Strim siri drama audio ‘Malam Pengantin’ terbitan SYOK bersama Dewan Bahasa dan Pustaka bermula 29 Mac

Wednesday 22 March 2023

Peminat SYOK Podcast boleh menikmati siri drama audio baharu, Malam Pengantin yang berkisarkan pengorbanan cinta seorang isteri dalam menempuh dugaan berkeluarga. Konsep persembahan dan jalan cerita siri drama audio ini adalah berdasarkan buku berjudul ‘Pulang Gadisku Pulang’, karya penulis buku dan lirik tersohor tanah air, Datuk Hajah Habsah Hassan. Peminat boleh mula strim siri SYOK Podcast Malam Pengantin pada 29 Mac, jam 10 pagi, secara eksklusif di aplikasi dan lawan web SYOK. 

Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio dan Rocketfuel Entertaiment, berkata, “Kami teruja mempersembahkan siri drama audio Malam Pengantin yang akan menyertai koleksi drama audio dan podcast kami di SYOK. Tambahan kepada siri drama audio ini, aplikasi SYOK turut memaparkan seleksi hiburan audio tempatan yang pelbagai untuk pilihan ramai. Melalui kerjasama kami dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi, kami turut memberi peluang kepada pengkarya tempatan untuk terus hidup di medium digital dan elektronik, selain halaman buku, serta peluang untuk artis-artis tempatan memperkembangkan bakat mereka di platform SYOK. Kami berharap semua dapat menikmati siri drama audio baharu ini dan terus menyokong pembangunan landskap audio tempatan.”

YBhg. Dr. Hazami bin Jahari, Ketua Pengarah DBP, berkata, “DBP dalam landasan yang tepat dalam menjalankan satu daripada fungsi terasnya, iaitu penyebaran bahasa dan sastera dengan mengorak langkah pelaksanaan program dan penghasilan produk digital. Dengan bersumberkan kandungan bahan terbitan dalam bidang Bahasa dan sastera, SYOK merupakan rakan sinergi strategik yang mempunyai "jiwa dan sejalan” dengan kandungan DBP selain terbukti mempunyai keupayaan dan kepakaran dalam penghasilan produk digital”

Siri drama audio Malam Pengantin terdiri daripada lima episod yang disuarakan oleh bakat-bakat tempatan termasuk Hafreez Adam, Syainie Shuhaimi, Alyssa Azmi, Rosie Haslinda dan Syazwan Shuhaimi. Skrip drama audio ini pula ditulis oleh Datuk Hajah Habsah Hassan, dengan nasihat bahasa serta penceritaan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Malam Pengantin juga adalah drama audio tempatan pertama yang dilengkapi runut bunyi asal bertajuk ‘Cinta Tak Mengerti’, nyanyian Syazwan Shuhaimi, pelantun baharu industri muzik tempatan di bawah label Rocketfuel Entertainment.

Peminat boleh menyelami kisah Faridah (Syainie) dan Bahrin (Hafreez), merupakan pasangan bercinta yang ditakdirkan untuk mendirikan rumah tangga bersama. Namun pasangan ini dilanda dugaan apabila keduanya terlibat dalam kemalangan, di hari pertama percutian bulan madu. Natijah daripada kemalangan itu, Faridah perlu menerima takdir apabila kehilangan anggota kaki dan merasakan dirinya beban kepada Bahrin. Demi mencari kebahagiaan buat sang suami, Faridah mendesak Bahrin untuk mengahwini rakan karibnya Rokiah (Alyssa) agar kebahagiaan Bahrin dapat dikecapi sungguhpun Faridah perlu mengorbankan perasaan dan cintanya. 

Episod-episod baharu Malam Pengantin akan disediakan setiap Rabu, jam 10 pagi pada minggu seterusnya menerusi aplikasi dan laman web SYOK. Untuk maklumat lanjut, lawati syok.my atau platform media sosial SYOK. 

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.