Drama Review | The Midnight Club (2022)

Sunday 16 October 2022


Director :  Mike Flanagan, Leah Fong
Writer : Christopher Pike
Cast : Iman Benson, Adia, Igby Rigney, Ruth Codd, Aya Furukawa, Annarah Shephard, William Chris Sumpter, Sauriyan Sapkota, Heather Langenkamp, Zach Gilford, Matt Biedel, Samantha Sloyan
Production Companies: Intrepid Pictures
Distributor : Netflix Streaming Services
Genre : Horror / Mystery / Thriller
Running Episodes : 10 episodes ( 49-58 minutes per episode)
Release Date :  7 October 2022
Trailer :


Netflix hidangkan naskhah baru dengan genre seram bersempena Halloween, The Midnight Club yang diadaptasi dari novel dengan tajuk sama karya nukilan Christopher Pike. Berlatarkan tahun 1994, Ilonka (Iman Benson) disahkan menghidap kanser tiroid dan mempunyai beberapa bulan saja lagi untuk hidup. 

Bila Ilonka buat carian di Internet, dia terjumpa tentang Julia Jaynes yang berjaya sembuh sepenuhnya setelah menghilangkan diri selama seminggu di hospis (pusat jagaan) Brightcliffe Home. Tak ada siapa tahu ke mana Julia pergi namun yang pastinya dia muncul selepas seminggu dan kanser dia sembuh. 


Ilonka yakin dia akan dapat peluang yang sama jika dia tahu ke mana Julia pergi dan rahsia yang disimpan di pusat jagaan tersebut. Di sana dia berjumpa dengan Kevin (Igby Rigney) yang kacak tapi menghidap leukemia. Rakan sebilik, Anya (Ruth Codd), seorang yang kasar dan baran. Sandra (Annarah Cymone) pula seorang yang optimis dan berpegang teguh dengan ajaran Kristian. Spencer (Chris Sumpter) pula dibuang keluarga setelah menghidap penyakit AIDS. Sementara Natsuki (Aya Furukawa) mempunyai kemurungan teruk dan Amesh (Sauriyan Sapkota) mempunyai kanser tahap kronik. 


Mereka berlapan akan berjumpa pada jam 12 tengah malam untuk sesi ‘membikin’ hantu atau erti kata lain, bercerita tentang kisah seram. Tak kisah lah kisah benar atau rekaan sendiri yang pastinya setiap ahli mempunyai giliran untuk bercerita. 

Ilonka tersangatlah sibuk orangnya, selain ikut serta dengan semua aktiviti di pusat jagaan tersebut, dia juga akan keluar mencari bahan alam semulajadi yang ada di sekitar Brightcliffe Home. Di hutan tu juga dia berjumpa dengan Shasta (Samantha Sloyan) yang selalu bercerita tentang banyak hal. Dari Shasta juga dia tahu tentang rahsia gelap Brightcliffe Home. 


Tertarik dengan trailer The Midnight Club sebab nampak macam best bila dia sebut ‘we make ghost’ rupanya sembang pasal cerita hantu. Tapi okay lah sebab selain dari kisah hantu, dekat pusat jagaan tu pun memang ada hantu. Basement ada bilik mayat dan kebanyakan pesakit yang pergi ke Brightcliffe Home akan meninggal juga jadi faham sendiri lah kenapa ada hantu. 

Walaupun naskhah seram tapi pengarah simpan rahsia Julia Jaynes sampai ke hujung drama sebab tu boleh marathon terus satu hari sebab nak tahu kenapa Julia boleh sembuh sekelip mata. Apa dia buat dalam masa seminggu tu dan siapa yang bagitahu dia rahsia tu. Nak tahu juga kenapa ada hantu yang kacau Ilonka dan Kevin di hospis tu. Mesti ada sesuatu sebab hantu yang sama, mimpi yang sama dengan simbol yang sama. I happy jugak drama ni tak letak langsung pasal spirit board cuma tu lah hantu omputeh tak lah seram mana pun. Sound effect je over setiap kali hantu muncul. 


Episod-episod awal The Midnight Club ni syok lah nak layan tapi bila dah masuk tengah tu dah mula draggy dan cliché sebab penulis mula buat love angle antara Ilonka dengan Kevin. Okay lah love angle tu tapi kalau pelakon tak ada chemistry, tak syok lah nak layan kan? Lagipun tak meyakinkan langsung untuk adore kisah cinta diorang dengan masa yang singkat sangat tu. By the way, kesian Katherine (Emilia Baranac) kena marah sebab buat yang terbaik untuk Kevin? 


Kalau ikutkan macam merepek lah Ilonka nak berpegang dengan kisah Julia tu untuk sembuh sedangkan cuma dia seorang saja yang sembuh. High chance untuk salah diagnosis tu tinggi tapi Ilonka tak ambil kemungkinan tu pun padahal Dr. Stanton (Heather Langenkamp) dah tegaskan banyak kali. Kalau ada let’s say 10 orang yang sembuh mungkin I pun tertarik nak tahu jugak. Mungkin Ilonka kena belajar dengan Izzue Islam ataupun Shah Rukh Khan untuk keluarkan ayat dramatik tentang satu peratus kemungkinan yang boleh tangkis 99 peratus fakta. Overall it’s a nice watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.