Movie Review | Jogi (2022)

Friday 7 October 2022


Director : Ali Abbas Zafar
Writer : Sukhmani Sadana, Ali Abbas Zafar
Cast : Diljit Dosanjh, Amyra Dastur,  Kumud Mishra, Mohammed Zeeshan Ayyub, Hiten Tejwani
Production Company : AAZ Films
Distributor : Netflix
Genre : Drama
Running Time : 116 minutes
Release Date : 16 September 2022
Trailer :


Diinspirasikan dari tragedi sebenar yang berlaku di India pada 31 Oktober 1984 di mana dua orang Sikh dikhabarkan telah membunuh Perdana Menteri Indira Gandhi hingga mencetuskan rusuhan antara kaum India dan Sikh. Sebelum ni dah pernah tengok tentang rusuhan ni dalam filem #1st October (2015) tapi lebih kepada menceritakan bagaiman satu keluarga survive. 

Jogi pula lebih menarik kerana watak Joginder (Diljit Dosanjh) cuba untuk selamatkan penduduk yang berketurunan Sikh keluar dari Delhi menuju ke Amritsar. Perjalanan tu bukan mudah kalau tanpa bantuan Rawinder (Mohammed Zeeshan Ayyub) yang bekerja sebagai pegawai polis tanpa disyaki oleh pihak atasan. 

Banyak cabaran yang mereka berdua perlu tempuh untuk hantar orang awam ke Amritsar macam dapatkan minyak diesel di hub kepunyaan Menteri Tejpal Arora (Kumud Mishra). Semua minyak perlu didaftarkan supaya semuanya digunakan untuk bakar orang Sikh dan kediaman mereka di Delhi. Sempadan negeri juga disekat dengan pegawai polis yang bertindak mengikut arahan Tejpal. 

Naskhah Jogi bergerak laju menceritakan bagaimana kawasan kejiranan Sikh yang meriah tiba-tiba diserang kerana berita tergempar tersebut. Tak sempat langsung sesiapa selamatkan diri. Kalau tak kena serang di tempat kerja, di jalan atau laluan biasa, mereka akan diserang di rumah. Bayangkan tengah sibuk bekerja di pejabat tiba-tiba ada orang kunci pintu keluar masuk dan bakar premis. 

Seram dan gerun bila tengok ada yang berlari sebab sakit badan marak terbakar. Ada pula kena pukul dan tetak sehingga mati. Tak boleh bayang langsung kalau ada dalam situasi tu. Mesti badan kaku sebab takut sangat. Belum hilang lagi rasa gerun dengan ketegangan antara Muslim dan Hindu di sempadan Kashmir dalam filem The Kashmir Files di awal tahun, hujung tahun disuap pula filem rusuhan terhadap Sikh dalam Jogi. Apa yang ditunjukkan tu cuma sedikit dari tahap kengerian sebenar yang berlaku di dunia nyata. Sinematografi dari Marcin Laskawiec sedikit sebanyak menceritakan trauma yang dilalui oleh kaum Sikh kepada generasi baru supaya tak sewenangnya meminta generasi lama lupa dan ambil mudah. 

Watak Jogi yang dikarang oleh Sukhmani Sadana dan Ali Abbas Zafar ni berbeza dengan watak tipikal kaum Sikh bila mereka agak ‘bising’ dan hyper. Baik Jogi mahupun Rawinder, kedua-duanya soft spoken dan lebih banyak berdiam diri. Kisah cinta Jogi dan Kammo (Amyra Dastur) juga digarap dengan cantik lantas menjadikan sub-plot yang menguatkan penceritaan untuk watak antagonis Lali (Hiten Tejwani). 

Lakonan Kumud Mishra sebagai Menteri yang salah guna kuasa pun menguatkan lagi keterdesakan Jogi untuk selamatkan Sikh yang lain. Sakit hati bila dia ugut Rawinder supaya buat ‘kerja’ yang dia arahkan. Pengarah tak takut langsung nak tunjuk yang rusuhan ni berlaku berpunca dari orang yang ada kuasa mengatasi undang-undang dan resources yang banyak. 

Walaupun penceritaan Jogi menyerlah dari kebanyakan aspek tapi personally tak berapa suka dengan penghujung yang cuba untuk meningkatkan lagi elemen dramatik. Sebab dah hujung sangat, boleh sangat kalau pengarah tambah luka saja. 

Nevertheless performance Diljit tak pernah mengecewakan dan buktikan yang dia mampu berdiri standing dengan pelakon A-list yang lain. Terkejut juga dia sanggup reveal rambut sedangkan sebelum ni dia berpegang dengan agama tapi tu lah, sama macam pelakon agama lain, ada yang tanggal sana sini juga sebab nak berlakon. No offense cuma terkejut sajo. Recommended to those yang belum familiar dengan salah satu tragedi hitam India ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1 , 6. Genre + 0.8, 7. Themes +1 , 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7  =  9.3/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.