EPISOD AKHIR KESAH KANSER KU PENUTUP TIRAI DOKUMENTARI EKSKLUSIF PERJALANAN KANSER ELYANA

Wednesday 26 October 2022

EPISOD AKHIR KESAH KANSER KU PENUTUP TIRAI DOKUMENTARI EKSKLUSIF PERJALANAN KANSER ELYANA | Dokumentari eksklusif bakal tiba ke penghujungnya, Elyana dedikasikan khas tanda terima kasih buat motivasi peminat dan masyarakat.

Perjalanan kisah kanser Elyana akhirnya sampai ke penghujungnya. Mengimbas kembali keputusan untuk berkongsi pengalaman dari awal menghidap kanser Limfoma bukanlah sesuatu yang mudah buat Elyana Emrizal. Malah, Kesah Kanser Ku merupakan kali pertama Elyana dan suami, Khairul Hussin mengambil langkah untuk kembali bertemu penonton melalui saluran YouTube Aku Elyana.

Kesah Kanser Ku merupakan sebuah dokumentari yang mengandungi 6 episod, di mana setiap episod merupakan perkembangan cerita dari saat pertama Elyana dan suami mengetahui kewujudan kanser limfoma tersebut. Malah, segala perubahan fizikal dan mental yang dilalui Elyana turut dikongsikan kepada peminat melalui episod kedua. Bukan itu sahaja, mungkin ramai yang masih ingat, pada tahun 2017, kali pertama Malaysia digegarkan dengan berita penyakit yang dihidapi beliau, segala cerita disebalik tabir momen tersebut turut disematkan dalam episod ketiga. 

Para penonton juga boleh menyaksikan Elyana menceritakan detik bagaimana beliau mengambil keputusan lari daripada hospital dan senyap selama beberapa tahun dan kesihatan beliau yang makin merosot semasa musim pandemik melalui episod 4 dan 5.

Buat episod terakhir Kesah Kanser Ku ini, para penonton bakal disajikan dengan cerita disebalik kejayaan Elyana Emrizal dalam melawan kanser. Sepanjang perjuangan melawan kanser tersebut, Elyana terpaksa mengorbankan bermacam benda termasuk masa berharganya bersama anak-anak yang tersayang.

“Untuk berada di tahap ini, ia mengambil masa lebih 10 tahun berjuang dan macam-macam yang kami lalui,” kata Khairul Hussin suami kepada Elyana.

Para penonton boleh menonton Episod Akhir Kesah Kanser Ku di saluran YouTube Aku Elyana

4 comments

  1. Orang yang betul-betul kuat semangat boleh survive dengan kanser..insha Allahb dengan usaha juga

    ReplyDelete
  2. Semoga dengan perkongsian Elyana akan memberikan semangat buat mereka yang tengah berjuang melawan kanser juga..

    ReplyDelete
  3. kanser kan. antara hidup atau mati tu, bermain2 di fikiran kita. ingat anak, ingat kan suami. Allahu. derita nyer lah... nanti nak tonton la, Fana. moga dpt inspirasi.

    ReplyDelete
  4. Tak perasan pulak kisah yang dikongsikan Elyana ni. Semoga memberi semangat kepada cancer fighter juga.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.