Sejak minum Fresh Watermelon Tea Beutea dekat Avenue K sebelum ni, dah mula masukkan Beutea dalam list. Happy bila tahu Beutea keluarkan Coffee Series. Lepas ni pergi KLCC boleh menyinggah beli air dekat Beutea sebab ZUS dekat Avenue K tak dap sangat. Zurista pun tak friendly.
I nampak dekat Threads ada orang post dia beli Oreo Cloud Latte tapi barista Beutea bagitahu yang tu manis lah sebab cloud dia tebal. Nak ambil Black Tea Cham Latte tapi tak nak angin minum teh so I ambil Coconut Latte, Fariha ambil Strawberry Cloud Latte. Harga setiap minuman kira harga standard lah sebab price range lebih kurang dengan ZUS Coffee je.
Untuk edisi Coffee Series ni Beutea keluarkan 5 jenis merchandise tapi kitorang tak beli pun apa-apa sebab malas nak menambah barang walaupun merchandise dia comel dan cantik. Setiap pembelian Coffee Series di outlet Beutea boleh dapat cup sleeve comel macam dekat bawah ni. I jenis minum lambat so cup sleeve comel ni memang function teruk dari mengelakkan jari I beku.
Pekat ye coffee Beutea ni, rasa dia pun pahit macam yang I suka walaupun coconut milk tu creamy tapi gabungan kopi dengan susu kelapa tu menjadi. Seronok betul minum sejuk-sejuk. Strawberry Cloud Latte kureng sikit sebab rasa strawberry tu tenggelam walaupun cloud dia tebal. Dia rasa hujung lidah je lepastu hilang dah.
Tak pasti lah Beutea guna biji kopi mana sebab biji kopi dia rasa pahit tapi tak mengantuk. I minum ni waktu malam tapi elok je lah tidur nyenyak macam biasa sebab kafein dia tak tinggi. Mungkin biji kopi Columbia.



Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.