ISAAC VOO (IN2IT) KEMBALI KE MALAYSIA SECARA SOLO DIBAWAH NAUNGAN PRODIGEE ASIA TALENT

Friday 13 May 2022





Mempunyai keyakinan yang tinggi dan berani untuk menyertai sebuah program realiti di Korea Selatan, Isaac Voo berjaya menjadi peserta teratas dalam program tersebut sehingga terpilih dan diserap menjadi idola K-Pop di sana. Anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang berumur 28 tahun ini, mendapat permintaan yang tinggi daripada peminatnya di Malaysia untuk kembali ke tanah air tercinta dan aktif berkarya di sini.  

Untuk melebarkan sayapnya di Malaysia, kini, Isaac Voo mengambil keputusan untuk menjadi artis rakaman sepenuhnya di bawah naungan Prodigee Asia Talent (PAT), iaitu sebuah syarikat pengurusan artis di bawah naungan WebTVAsia yang juga merupakan syarikat hiburan digital terbesar di Asia.

Menurut Pengasas bersama Prodigee Asia Talent, Miss Vicky Lum, “Pandemik tidak menghalang industri muzik tanah air untuk menerima kehadiran bakat-bakat baharu. Bagi kami, bukanlah sahaja dari segi karya, bahkan juga bakat muda ini boleh menyerikan dan memberikan nafas baharu untuk industri hiburan tempatan. Sebagai pihak pengurusan Isaac, kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong pelbagai aktiviti Isaac di Malaysia. Saya turut berharap agar pihak media tempatan dapat memberikan sokongan sepenuhnya terhadap Isaac.” 

Peluang untuk mengembangkan lagi bakatnya di Malaysia tercetus selepas wabak Covid-19, oleh itu beliau tidak dapat menyertai mana-mana aktiviti dan promosi kumpulannya pada separuh kedua tahun 2020. Pada tahun yang sama, kumpulan tersebut kemudiannya menghentikan aktiviti mereka buat sementara waktu selepas 5 daripada ahli mereka telah disenaraikan untuk berkhidmat dalam aktiviti wajib ketenteraan Korea Selatan.

Isaac yang juga aktif dalam beberapa program di Malaysia ‘The X-Project’, turut berkongsi, "Saya mahu lebih ramai peminat Malaysia mengetahui tentang kewujudan saya dalam industri hiburan tanah air, kerana masih banyak perkara yang saya belum dapat laksanakan di sini. Dengan adanya keluarga baharu saya Prodigee Asia Talent di Malaysia ini, saya dapat menonjolkan lagi bakat yang saya ada. Selain itu, saya juga berharap untuk bekerjasama dengan rakan artis di Prodigee Asia Talent, artis-artis tempatan, dan mencari banyak peluang untuk bertemu peminat-peminat di Malaysia. Saya mengimpikan untuk mempersembahkan lebih banyak karya kepada peminat yang telah menyokong dan menantikan kepulangan saya.”

PAT juga menguruskan beberapa artis tempatan terkenal seperti Hao Ren, Priscilla Abby, Thomas Kok, dan Daniel Wong. Isaac turut meluahkan rasa kagumnya dan berkata, “walaupun sebelum ini berada di Korea Selatan, dia sering memberikan tumpuan cerita-cerita dan pelbagai rancangan hiburan di Malaysia, serta kandungan muzik yang dihasilkan oleh penyanyi tempatan. Artis-artis di bawah naungan PAT juga sangat berbakat dan saya berharap agar dapat menjadi seperti mereka.” Isaac turut menyuarakan keinginannya untuk bekerjasama dengan seniornya dalam projek dan menghasilkan beberapa lagu hit. Akhir sekali, dia berharap agar orang ramai dapat menyokong dan menantikan aktiviti beliau yang akan datang.


Untuk sebarang berita dan maklumat lanjut berkenaan Isaac Voo, sila layari laman Facebook rasmi Prodigee Asia Talent: www.facebook.com/ProdigeeAsiaTalent. 
 
Platform media sosial Isaac Voo: 

1 comment

  1. Semoga kerjaya beliau berkembang dengan baik di Malaysia..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.