Breakfast Have Have Dengan Bask Bear Coffee Citta Mall

Saturday 4 March 2023

 

Dah lama peram entry ni, lepas dua bulan baru ada mood nak sembang pasal menghilangkan kempunan nak makan toast di Bask Bear Coffee. Masa Ain belek Grab katanya kempunan nak makan toast sebab ramai jugak yang puji sedap. Makin bertambah semangat lah bila Ayuni kata toast dekat Bask Bear Coffee memang sedap. 

Masa nak order tu tak banyak sangat pilihan yang ada tanpa diketahui sebabnya kenapa. Mungkin sebab bahan mentah tak diketahui di mana bekalannya. Jadi kitorang order yang mana ada je sebab tu boleh nampak dalam gambar yang semuanya lebih kurang je menunya. 


I order Chicken Slice and Egg Toast dengan Caffe Latte untuk menu breakfast but a bit disapoointed lah dengan dua menu ni. Kopi dia tak sedap sebab ceroi. Walaupun cafe latte tu ada penggunaan susu yang banyak tapi tidaklah bermaksud sampai hilang warna kopi tu. Tengok pun dah nampak level espresso dia banyak mana. No wonder lah murah harga seunit sebab kurangkan kuantiti espresso. Tak pasti lah kalau Bask Bear Coffee di Citta Mall sahaja ataupun memang sukatan semua outlet memang macam ni. 

Nak sembang pasal toast pula, rasa dry dan berminyak. Roti tebal tapi tak lah terasa gebu pun bila makan. Rasa sedih je lah sebab tak ada sos atau salad pun. Bayar mahal tapi bahan kedekut. Tak sama langsung macam dalam gambar. Faham lah ilustrasi semata tapi melampau sangat lah perbezaan tu. Memang kitorang boleh tuang sendiri sos cili sebab ada stok dekat office tapi tu lah, kenapa kita kena buat pulak kalau peniaga boleh buat ye dak? 

Serious tak puas hati makan Bask Bear Coffee ni, lagi terasa bebai bila order sampai ada kopi yang tumpah sebab barista dia tak seal elok-elok. Nak compare franchise lain buat kerja dengan BBC, jauh lah kualitinya. Mungkin ni pertama dan terakhir lah makan atau order Bask Bear Coffee. 

En. Fendy: You guys order Bask Bear Coffee tak ajak I pun.
Me: Sebab ingatkan En. Fendy ada meeting pagi ni. Rupanya masuk awal pulak tapi bukannya syok pun. 
En. Fendy: Ah makan tak ajak...
Me: T.T

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.