Movie Review | Kan Cheong (2022)

Saturday 8 October 2022


Pengarah : Noor Azlan Shah
Penulis Skrip : Faten Syamimie
Pelakon : Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi, Shima Anuar
Syarikat Produksi : Thinkerbell Studios
Pengedar : Astro First
Genre : Thriller / Misteri
Durasi Tayangan : 98 minit
Tarikh Tayangan : 11 Ogos 2022
Trailer :


Kan Cheong yang membawa maksud gementar atau tegang dalam bahasa Hokkien mengisahkan tentang Ayu (Nora Danish) yang tinggal sendirian mendengar berita mengenai empat orang pesakit mental yang lari dari hospital. 

Hari nak hujan, siang pula mula menginjak ke waktu malam tapi mama dia belum ada tanda mahu pulang. Ingatkan cuti semester boleh luangkan masa dengan mama tersayang tapi mama dia pula sibuk dengan urusan kerja. Kalau sekarang belum gerak balik dari Kuantan, entah pukul berapa mama dia akan sampai. 


Tidak lama kemudian, seorang lelaki bernama Aman (Jay Iswazir) muncul di luar pintu untuk menghantar barang yang ditempah Nurul. Ayu bagitahu tiada orang bernama Nurul dalam rumah tersebut dan Aman mungkin tersalah rumah. Ayu minta Aman segera pergi namun disebabkan hujan lebat, Aman meminta tumpang berteduh.

Ayu tidak tenang kerana Aman kerap mengganggunya dengan mengetuk tingkap dapur untuk meminta makanan dan merayu supaya diizinkan masuk kerana sejuk berada di luar. Dek kerana petir, rumah Ayu blackout dan terpaksa lah dia minta tolong Aman untuk betulkan. Melihatkan sikap Aman yang tidak stabil menyebabkan Ayu ketakutan dan mengesyaki dia salah seorang pesakit mental yang terlepas lari.


Apabila Aman memegang pisau atas alasan membantunya memasak, ketakutan Ayu memuncak dan cuba melarikan diri. Namun bila dia buka pintu rumah, Saiful (Niezam Zaidi) pula muncul di situ. Saiful nak pinjam telefon kerana keretanya rosak dan handphonenya pula mati. Ayu izinkan untuk guna tapi wayar telefon pula putus, kucing yang temankan Ayu dari awal juga mati dibunuh di dapur. Ayu mula sembunyikan diri dari dua orang lelaki tersebut. 

Jalan cerita Kan Cheong arahan Noor Azlan Shah ringkas dan bersifat straightforward yang berlatarkan rumah banglo jauh tersorok dari orang lain. Disebabkan ringkas timbul banyak juga persoalan tentang watak Ayu dalam rumah tersebut. Kenapa dia pakai tudung dalam rumah sedangkan tak ada orang lain. Kenapa dia tak telefon polis kalau dia tak suka dengan kehadiran Aman? 


Masa Aman bagitahu Ayu dia ada nampak kelibat lelaki di tingkat atas tu agak berdebar jugak lah sebab takut pesakit mental masuk dalam rumah dia. Cara Ayu kena serang pun sama dengan watak perempuan di awal cerita. Rumah dah lah besar, ada banyak ruang kalau betul ada pesakit mental bersembunyi dalam rumah tersebut.

Tak pasti lah Jay improvise ataupun watak Aman tak dikembangkan dengan baik sebab Jay nampak susah sangat nak portray karakter psiko. Patutnya tenang ataupun sendu sebabak dengan cerita bekas isteri tu tapi macam try hard sangat dia nak tunjuk dia tu sakit mental. Lagi menarik kalau dia banyak bermain dengan kata-kata daripada beria buat muka psiko. Seram jugak lah bila dia asyik panggil ‘Cik’.


Watak Saiful paling menyerlah walaupun dia muncul sekejap saja antara semua. Rabak dia nak kena layan perangai Ayu dengan batang besi dan Aman yang tak sudah dengan masalah dia. Saiful nak pinjam telefon sekejap saja tapi lain pula jadinya. Menarik juga lah bila tahu Saiful, Aman dan Ayu ada rahsia mereka sendiri. Dekat hujung cerita tu seram juga lah bila tengok lakonan antagonis, memang tak ada belas langsung bila membunuh.

Naskhah Kan Cheong boleh jadi lebih menarik kalau pace penceritaan tak slow sangat dan tambah lagi subplot ataupun plot untuk mengukuhkan elemen misteri antara ketiga-tiga watak utama. Nak tahu juga macam mana pesakit mental yang lari tu boleh sampai ke rumah tersebut. Kudos to team production yang ketengahkan tema kesihatan mental dan perbanyakkan lagi naskhah thriller misteri. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought + 0.4 = 6.8/10

3 comments

  1. Idea menarik tapi tulah kena improve lagi. Banyak je movie yang watak ada pesakit mental tapi tak obvious. Kalau tayang free nanti saya tengok. Hehe

    ReplyDelete
  2. Belum sempat tengok lagi filem ni. Pilihan pelakon yang hebat pasti best ceritanya.

    ReplyDelete
  3. i curious betul siapa yang sakit mental dalam movie ni. tapi tunggulah rajin dulu baru tengok, rasa i akan banyak bebel bila tengok movie ni..haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.