TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 40 : T-log ⏰

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (22:14 minutes for episode 40)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Dah lama Treasure tak buat T-log lepas dorm tour dalam Episod 34 jadi dalam episod ni ada T-log khas untuk tunjuk aktiviti harian Treasure sebagai idol group YG Entertainment.
 
‘We come here to take family picture’ – So Junghwan


Comel tengok Jaehyuk, Jeongwoo, Junghwan dengan Junkyu sembang pasal selfie pose diorang. Duduk dah lama sampai dah tahu sangat pose apa yang member selalu buat. Untuk sesi photoshoot ni Treasure pakai kemeja putih dengan seluar denim biru untuk nampak seragam. Banyak jugak lah pose yang Treasure buat untuk dapatkan gambar cantik. 


Suka tengok photoshoot studio ni sebab owner studio sediakan kamera dengan self click button supaya customer selesa bergambar menggunakan props yang disediakan. Dah habis bergambar terus pilih gambar mana yang diinginkan. Boleh beli bingkai gambar terus dekat situ. Nak soft copy pun boleh rasanya sebab Treasure update gambar ni dan ada member yang guna sebagai wallpaper. 

Lepas habis sesi bergambar Treasure pergi ke bangunan YG Entertainment untuk main ping pong. Comel tengok Mashiho merajuk sebab tak ada orang nak main dengan dia. Bukan tak nak main tapi semua dah penat lepas 3 rounds. Comel lah Jeongwoo pujuk padahal dia pun dah mengah main ping pong. 


Junkyu temankan Doyoung berlatih vokal dekat studio. Lepastu Jihoon dengan Yoshi join sementara Doyoung dengan Junkyu rehat kejap. Comel je kalau tengok kembar 3 – Junkyu, Doyoung dengan Jihoon spend time sama-sama. Lepas penat berlatih Junkyu, Jaehyuk, Haruto dengan Asahi makan dekat restoran Vietnam. Sebelum ni dah pernah terliur bersama Yunhyeong bila dia buat vlog pasal restoran baru di bangunan YGE.

Pukul 3 petang semua Yoshi, Jihoon, Doyoung, Jeongwoo, Hyunsuk, Yedam dengan Junghwan pergi kelas jiu-jitsu. Rasanya tempat yang sama JuNe pergi berlatih sebab interior lebih kurang sama. Seram tengok baby cow practice jiu-jitsu sebab dia paling besar walaupun paling muda dalam Treasure. Jihoon attack master diorang pun sharp. Jihoon ada kelebihan sebab dia muda lagi so senang lah dia nak menang. 


Pukul 6 petang Junkyu, Haruto, Jaehyuk dengan Asahi take over T-log untuk mukbang kedua dengan menu makan malam. Menu simple je sebab diorang pergi mini mart dalam bangunan YG Entertainment. Junkyu happy dapat jumpa blue lemon soda kesukaan dia tapi I pernah minum dan rasa dia macam pencuci lantai. Sorry Junkyu kita tak boleh geng. 

Pukul 7 malam pula vlog dari Hyunsuk, Asahi dengan Yoshi decorate studio diorang dekat bangunan YG Entertainment. Dalam Treasure Map Season 1 diorang bertiga gubah lagu dekat dalam bilik je tapi dalam Season 2 semua produser dah dapat studio masing-masing. Ahhh time flies~!


Haruto dengan Jeongwoo tolong Asahi hias studio dengan beberapa barang dari IKEA. Pokok tiruan tak dilupakan macam dalam bilik dia. Hyunsuk beli rak IKEA untuk letak beberapa koleksi kesukaan dia di studio. Yoshi pula bawa beberapa lukisan dan figurine. Semua komposer letak gambar Treasure yang diorang shoot dekat awal episod dalam studio masing-masing. 

Hyunsuk kata dia nak hasilkan bangerz dalam studio baru dia dan BFF antara lagu gubahan dia yang best. Dekat hujung T-log ada footage Doyoung renew ID lepas dah cecah had umur dewasa. Dalam T-log Treasure Map Season 1, Yedam dari middle line yang pergi renew. Dalam Season 2 Doyoung dari maknae line pula renew. Tahun ni Haruto dengan Jeongwoo kemudian baby cow pula. Aaaaa dah besar dah semua!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.