ZUS Coffee Bertandang Ke Subang U5!

Sunday 9 October 2022


Awal tahun haritu ZUS Coffee bertapak di Subang Perdana tapi jarang lah pergi sebab sesak ya rabbi area situ sekarang ni. Kalau dulu sendu je tapi sekarang boleh rengsek drive dekat area situ. Tup tup nampak signboard ZUS Coffee naik dekat deret Family Mart. 

Makin meriah dekat SuBest ni sebab ada banyak fast food chain menapak tahun ni. Pilih je lah nak lepak dekat mana. Bagus lah naik banyak restoran, cafe atau kedai serbaneka dekat sini sebab tak perlu risau dah pasal makan bila public holiday ataupun raya. I jarang ambil cuti panjang kalau raya melainkan dipaksa cuti jadi agak susah lah bab makan. Barang mentah pun nak beli mana kalau stok pun habis dekat kedai. Sekarang dah tak payah serabut dah yeayyy!




I tak lah berapa minat dengan ZUS Coffee tapi ada certain coffee yang kena lah dengan selera tekak macam Spanish Latte, Iced Hazelnut Latte ataupun Cafe Mocha. But it just feels good to have choices, kan? 

Interior dekat dalam ZUS Coffee pun cantik dengan warna tema biru pekat dan putih. Banyak kerusi, meja dan plug, sesuai lah untuk student buat discussion dekat sini. Deret bangunan ni banyak rumah sewa untuk student universiti HELP depan tu jadi setiap hari penuh dengan diorang datang beli kopi dan buat assignment. 

Zaman I belajar dulu lepak McDonalds je la sampai 3, 4 pagi. Nak buat group assignment ataupun event ada pelajar lelaki jadi tak boleh lah lepak dekat rumah sewa kan? Lepastu faham je lah kalau dah discussion atau brainstorm, mesti suara terkuat kalau tengah excited nak bercakap. Makanya mekdi je lah tempat sesuai. Kenapa tak buat dekat library UiTM? Pekan Segamat lagi dekat daripada nak menapak ke UiTM, jalan gelap satu hal, nak lalu jirat cina satu hal. Nope.



Masa awal-awal ZUS Coffee start beroperasi, ada basic flavors of coffee je tapi sekarang dah siap ada pastries dengan beberapa menu macam Starbucks. Memandangkan tak pernah lagi cuba makanan ZUS Coffee, saja lah try order lasagna sebab spaghetti carbonara dah habis stok. Harga untuk satu lasagna ni RM12.60 untuk saiz sederhana. 



Rasa lasagna tu tak beza jauh pun dengan lasagna lain cuma dekat ZUS Coffee ni terlebih tomato puree dan kurang cheese. Lasagna dia agak mengecewakan lah sebab moist sangat sebab lapisan lasagna tu tak banyak. Kalau tomato puree banyak, kepingan lasagna pun kena lah banyak kan? Seksa jugak nak habiskan sebab masin. Minum kopi pun tak mampu nak hilangkan rasa masin terlebih tu. 

Untuk harga dengan rasa ni memang tak berbaloi lah sebab saiz dia kecil. Sedap lagi lasagna dekat Domino's sebab tak kedekut walaupun saiz tak besar mana tapi puas makan sebab cheese dengan bahan banyak. 


Buat masa sekarang, tak berani nak order dah makanan dekat ZUS Coffee sebab tengok ramai yang complaint jadi kita minum kopi je lah. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.