Book Review | Sedetik Lagi (2020)

Tuesday 4 October 2022


Penulis : Auni Zainal

Penerbit : IMAN Publication Sdn Bhd

Helaian : 258 mukasurat / 28 bab 1 epilog

Genre : Misteri / Fiksyen / Drama

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Mac 2020

Harga : RM 28.00 (Semenanjung Malaysia), RM 30.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

9 tahun Khalis terperangkap di masa lalu akibat diari merah itu.

Khalis ingin kembali ke masa asalnya namun dia tidak tahu bagaimana. Dia takut andai dia gunakan diari itu untuk mengubah takdir, akan ada kesan yang lebih buruk menimpa diri dan orang di sekeliling.

Apabila muncul orang-orang yang mengaku mereka juga terperangkap seperti dia, Khalis ragu-ragu. Adakah patut dia mempercayai mereka atau perlukah dia melindungi diari tersebut agar tidak disalahgunakan oleh sesiapa pun?

Bagi Khalis, dia hanya ada dua pilihan; memilih untuk terus bersembunyi atau mengambil risiko dalam meraih kebahagiaan.

Sekiranya kita diberi peluang sedetik lagi demi bersama orang yang tersayang, apakah harga yang sanggup kita bayar?

Review:

Sekuel naskhah merentas masa melalui diari merah ajaib kini dikembangkan lagi perjalanan Khalis ke masa lalu. 9 tahun dia menderita seorang kerana takut diari ni akan diambil oleh Ghazali. Dia tak tahu apa akan jadi tapi dia sentiasa dihantui oleh mimpi ngeri tersebut. Sama macam Nadiah, Khalis juga merasa sunyi dan rindu. 

Selain kisah Khalis, Ghazali dan Nadiah yang pernah diceritakan dalam Sekali Lagi (2018), ada pertambahan watak Nik - remaja sekolah yang pintar, Liana – perempuan berumur 30-an dan juga Pak Cik Leh yang kelihatan uzur dan sentiasa memanggil anaknya, Tariq. Orang tua tersebut sentiasa menceritakan tentang arwah isterinya, Yah dan ada kalanya dia beri pantun 4 kerat yang sukar difahami maknanya. 

Bukan curang kuatur tertib, 

Mana muka dibawa pulang, 

Tertampan jalan pena mencatit, 

Bertitik-tolak kisah berulang.


Berdampil lemah bersanggit, 

Berpisah kuat bertentang, 

Elok lemah asal dipamit, 

Dari kuat ditinggal seorang.

Dari mereka bertiga lah Khalis tahu ada harapan untuk dia pulang ke masa sebenar tapi harapan tersebut agak tipis. Diari merah tersebut tak boleh ada pemilik baru selagi belum ada yang pulang ke masa asal. Dan kalau wujud pemilik baru maka mereka semua akan ‘terbang’ bersama pemilik baru. 

Nik agak baran orangnya sebab dia masih remaja. Kata Liyana, dia paranoid dan takut dengan gelap akibat merentas masa dan ‘terbang’. Kerana pertengkaran antara Nik dengan Khalis, mereka semua terbang lagi sekali kerana pemilik baru. 

Khalis dalam Sedetik Lagi agak jauh berbeza dengan Khalis dalam Sekali Lagi sebab Khalis ni lebih pesimis orangnya. Mudah putus asa juga sebab dia tak dapat berjumpa dengan Nadiah dan ragu-ragu dengan Ghazali. Lega bila dapat tahu Ghazali yang banyak ajar Khalis supaya pandang musibah ni sebagai ujian. Mungkin ada perkara yang Tuhan nak ajar ataupun tunjuk kepada Khalis. 

“Melepaskan tidak bermaksud pasrah. Kalau tawakal itu maksudnya tidak berbuat apa-apa, maka kita telah menganggap bahawa Tuhan itu tidak adil. Sedangkan Allah Maha Berkuasa. Dia menyusun takdir mengikut usaha yang kita lakukan pada hari ini.” – Auni Zainal 

Jalan cerita Sedetik Lagi lebih misteri dan kompleks sebab tak tahu macam mana mereka semua nak pulang ke masa asal. Nak bertanyakan pada Nadiah pun, dia sudah pulang ke sana tapi kalau ikutkan ada sebenarnya penulis dah bagi hint dalam Sekali Lagi cuma I je yang tak perasan. Mungkin terfikirkan sesuatu yang lebih kompleks juga kot. Tapi kalau bukan pun, I rasa ada part yang tak jelas macam mana Khalis dan Pak Cik Leh jumpa pen tu. 

Flow cerita dalam Sedetik Lagi ni agak berat sampai kena focus betul-betul dari awal sampai habis sebab ada banyak part ‘terbang’ dan kena baca Sekali Lagi dalam masa terdekat untuk faham apa yang mereka semua maksudkan. But all in all, semua pun dapat happy ending yang mereka nak. Nasib baik lah happy ending sebab sepanjang dua jilid ni rasa murung dengan keresahan masing-masing. Kita baca memang lah rasa sekejap tapi yang mengalami tu sampai makan tahun. 

Pokoknya, mesej yang I dapat lepas baca kedua-dua buah buku, I boleh kata yang hargailah waktu sekarang dan tak perlu risaukan sangat masa depan. Jangan pula terlampau berpegang dengan masa lalu. 

. Author +1, 2. Plot +0.6, 3. Genre +0.7, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +1 = 4.3/5

2 comments

  1. Aduh.. nak kena baca juga sambungan ini..

    ReplyDelete
  2. dia bersambung-sambung ye, mmg kene baca dari awal ni kalau tak tak paham jalan ceritanya

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.