Senarai Pengusaha Tomyam (PERTOM) Yang Terlibat Dalam Menu Rahmah Subang

Saturday 4 March 2023

Sejak Kerajaan perkenalkan inisiatif Menu Rahmah ni banyak betul respon sama ada positif mahupun negatif. Rancaknya haruslah di media sosial sebab boleh berkarangan panjang di akaun masing-masing dengan cerita kreatif. 

Tapi tak kisah lah hal tu sebab yang menjadi punca rajin nak up entry ni bila ternampak poster grafik dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri bila ternampak PERTOM iaitu singkatan untuk Pengusaha Tomyam. Baru tahu persatuan ni wujud satu hal, kenapa bukan PENTOM pun satu hal lainnya.


Belek grafik ni sebab nak tahu kedai mana yang terlibat untuk kawasan Subang tapi tak banyak pun PERTOM yang terlibat sebab restoran Kimfu Seafood, restoran Rusliza Seafood dengan restoran Tomyam Udang Galah SBG2. Dekat area rumah restoran Rusliza Seafood dengan restoran Tomyam Udang Galah SBG2 tu je lah. Yang Kimfu Seafood tu tak tahu dekat mana. Mungkin Subang lain sebab Subang besar kawasannya. 

Kalau nak check PERTOM negeri lain yang mana yang terlibat dalam Menu Rahmah Kasih Sayang ni check lah dekat akaun media sosial Salahuddin Ayub ataupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. 

3 comments

  1. Ha ah ek.. Kenapa bukan PENTOM tapi PERTOM.. hurm..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, bagaimana saya nak reach PERTOM ya? I try to contact office yang dekat Batu Caves tu dah takde dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Encik K, saya minta maaf ye sebab saya tak tahu pun pasal PERTOM. Mungkin boleh contact Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.