Sekitar Majlis Sidang Media Disney+ Hotstar Original Series Special Force: Anarchy

Saturday 4 March 2023

Excited bila pertama kali dapat jemputan dari Disney+ Hotstar untuk majlis pelancaran dan sidang media untuk siri original terbaru, Special Force: Anarchy. Bertempat di EQ Hotel jam 10 pagi dengan kehadiran barisan pelakon Puteri Ashah, Elizabeth Tan, Hasnul Rahmat, Johan As’ari, Dato’ M. Nasir, Chacha Maeombong, Yusuf Bahrin, Alvin Wong dan Anas Ridzuan. Pengarah Syafiq Yusof turut hadir untuk mempromosikan siri terbaru di bawah terbitan Skop Productions Sdn Bhd. 


Sebelum ni dah pernah jejak kaki dekat EQ Plaza sebab office WebTVAsia dekat tingkat 6 jadi tak ada masalah pun nak cari event ni dekat mana. Naik je tangga belah kanan pintu masuk tu dah happy bila tengok bunting Disney+ Hotstar. Masa register dapat goodies bag Disney+ Hotstar warna putih dan biru. 


Sementara tunggu pengarah, produser dan semua pelakon sampai, semua media dijemput untuk breakfast dulu. Happy teruk bila tengok ada Cream Cheese Salmon Focaccia! Actually happy teruk sebab nampak ada salmon. 


Masa tu ada sandwich dengan pain au chocolate jugak tapi taknak pandang menu lain sebab dah happy dapat breakfast dengan salmon dan fresh orange. 


Sambil makan sambil menyembang dengan personnel dari media yang lain. Dah lama menyembang pun staff Disney+ tak panggil masuk dalam lagi. Kitorang dah bertukar meja dua kali pun krik krik lagi. Dah tak tahu nak buat apa, pergi lah bergambar kejap. Tak plan pun nak bergambar sebab adik I tak join so tak confident nak bergambar sebab dia je yang tahu angle mana cun. 


Tak lama lepas tu staff Disney+ jemput masuk ke dalam dewan. Amazed dengan effort Disney+ sebab pintu masuk tu diorang buat ala pintu bilik kebal bank memandangkan team antagonis dalam siri Special Force: Anarchy ni akan rompak bank. 




Dah dapat seat dekat dalam, bergambar pula dekat dalam sebab ada booth untuk bergambar tapi yang tak syoknya lighting tak cun. Hp kita cap ayam je, dapat lah gambar ala kadar je. Mood hari tu memang redho je bab gambar. 


Dah habis bergambar balik duduk dekat seat. Happy tau duduk dekat seat yang Disney+ Hotstar sediakan untuk production team dan pihak media sebab empuk dan selesa. Siap ada seat cover warna putih, nampak dan rasa eksklusif. Dekat setiap seat yang ada tu disediakan pula bantal Disney+ Hotystar berwarna putih. Tahun lepas I nampak bantal Disney+ ni dekat launching event Disney+ series di Singapore. Tak sangka rezeki I tahun ni dapat peluk bantal cantik ni. Design dia memang simple tapi material dia best. Tulisan Disney+ Hotstar tu pun disulam dengan benang berwarna biru. 

Sebelum ni kalau dapat jemputan dari production house, layan drama atau filem dekat skrin panggung wayang tapi dengan Disney+ ni berbeza sebab diorang set up a huuuuuge screen untuk tayang Episod 1 Special Force: Anarchy. Skrin besar, audio mantap, dapat pulak peluk bantal Disney+ Hotstar. Aaaaaa~!!! 

Sebelum majlis bermula, hos Nadia Hasnan buat introduction session dan berkenalan dengan pihak media. 


Nadia Hasnan: Hi! U dari media mana? 
Me: I blogger
Nadia Hasnan: Oh, apa nama blog u?
Me: farhanajafri.com
Nadia Hasnan: I cari blog u balik nanti! 

Tak tahu lah Nadia cari ke tak but if she did, kamsahamnidaaaaa! 

Lepas ucapan Datuk’ Ahmad Izham Omar, Head of Content & Creative, Southeast Asia, The Walt Disney Company, Nadia umumkan setiap seorang pelakon yang datang ke majlis sidang media Special Force: Anarchy. Tak tahu lah kenapa tak terfikir langsung nak record video ataupun ambil gambar masa semua pelakon berjalan masuk dari pintu sampai ke atas stage. First time jumpa Dato' M Nasir depan mata. Aura dan karisma dia kuat betul. Comel je bila dia lambai masa I panggil nama dia. 

Kalau ikutkan ni kali kedua I jumpa Lizzy dekat sidang media and she's being so cute and friendly. Memang betul lah apa Lizzy cakap sebelum ni, kalau dia dapat skrip yang ada action scene memang dia sambar je. Dari Abang Long Fadil 3 terus dapat job jadi detektif polis dalam Special Force: Anarchy. Good for her!


Syafiq Yusof bagitahu sejak kecil lagi dia minat Dato' M. Nasir jadi dia nak idola dia berlakon sebagai ketua Anarki dalam siri baru ni. Dekat set dia memang nervous nak shoot dengan Dato' M. Nasir sebab teringat ayah dia yang garang tu. Tapi sebab Dato M. Nasir humble orangnya, shooting berjalan lancar. 

Tak sangka lah Dato' M. Nasir ni funny jugak orangnya sebab bila Nadia tanya macam mana dia boleh setuju nak berlakon, Dato' jawab sebab ringgit. Dato' M. Nasir kata dia pelik lah kenapa Syafiq Yusof nak juga dia buat audition tape sedangkan offer berlakon dekat dia. Tapi sebab ringgit dah masuk jadi dia layankan je. 

Chacha pula bagitahu yang dia all out untuk action stunt dalam Special Force: Anarchy. Masa babak meletup tu kaki dia terseliuh sampai tisu terkoyak tapi sebab dia nak scene tu nampak cantik dan menjadi, dia buat jugak sementara ambulans datang. Lepas ni Chacha dah boleh join Lizzy berlakon dalam filem atau drama dengan genre aksi. Chemistry Chacha dengan Fify cantik sebagai Putih dan Merah. 

Lepas habis sidang media semua dijemput makan dan sekali lagi happy sebab ada smoked salmon. Salmon dia sedap teruk sebab melt dalam mulut. Bersyukur dapat join sidang media Special Force: Anarchy ni. Dah dua kali join event under Skop Productions, dua kali jugak happy. Betul lah apa Johan bagitahu sebelum ni. 

Anyway thank you Disney+ Hotstar for a short yet memorable experience! Look forward for my next entry, unboxing Disney+ Hotstar's goodies bag! :)

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.