Kandungan Selamat dan Seronok Untuk Kanak-Kanak dengan Astro Baharu

Wednesday 22 March 2023

Kandungan Selamat dan Seronok Untuk Kanak-Kanak dengan Astro Baharu | Si Celik tidak akan bosan di rumah dengan kartun-kartun kegemaran mereka di Astro Ramadan ini 

Astro menyediakan rancangan-rancangan hebat untuk kanak-kanak dengan kandungan yang selamat dan seronok untuk menjadikan harian mereka lebih ceria dan bermakna. Dengan Astro Baharu, ibu bapa kini tidak perlu risau dengan kandungan-kandungan yang ditonton oleh anak-anak mereka ketika mereka di rumah terutamanya bila tiba musim cuti sekolah. 

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka dari segi fizikal dan mental, terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil yang berumur bawah 10 tahun. Dengan teknologi yang canggih, anak-anak kini boleh menonton pelbagai rancangan dalam talian dengan hanya satu klik sahaja. Namun tontonan tanpa pengawalan ibu bapa ketika mereka sibuk dengan kerja dapat mendedahkan anak-anak dengan kandungan yang tidak bermanfaat dan bahaya. Oleh itu, Astro menyajikan seleksi kandungan kanak-kanak dengan intipati yang selamat dan memberi pelajaran untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa serta membuatkan anak-anak mereka gembira.  

Dengan Astro Baharu, Astro ingin memberikan pengalaman tontonan baharu yang mudah dan lancar kepada pelanggan termasuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kecil dengan memperkenalkan Profil Multipengguna yang membenarkan sehingga 5 profil berbeza untuk satu isi rumah mengikut kandungan yang diperibadikan berdasarkan cita rasa unik dan pilihan setiap pengguna. Dengan pengenalan Profil Kanak-Kanak, ibu bapa kini tidak perlu risau dengan pilihan rancangan anak-anak mereka yang boleh diterokai daripada pelbagai seleksi kegemaran kanak-kanak termasuk Omar & Hana, Mechamato, Didi & Friends, Upin & Ipin dan Cocomelon dalam persekitaran yang dikhususkan.

Tambahan, kanak-kanak sering terpengaruh dengan kandungan-kandungan yang mereka lihat yang turut memberi kesan kepada perkembangan mental dan emosi mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak mereka hanya terdedah dengan rancangan-rancangan yang selamat serta padat dengan intipati berguna yang boleh membentuk akhlak mereka. 

Dengan menggunakan perkhidmatan internet Astro Fibre, kanak-kanak juga dapat menonton rancangan kegemaran mereka tanpa sebarang gangguan. Untuk ibu bapa yang ingin memantau masa tontonan anak-anak, mereka kini dapat mengawal akses anak-anak mereka dengan mengehadkan masa penggunaan internet mereka menerusi talian. Dengan cara ini, ibu bapa dapat meluangkan masa bersama mereka serta merapatkan hubungan kekeluargaan. 

Dengan ketibaan bulan Ramadan, ibu bapa dapat memberikan hiburan berterusan kepada anak-anak mereka sambil mengajar tentang kemuliaan bulan tersebut menerusi pelbagai kandungan baharu di Astro. Antara rancangan yang kanak-kanak boleh nantikan menjelang Ramadan ini adalah seperti:

  • Salam Famili

Kisah komedi tentang seorang Muallaf yang belajar menghadapi Ramadan pertamanya di Malaysia dan jatuh cinta dengan seorang ibu tunggal. Untuk mengahwini cintanya, dia mestilah mendapat restu ayah ibunya dengan menunjukkan bahawa beliau boleh menjadi imam yang baik.

  • Si Manis Bulan Ramadan

Kisah anak-anak kepada para selebriti seperti Dato’ Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Nadiya Nisaa yang memasak untuk ibu bapa mereka.

  • Geng Ngaji Junior

Belajar rukun solat bersama Ustaz Don Daniyal dan jom mengaji surah-surah lazim bersama Qari Ustaz Fakhrul UNIC & Qariah Nor Farhatul Fairuzah.

  • Mechamato The Movie

Kisah Amato yang menemui kapal angkasa penjara mengandungi robot jahat terhempas ke bumi. Salah satunya MechaBot, berupaya untuk mekanisasi objek harian menjadi peranti berteknologi tinggi. Amato berjaya mengakali MechaBot dan sejak itu mereka bekerjasama untuk mencari dan menangkap robot jahat itu.

  • Famili Yang Popular

Sebuah keluarga influencer yang mementingkan dunia media sosial terkejut apabila mendapat tahu salah seorang ahli keluarga menghidap penyakit kanser. Adakah mereka akan mengharungi dugaan ini bersama? Famili Yang Popular merupakan siri yang dibintangi oleh Ziana Zain, Sherry Alhadad dan Rashidi Ishak dan bakal ditayangkan pada minggu hari raya.

Selain daripada itu, kanak-kanak turut boleh menyaksikan kartun-kartun komedi antarabangsa yang boleh memenuhi harian mereka sambil menunggu waktu berbuka seperti Kung Fu Panda dan Go Jetters menerusi dua saluran antarabangsa baharu di Astro iaitu Dreamworks dan Cbeebies serta rancangan-rancangan berbentuk pendidikan seperti Hero Squad dan Mythbusters Junior. 

Astro juga memperkenalkan sebuah iklan kanak-kanak yang bertemakan ‘Kanak-Kanak Ceria, Ibu Bapa Gembira’ bagi menekankan kepentingan memberikan kandungan yang selamat dan menarik buat kanak-kanak. Astro bertekad untuk menjadi platform pilihan utama ibu bapa untuk mendapatkan hiburan terbaik untuk anak-anak mereka.

Untuk menonton iklan kanak-kanak Astro, sila klik pautan di bawah :

https://drive.google.com/file/d/1L2rr0K7JIHBQ96PK9qZWqeolZBhYqTCe/view

1 comment

  1. Baguslah buat macam ni.. Selamat sikit untuk tontonan anak-anak..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.