Iced Creamy Latte Hazelnut Boba, Kenangan Coffee, KLCC

Tuesday 14 March 2023


Dah lama dah nak try kopi terbaru dari Indonesia ni sebab ramai kawan kata sedap. Setiap kali datang KLCC memang dah nampak pun ada outlet akan dibuka so tunggu je lah officially buka. Sebelum ni nak try dekat MyTown tapi dia punya queue kemain panjang ye. 


Minggu lepas masa mencari hadiah di KLCC, ternampak lah Kenangan Coffee yang lengang maka menyinggah lah masuk ke dalam. Sebab nak try je rasa kopi dia macam mana, kitorang beli satu cawan kopi sahaja. 

Kalau tengah fasa mencuba, I memang akan ambik Iced Latte sebab espresso tak kuat sangat. Nak pulak yang ni Iced Creamy Latte so tak ada masalah lah kalau biji kopi yang Kenangan Coffee guna ni memang jenis yang kuat dan pekat. 


Dekat Kenangan Coffee ni boleh pilih nak tambah topping apa. Dah lama tak makan boba sebab kalau order kopi dekat Tealive pun akan ambil grass jelly sebab senang nak makan. Malas nak kunyah, telan je sebab cincau dia lembut. Disebabkan I dah berjalan 10,000 langkah untuk hari tu, kemain request nak hazelnut syrup sekali. Entah berapa kalori dalam satu cawan ni. Lepastu bising kenapa berat tak turun. 

By the way rasa dia sedap yang boleh diterima tekak. Tak lah manis sangat sebab kopi dia memang strong since diorang guna biji kopi Indonesia. Siapa yang suka minum kopi yang tak kuat sangat boleh follow order I tapi kalau suka kopi yang strong, ikut lah kata hati hshs



Harga minuman di Kenangan Coffee ni lebih kurang harga kopi dekat kedai serbaneka macam emart24, CU ataupun Family Mart. Bila tengok menu macam nak try pulak Milo Dinasaur Kaw dengan Avocado Milk atau Avocado Coffee. Murah macam ni boleh lah layan selalu. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.