Unboxing Goodies Bag Disney x Special Force Anarchy

Saturday 4 March 2023


Tahun lepas seronok tengok media yang dapat join event Disney+ Hotstar sebab dapat goodies bag cantik. Tak sangka pulak tahun ni rezeki kita pulak sebab pengarah Syafiq Yusof ada drama baru yang diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd dan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar, berjudul Special Force Anarchy

Untuk media yang hadir ke majlis tayangan perdana dan sidang media untuk Episod 1 drama Special Force Anarchy akan dapat goodies bag dari Disney+ Hotstar. Dekat dalam bag tu ada t-shirt berwarna hitam dan logo besar Special Force Anarchy, topi berwarna hitam dengan logo yang sama. Baru lah nampak macam Inspektor Iman bila pakai topi dengan shirt ni. 


Happy jugak bila dapat tumblr cantik berwarna putih dengan logo Disney+ Hotstar dalam tulisan berwarna biru. Sampai sekarang tak berani nak pakai lagi sebab cantik sangat. Kenottttt! 

Masa layan tayangan perdana tu semua orang yang datang dapat peluk bantal kecil Disney+ Hotstar. Bila dah habis masing-masing toleh kiri kanan sambil tanya, bantal ni boleh bawak balik ke? Design bantal tu simple je pun tapi cantik sangat di mata. Bila staff Disney+ Hotstar bagitahu boleh bawak balik kemain senyum melebar masing-masing. 

Terima kasih Disney+ Hotstar untuk goodies bag yang cantik ni, walaupun sayang nak pakai dalam masa terdekat tapi akan dipakai juga sampai Disney+ Hotstar hulur jemputan yang baru :P

2 comments

  1. Saya baru je tengok Special Force Anarchy ni... Asalnya nak tgk M Nasir... Tak habis lagi tgk, suspens jugak apa endingnya..

    ReplyDelete
  2. Cantik betul barang-barang yang diberi.. Awesome..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.