Musim Baharu ‘Confession Bilik Gelap’ Rungkai Pengakuan Tulus Insan-insan Hebat di Malaysia

Wednesday 5 October 2022

Musim baharu ‘Confession Bilik Gelap’ rungkai pengakuan tulus daripada insan-insan hebat di Malaysia | Strim di aplikasi dan laman rasmi SYOK

Siri SYOK Podcast ‘Confession Bilik Gelap’ Musim Ketiga

Semua peminat audio podcast boleh menikmati musim ketiga siri SYOK Podcast ‘Confession Bilik Gelap’ dengan menampilkan figura hebat tanah air dan suara anak tempatan dari pelbagai latar belakang yang menceritakan liku-liku kehidupan penuh inspirasi buat rakyat Malaysia. Siri ketiga ‘Confession Bilik Gelap’ boleh distrim sekarang menerusi aplikasi dan laman rasmi SYOK. 

Musim baharu ‘Confession Bilik Gelap’ mengetengahkan kisah jatuh bangun, ujian hidup, takdir tidak dijangka serta kecekalan dan kebangkitan yang diharungi oleh insan-insan hebat termasuk ahli politik disegani, suri mantan Perdana Menteri, pelantun irama dangdut Malaysia, pejuang anak autistik dan ramai lagi. Perkongsian santai dan bermanfaat ini dihoskan oleh Rosie Haslinda Nasir, penulis buku dan novel tempatan.  

Para peminat ‘Confession Bilik Gelap’ boleh strim dan menantikan episod-episod dalam musim ketiga ini, termasuk:
  • Episod 1: Syed Saddiq - Antara Khianat Dan Suri Hari Yang Dia Cari
  • Episod 2: Ifa Raziah - Dari Flat Pekeliling, Mogul Perniagaan Dan Manusia Yang Menikam
  • Episod 3: Iman Wan Tuck Meng - Jihad Seorang Ayah Mengasuh Anak Autistik
  • Episod 4: Ahirine Ahirudin - Wanita dan Dunia Lasak
  • (Sila rujuk lampiran untuk sinopsis kisah-kisah ini)

Nantikan episod-episod baharu siri SYOK podcast ini yang akan disediakan pada setiap Isnin, bermula jam 10 pagi menerusi aplikasi dan di laman rasmi SYOK. Para peminat boleh menantikan episod selanjutnya pada minggu-minggu berikutnya.

Untuk maklumat lanjut tentang siri SYOK Podcast ‘Confession Bilik Gelap’ Musim Ketiga, layari bm.syok.my/podcast atau muat turun aplikasi SYOK. 

Tajuk Dan Sinopsis ‘Confession Bilik Gelap’ Musim Ketiga


Episod 1: Syed Saddiq - Antara Khianat Dan Suri Hari Yang Dia Cari

Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, ligat di Instagram dan TikTok, petah berbahas di meja debat. Apa lagi yang baharu tentang suara muda ini? Dengarkan curahan hati Syed Saddiq tentang khianat, perjuangan dan suri hati yang dia cari selama ini.

Dengar sekarang di aplikasi SYOK.


Episod 2: Ifa Raziah - Dari Flat Pekeliling, Mogul Perniagaan Dan Manusia Yang Menikam

Dari Flat Pekeliling, kini Ifa Raziah membina legasi perniagaan, sambil terus menghiburkan peminat. Di Tanah Suci, Ifa Raziah menangisi hidupnya dan niat Ifa amat tulus. Namun mengapa dia ditikam, diputar belit dan disalah erti? 

Dengar di aplikasi SYOK bermula 10 Okt, 10 pagi.


Episod 3: Iman Wan Tuck Meng - Jihad Seorang Ayah Mengasuh Anak Autistik

Iman Wan Tuck Meng, mantan komposer terkenal Malaysia. Iman menceritakan memori luka sebelum dia bertemu nur Islam. Juga tentang pengorbanan mengurus Adam, anak autistiknya yang amat disayangi. 

Dengar di aplikasi SYOK bermula 17 Okt, 10 pagi.


Episod 4: Ahirine Ahirudin - Wanita dan Dunia Lasak

Ahirine Ahirudin, wajah baru dalam industri hiburan, miliki sisi berbeza pasca remaja penuh warna. Pernah memenangi anugerah dalam sukan Muay Thai, Ahirine kini mewakili generasi muda yang patut di contohi

Dengar di aplikasi SYOK bermula 24 Okt, 10 pagi.

Ikuti SYOK Podcast 



Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.