Movie Review | Umma (2022)

Saturday 8 October 2022


Director : Iris K. Shim
Writer : Iris K. Shim
Cast : Sandra Oh, Fivel Stewart, Dermot Mulroney, Odeya Rush, MeeWha Alana Lee, Tom Yi
Production Companies: Stage 6 Films, Raimi Productions, Starlight Media
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Supernatural / Horror
Running Time : 83 minutes
Release Date : 15 March 2022 (Koreatown), 18 March 2022 (United States)
Trailer:


Kerana pengalaman buruk bersama ibunya Ketika kecil, Amanda (Sandra Oh) melarikan diri ke Amerika Syarikat sehingga lah dia mempunyai anak perempuan tunggal bernama Chrissy (Fivel Stewart. Mereka berdua tinggal di kawasan yang agak terpencil kerana mengusahakan ladang lebah dan jual madu untuk sara hidup. 

Kerana cara hidup Amanda yang takut dengan elektrik dan juga kilat, tak terlalu sukar untuk dia hidup bersama lebah walaupun pada awalnya dia tak ada langsung ilmu mengenai lebah. Dari seorang akauntan dia bekerja sebagai peladang hingga Chrissy besar dan bakal masuk kolej untuk pengajian tinggi. 


Tanpa diduga pakciknya dari Korea datang bawa abu dan juga barang kesayangan mendiang ibu Amanda (MeeWha Alana Lee). Antaranya gambar terakhir, hanbok berwarna ungu yang dijahit sendiri oleh Umma. Amanda tegah Chrissy untuk buka bagasi dan pegang abu tersebut kerana khuatir ada sesuatu yang diletakkan bersama. Amanda kenal Umma dan tahu rahsia dia jadi dia ambil keputusan untuk simpan semua barang tersebut di stor bawah tanah. 

Tapi Chrissy yang berdarah kacukan Amerika mula membuak rasa ingin tahu siapa Umma dan kenapa Amanda bertindak sedemikian. Kerana tangan, badan binasa bila roh Umma mengganggu mereka sekeluarga. 


Plot cerita Umma bersifat straightforward dan mudah untuk difahami cuma macam pelik dengan watak Chrissy sebab dia tak pernah persoalkan kenapa ibu dia macam tu. Bila dia mengamuk sebab mak dia tak terkesan dengan elektrik tu macam tak boleh nak faham dengan konflik dia. Dia pergi sekolah, dia ada akses internet, dia bebas pergi ke mana-mana tapi tak pernah cuba nak korek kenapa mak dia macam tu. Watak dia cuma curious dengan hantu Umma je. Boleh kata tak cukup kuat lah untuk elemen drama dan klimaks. 

Dekat awal cerita nampak macam Amanda dengan Chrissy ni rapat tapi makin banyak filem bergerak makin ketara dua watak ni rapat sebab terpaksa. Bila Amanda kata dekat roh Umma dia yang anak dia takkan jadi macam dia tu rasa tak boleh relate sebab bonding diorang pun tak kuat mana. 


Mungkin sebab penulis dan juga pengarah Iris K. Shim adalah orang Amerika jadi dia tak pandai nak berdrama macam orang Asia. Walaupun berlatarkan budaya Korea tapi umpph tu tak sama. Nak kata sebab watak Amanda tu imgiran pun tak lah juga sebab dia membesar dengan budaya dan suasana orang Korea. 

Apa yang diamalkan oleh Umma pun tak diceritakan sampai roh dia masih boleh berinteraksi dengan Amanda walhal sudah mati. Di awal cerita pengarah ada tunjuk beberapa klip video tentang ritual tradisional Korea tapi tak jelas ritual apa. Kenapa Umma nak sehidup semati dengan Amanda walhal dia yang dera anak dia sampai cedera fizikal dan mental. 


Screenplay Umma agak lemah sebab cerita terlampau ringkas dan tak dikembangkan dengan sebaiknya tapi bab seram tu memang mengundang jugak lah. Hantu dia tak lah sampai berdarah ataupun mengerikan cuma sinematografi yang malap dan suasana kelam tu buatkan sentiasa berdebar. 

Naskhah Umm ani ada potential dan menarik kerana pamerkan cara hidup Korea dan Amerika tapi tak dikembangkan juga diolah dengan baik. Lakonan dua pelakon utama, sinematografi, tema dan music score antara kekuatan yang tersia dalam filem yang tak meninggalkan apa-apa impak mahupun mesej sosial yang sewajarnya. 
 
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.9/10

1 comment

  1. Uishh..seramnya tengok poster tu!
    Kalau pengarah Korea ni confirm seram tengok.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.