Masukkan Duit Syiling Menerusi MyPay Subang Parade

Sunday 5 March 2023


Kalau dulu nak masukkan duit syiling ke dalam akaun bank, kita bawak je pergi ke bank tapi sekarang bank dah tak nak layan transaksi ni. Katanya bank dah tak ada mesin kira syiling sebab nak jimatkan maintenance cost sebab mesin ni manjahhhh, mudah sangat rosak bila ada syiling yang tersangkut semasa proses mengira. 

Jadi bank sarankan bawa syiling yang banyak tu ke MyPay Coin Conversion yang terletak di Subang Parade. Kalau bukan sebab ada duit derma untuk dimasukkan ke akaun bank PEBELAS, memang tak tahu langsung pasal mesin duit syiling ni. No wonder lah tahun lepas pernah nampak ada influencer yang share macam mana nak masukkan duit syiling ke dalam akaun bank. Rupanya sebab bank dah tak ada perkhidmatan tu. 

MyPay Subang Parade ni dekat juga lah dengan office kitorang jadi tak ada masalah pun datang dah hujung waktu bekerja. Boleh je datang awal tapi disebabkan penderma tu pack duit syiling seringgit seringgit maka terpaksa lah I dengan Yazid buka bungkusan tu satu persatu. Nak buka pun mencabar juga sebab salotep tu dah melekat kejap dengan duit syiling. Tu belum masuk ada token laundry, ada duit antarabangsa, ada duit entah apa benda. Habis dua jam dekat situ. Itupun sebab buat berdua, kalau I buat sorang? Entah malam gamaknya baru siap. Tak marah, curhat je. 



Nak masukkan duit syiling di MyPay ni mudah je. 

1. Install apps MyPay yang boleh dimuat turun daripada Apple Store ataupun Google Play Store
2. Register sebagai pengguna
3. Klik 'Tambah Syiling' di belah kanan atas skrin
4. Klik 'Pilih Lokasi', macam kitorang pilih cawangan Subang Parade 
5. Imbas QR yang diberikan oleh staff MyPay
6. Beri duit syiling yang dibawa tu kepada staff MyPay. Nanti dia tuang je masuk dalam mesin kira duit syiling tu. 
7. Isi maklumat akaun bank yang terlibat dalam transaksi pemindahan duit syiling untuk dikreditkan dalam akaun bank tersebut. 

Masa dalam proses tu nampak lah sistem update sama ada berjaya ataupun tidak. 


Staff MyPay tu kata kalau duit syiling berkarat macam dalam gambar tu tak diterima walaupun ada karat sikit je. Dah selesai transaksi pemindahan ke dalam akaun, staff MyPay akan bagi resit atau baucar wang syiling sebagai tanda proses berjaya. Kalau ikutkan dari transaksi yang dilakukan di MyPay Coin Conversion ni tak ada pun caj perkhidmatan dikenakan. Tak pasti lah kalau ada tapi I terlupa. Kalau ada pun mungkin sekitar RM0.50 hingga RM1.00 sahaja. 

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.