Movie Review | Jagat Arwah (2022)

Sunday 26 March 2023


Pengarah : Ruben Adrian
Penulis Skrip: M. Rino Sarjono, Ruben Adrian
Pelakon : Ari Irham, Cinta Laura, Oka Antara, Sheila Dara, Ganindra Bimo, Kiki Narendra, Abdurrahman Arif, Muhammad Khan
Syarikat Produksi: Visinema Pictures, Infinite Studios, Jagartha, Blibli, Astro Shaw
Pengedar: Visinema Pictures, Astro Shaw
Genre: Seram / Fantasi
Durasi Tayangan: 107 minit
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2022
Trailer :


Filem Jagat Arwah bermula apabila kematian Sukmo (Kiki Narendra) iaitu ayah kepada Raga (Ari Irham) yang didapati mencurigakan. Kemudian Raga mendapat tahu dia merupakan keturunan Aditya yang menjaga batu Jagat Arwah sejak 6 generasi. Raga adalah Aditya keenam yang mempunyai kuasa paling hebat yang mampu mengawal ruang dan masa. 

Dibantu kawan baik ayahnya, Pakcik Jaya (Oka Antara) yang juga mempunyai mata batin dan mempunyai pembantu Nonik (Cinta Laura), Raga berusaha mengendalikan kekuatan yang ada di dalam dirinya bermula di Hutan Kematian. Setiap keturunan Aditya mempunyai pengawal iaitu Genderuwo atau mesra dipanggil Dru (Ganindra Bimo) tapi kerana usia Raga yang muda, mereka sering berbalah.

 

Raga juga mula melihat Kunti (Sheila Dara) yang sentiasa mengekori dia ke mana saja sejak kecil. Kata Kunti, mereka berdua adalah jiwa yang terpisah dari kelahiran lampau namun Sukmo menghalang pertemuan mereka kerana Raga belum tahu identiti dia sebenar. Kunti juga sama seperti Nonik dan Dru, mempunyai kuasa yang tersendiri. 

Musuh mereka adalah raksasa yang membunuh Sukmo dan juga mempunyai niat jahat untuk merampas Jagat Arwah. Sebelum Raga mampu melawan raksasa tersebut, dia perlu tahu dan kawal kuasanya sendiri. Berjaya atau tidak, kena tengok lah filem ni. 


 Naskhah Jagat Arwah berlatarkan kehidupan penangkap hantu menerusi watak Sukmo dan Jaya yang bekerja secara sembunyi. Malah Raga juga tidak tahu pekerjaan bapaknya kerana Sukmo menyamar sebagai penjual ubat tradisional. Ikutkan Raga nak jadi penyanyi band tapi mahu atau tidak mahu, dia perlu galas tanggungjawab turun-temurun sejak Aditya pertama yang ditugaskan menjaga batu Jagat Arwah.

Seram tengok bila Kunti ikut Raga secara senyap dan sentiasa memerhatikan tindak-tanduk Raga setiap hari. Nasib baik lah dia bijak bertukar rupa lepas nampak Raga tenung muka wanita idealnya. Boleh kata filem Jagat Arwah tak lah seram walaupun ada kehadiran Kunti dan Genderuwo sebab Dru pun hantu yang cool dengan jaket kulit dan boot. 


Naskhah Jagat Arwah terbitan Visinema Pictures banyak bergantung dengan VFX dalam hampir kesemua babak. Semuanya tampak cantik dan kemas cuma sayangnya terlampau gelap untuk nampak apa yang berlaku. Macam babak Sukmo berlawan dengan raksasa di Gedung Aseng. Kemunculan Dru pertama kali pun macam terhad sebab pencahayaan yang kurang. 

Flow cerita Jagat Arwah yang perlu dijaga oleh keturunan Aditya ni lebih kurang sama dengan filem Satria Dewa: Gatotkaca (2022) dan juga Brahmastra (2022). Rasanya diambil dari cerita mitos yang sama sebab anutan agama yang sama. Penulis tak kembangkan dengan banyak dan secara terperinci pun dah boleh faham sebab I dah tengok dua filem tu tapi kalau sesiapa yang belum tengok pun boleh tangkap lah sebab plot dia simple je.


Cumanya ada loophole lah kenapa ada watak yang nak ambil kuasa Jagat Arwah sedangkan dia tahu Aditya Ketujuh ada kuasa yang lebih kuat dan banyak berbanding penjaga sebelumnya. Jaya ada sebut tentang ramalan jadi rasanya penulis akan cerita dekat sekuel sebab dekat hujung cerita ada watak antagonis makan petai berbincang tentang misi mereka seterusnya.
 
Kisah Raga mencari identiti diri sebagai Aditya nampak kurang menarik sebab perlahan dan tak faham apa yang dilalui untuk kawal kuasa tu. Mungkin sebab filem ni diadun dalam genre drama jadi tak banyak lah aksi yang menarik untukkita tengok. Kenapa Dru beria nak perlekehkan Raga pun nampak menjengkelkan sebab dia tak ada sebab pun untuk buat macam tu. Kelebihan Nonik dan Dru tak diserlahkan sepenuhnya dalam installment pertama. 


Banyak lagi perkara yang tak dikembangkan atau diolah dengan baik sampaikan banyak tertanya dari menerima. Pelik juga kenapa Raga nak bercinta dengan Kunti sedangkan dia perlu lahirkan Aditya kelapan. Ke dah tak ada Aditya kelapan sebab kuasa Jagat Arwah akan diserap sepenuhnya oleh Aditya Ketujuh? 

Excited nak tengok filem Jagat Arwah sebab ada Sheila Dara dengan Cinta Laura so hopefully sekuel nanti ada improvement. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.