older members seem younger?
Doyoung : Member who seem younger? That’s everyone, but they’re older. That feels good. 
MC : What does that mean? 


Game kedua kena guna skill mendengar dan melihat yang tinggi untuk teka apa perkataan 8 suku kata yang disebut oleh pihak lawan. Susah jugak lah nak teka walaupun boleh tengok dan dengar sebab keliru dengan suku kata yang disebut. Kalau yakin dengar suku kata tu pun belum tentu boleh membentuk satu perkataan. 

MC : How good is your hearing? 
Yedam : I can hear someone flush the toilet at the 6th floor


Game ketiga menguji kerjasama setiap ahli kumpulan dengan permainan Relay. Kedua-dua kumpulan kena buat satu slogan mudah. Kumpulan Jeongwoo dengan Nip! dan kumpulan Jihoon guna Ak! Untuk jawab soalan. Kecoh betul bila Treasure dapat jawab soalan MC sebab boleh menari untuk celebrate. Kumpulan yang kalah pun enjoy je menari sekali. Dalam game ni lah bersepah meme Mashiho salah cakap macam baby. Comel betul!


Game keempat dan game yang terakhir ialah T-karaoke bila setiap kumpulan kena teka lagu yang dinyanyikan menggunakan suku kata yang diberikan oleh MC. Mana-mana kumpulan yang dapat teka perlu menyanyi satu rangkap dengan lirik yang betul dan koreografi tarian yang betul. Game ni senang tapi pressure bila tak tahu lirik dengan dance steps. Gara-gara Treasure Map dari tak suka lagu Peaches – Justin Bieber jadi suka sampai masuk dalam playlist sebab Yedam suka sangat nyanyi lagu tu. 

Comel tengok Treasure menjerit bila lagu Beautiful – Crush keluar sebab lagu tu lagu Junkyu nyanyi masa dalam YG Treasure Box (2018). Walaupun dah 2 tahun Treasure tetap excited setiap kali lagu tu keluar sambil menjerit nama Junkyu padahal Junkyu dah tak ingat dah lirik lagu tu macam mana. 


Lagi satu lagu favourite Treasure ialah lagu U Mad – Bobby. Keluar lagu intro mesti semua berkumpul buat formation U Mad. Comel betul baby cow rap dari awal sampai habis sementara semua hyung menari dan bersorak. 

‘You guys have so much passion!’ – MC Dingdong

Happy tengok episod 50 ni sebab semua have fun macam dalam Treasure Map Season 1 Episod 19 dulu. Kalau bab teka lagu mesti meriah dengar Treasure menyanyi dan menari. One of the reason I stan Treasure bila game biasa pun diorang boleh hype sampai jadi seronok dan kelakar. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.