Chili Crab Crazy Crab, Oasis Square Ara Damansara

Monday 6 March 2023


Dah lama nak try makan ketam dekat Crazy Crabs ni, kebetulan Laila datang Oasis untuk discuss pasal Shareholders Agreement lepastu craving nak makan ketam. I terus suggest Crazy Crabs sebab malas nak pergi lunch jauh-jauh. Lagipun dekat sini tak ramai orang masa lunch jadi masa menunggu tu tak lah lama sangat. 

Crazy Crabs ni ada banyak table dekat bahagian luar tapi sebab panas sangat masa tu, kitorang mintak makan dekat dalam je sebab ada air-cond. Pusing belakang nampak board bagitahu kenapa ketam dekat Crazy Crabs ni sedap. Sebab duduk dalam air-cond setiap masa, mandi air sejuk setiap masa dan dibasuh, diberus juga diberi makan oleh crazy people dekat Crazy Crabs. Comel. 

Alang-alang dah datang penuh satu meja, kitorang order lunch set untuk 6pax dengan harga RM138. Kalau untuk 10 pax, harga cecah RM238 sebab boleh pilih dua set sayur dan set seafood. Kitorang order Chili Crab, bendi goreng, lala masak kam heong dengan telur dadar. Tak ingat dah awalnya nak order apa tapi kebanyakan menu tak available. Patutnya dapat set ayam tapi tak ada sebab tu boleh pilih lala kam heong. So kalau nak makan dekat sini with large groups kena prepare mental lah sebab nak pilih menu je dah makan masa. 

Untuk lunch set akan dapat mantao percuma 6pcs. Soup of the day pulak sup kaki ayam. Air ikut tekak masing-masing, I ambik Sprite je sebab makan banyak so kena release angin dengan air soda. 



Harga air dekat sini tak la mahal sangat pun, harga makanan pun just nice je. Portion makan boleh lah sebab kitorang 6 orang yang jenis perut kecik jadi tak berebut sangat bab lauk. Ketam tu pun Laila bawak balik seekor. 


Semua menu yang kitorang order tu sedap tapi I tak berapa suka sangat chili crab dia sebab Crazy Crabs guna sos cili. Kalau dah guna sos cili, dia tak lah pedas sangat tapi lebih kepada manis. Isi ketam dah manis, campur pulak manis sos makin berganda lah. Nasib baik ada sup kaki ayam tu untuk potong rasa manis yang melekat dekat tekak. 

Lepas habis makan nasi, makan mantao cicah kuah cili ketam tu. Mantao dia crispy dekat luar, gebu dekat dalam. Happy dapat makan mantao sedap macam ni, makan pula dengan isi ketam segar. Fuhhhh. 


Lepas ni kalau makan lagi dekat sini nak pilih ketam masak butter, baru seronok nak makan dengan nasi dan mantao. Bab service dekat sini walaupun ruang makan bahagian dalam tu kecil je tapi susah nak dapat perhatian dari pekerja Crazy Crabs. Walaupun tak ramai orang, masing-masing nampak macam busy nau. Panggil banyak kali baru datang. Kalau makan guna tangan which of course lah akan guna tangan sebab makan ketam, jauh betul nak menapak untuk cuci tangan dekat sinki. Tak keringkan tangan dekat sinki pun tak apa sebab by the time duduk dekat meja dah boleh kering. Selalunya kalau makan dekat restoran seafood macam ni ada tisu basah. 

Anyway, thanks Laila belanja makan tengahari dekat Crazy Crabs, semoga makin murah rezeki awak :]

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.