Astro Semarak Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Menerusi Kempen ‘Inilah KITA’
Thursday 8 August 2024
Astro Semarak Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Menerusi Kempen ‘Inilah KITA’ | Tonton saluran Astro KITA (CH100), Ikuti SYOK FEST KITA, Tonton 6 Saluran Percuma, Ambil Bahagian Dalam ‘Inilah Hero KITA Movement’ dan banyak lagi!
Bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia, Astro telah melancarkan kempen Inilah KITA bermula 15 Ogos sehingga 16 September 2024. Sasaran pelancaran kempen ini bertujuan untuk meraikan kepelbagaian dan juga kesamarataan yang telah memberikan impak positif dalam masyarakat. Antara inisiatif menarik yang dibawa menerusi kempen Inilah KITA adalah Saluran KITA (CH100), Tontonan 6 Saluran Percuma, lagu tema kempen Inilah KITA yang dinyanyikan oleh artis-artis Malaysia, SYOK FEST KITA, program Inilah Hero KITA dan banyak lagi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Euan Smith, “Kami mengangkat ‘Inilah KITA’ sebagai nama kempen kali ini kerana ia mencerminkan budaya Malaysia – pelbagai, bersatu padu dan juga berdaya tahan. Fokus kami pada tahun ini adalah untuk meraikan semangat ‘KITA’ sebagai Masyarakat yang berbilang bangsa, berbilang latar budaya dan juga bersama.
Di Astro sangat kami teruja untuk membawakan kandungan yang pelbagai ke setiap isi rumah bagi mengangkat semangat KITA. Sepanjang kempen berlangsung, kami menjemput anda untuk menonton Saluran KITA, mendengar lagu tema kempen Inilah KITA yang dinyanyikan oleh barisan artis tempatan, dan mengambil bahagian dalam pergerakan sosial Inilah Hero KITA.”
Sebagai jenama yang diasaskan di Malaysia, Astro membawa cerita dan juga hiburan terbaik Malaysia menerusi Saluran KITA (CH100) dengan menampilkan lebih dari 100 tajuk terpilih, bermula 15 Ogos sehingga 16 September ini di Astro, NJOI dan sooka. Tambahan pula, pelanggan Astro berpeluang untuk menikmati enam saluran percuma bermula 30 Ogos sehingga 16 September iaitu SHOWCASE (CH413), HITS MOVIES (CH401), tvN Movies (CH416), HITS NOW (CH702), Zee Cinema (CH251), dan ABO Movies Thangathirai (CH241).
Para pelanggan berpeluang untuk menonton tayangan perdana dan tajuk baru di Saluran KITA (CH100), seperti:
● Lion Girl, mengisahkan tentang Sakina, lakonan Erysha Emyra, seorang gadis yang meminati tarian singa yang kemudian mendorangnya untuk menjadi seorang penari singa, mengharungi dugaan keluarga dalam mengejar impiannya dengan menonjolkan keteguhan dan budaya Malaysia.
● Rombongan Makciks Ke Dataran Merdeka, sebuah drama menampilkan Rozita Che Wan, Mandy Chong dan Satthiya Kandi sebagai makcik-makcik dari Kg Wahab Satu yang dalam perjalanan untuk melihat perarakan Bomba ahli keluarga mereka berubah menjadi huru-hara dan menguji kesetiaan persahabatan mereka dalam menzahirkan semangat sejati Malaysia.
● The Music Journey, sebuah program muzik menampilkan barisan artis Malaysia seperti, Priscilla Abby, Firdhaus, 3p Caven, Uriah See dan Ryota dalam menginterprestasikan lagu-lagu kegemaran rakyat Malaysia dalam meraikan budaya Malaysia.
● Pasanga Musim ke-2, Siri Tamil tempatan dengan jumlah 100 episod telah menjadi tontonan tertinggi yang pertama di Malaysia, menampilkan penerbit dan pelakon Denes Kumar dengan mengetengahkan hubungan kekeluargaan untuk menghadapi dugaan dan cabaran di Malaysia.
● Oga & Friends, satu lagi judul siri animasi tempatan oleh penerbit Didi & Friends, mengisahkan pengembaraan sekumpulan haiwan yang tinggal di dalam hutan di Malaysia. Animasi ini membawa mesej mengenai kepentingan memelihara alam sekitar, bertepatan dengan Astro RimbaKita ESG.
Para pelanggan juga boleh menikmati episode istimewa Family Feud Malaysia dan rancangan lain seperti Hantu Karipap, Terompak Sana Tertukar Sini, Call Me Handsome – Malaysia KITA, Sofa Kentang Selebriti, dan banyak lagi.
“Inilah KITA’ Meraikan Perpaduan Malaysia Beserta Bakat Tempatan.
Bagi meraikan perpaduan Malaysia dan juga bakat tempatan, rakyat Malaysia bakal disajikan dengan lagu tema kempen Inilah KITA. Lagu tema ini dinyanyikan oleh artis-artis berikut antaranya Hael Husaini, Wani Kayrie, Daniel Fong, Joey Leong, Balan Kash dan Roshini. Lagu ini boleh distrim bermula 15 Ogos 2024 di semua platform kegemaran anda.
Bermula 6 sehingga 8 September, anda dijemput hadir ke SYOK FEST KITA bagi meraikan budaya Malaysia di Setia City Park Oval Lawn. Ikuti kami meraikan muzik dipersembahkan oleh lebih dari 25 artis tempatan seperti Floor 88, Hattan, Misha Omar, Luqman Podolski, Zayn Nakal, Syamil, Bunga, Claudia Tan, Sya, Music Kitchen, Arvind Raj, Zen, Jie Ying, Elva, Daniel Wong, Mag Lai, Kaka Azraff, Zubir Khan, Ezra Kairo, K Town Clan, Sarah Suhairi, 53 Universe, DEF Jam Artist dan ramai lagi!
Ikuti saluran Astro Radio OR1 FM pada 6 September, dimana 13 buah stesen radio dalam 4 bahasa – Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil – akan berganding bahu dalam membawakan saluran langsung di luar konti sambil berinteraksi dengan masyarakat.
Rakyat Malaysia juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam pergerakan sosial Astro Inilah Hero KITA bermula 15 Ogos hingga 16 September, dimana mereka boleh berkongsi cerita-cerita tauladan mengenai rakyat Malaysia bercirikan sifat kebaikan, dedikasi dan positivity. Cerita boleh dikongsikan dalam format berbentuk teks, gambar ataupun video di laman media social dengan tanda pagar #InilahKITA. Tonton Berita Terkini KITA di segmen Astro AWANI (CH501) jam 5pm dan KITA (CH100) pada jam 8.30pm dimana kami membawakan cerita-cerita menarik mengenai individu ‘Inilah Hero KITA’ yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.
Raikan semangat KITA dengan Astro sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia ini. Langgan Astro dengan hanya RM41.99/sebulan, nikmati potongan sebanyak 30% serta pemasangan percuma bagi merasai pengalaman masyarakat Malaysia di saluran KITA (CH100) sambil nikmati enam saluran percuma. Jangan ketinggalan program SYOK FEST KITA dan dengarkan Astro Radio secara langsung di OR1 FM. Mari kita bersama berganding bahu sesama rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian dalam pergerakan Inilah Hero KITA dengan membina impak positif dalam Masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila layari astro.com.my/InilahKITA.