Movie Review | Uunchai (2022)

Sunday 19 March 2023


Director : Sooraj R. Barjatya 
Writer : Abhishek Dixit, Sunil Gandhi
Cast : Amitabh Bachchan, Anupam Kher, Boman Irani, Danny Denzongpa, Parineeti Chopra, Neena Gupta, Sarika 
Production Companies : Rajshri Productions, Mahaveer Jain Films, Boundless Media 
Distributors : Yash Raj Films, ZEE5
Genre : Adventure / Drama
Running Time : 170 minutes
Release Date : 11 November 2022   
Trailer :


Dah lama tak tengok filem yang berlatarkan pendakian ke Gunung Everest dan filem Uunchai arahan Sooraj R. Barjatya menampilkan barisan pelakon veteran sebagai peran utama. Tak lah tertanya-tanya sangat pun kenapa mereka bertiga buat misi tersebut sebab selalunya kalau orang tua keluar dari zon selesa mereka, mestilah sebab menunaikan hajat orang. 

Dari situ pun kita dah nampak yang naskhah Uunchai ni bertemakan persahabatan di antara Amit Srivastava (Amitabh Bachchan), penulis buku motivasi, Om Sharma (Anupam Kher) yang bekerja sebagai penjual buku dan juga Javed Siddiqui (Boman Irani) si tukang jahit. Mereka bertiga bawa abu mendiang Bhupen (Denny Denzongpa) untuk ditaburkan di puncak gunung. 


Awalnya Om menolak keras idea tersebut kerana usia mereka yang sudah tua dan juga kerana stamina yang sangat jauh berbeza dengan orang muda namun Amit bertegas supaya mereka teruskan saja misi ini supaya roh Bhupen tenang di sana. Asalnya mereka bertiga patutnya mendaki bersama Bhupen namun ajal Bhupen datang menjemput terlebih dahulu.
 
Pendakian tersebut diketuai oleh Shraddha Gupta (Parineeti Chopra) yang cantik dan lasak. Pengalaman baru untuk dia bila terpaksa hadap pelbagai kerenah Amit, Om dan Javed sehingga mereka selalu bertelagah. Perbezaan generasi juga jadi salah satu punca pertelagahan mereka kerana perbezaan perspektif terhadap sesuatu perkara. 


Kalau tengok karya Sooraj R. Barjatya, dah boleh faham lah intipati cerita dia sarat dengan drama persahabatan dan kekeluargaan. Sama seperti yang dipaparkan dalam Uunchai pada babak Shabina Siddiqui (Neena Gupta) dan Javed yang sedih kerana anak mereka tak dapat tumpangkan mereka bermalam di rumah. Babak Om terkesima dengan rumah agam yang menjadi kebanggaannya berubah rupa. Ataupun kisah Abhilasha (Nafisa Ali) yang cari peluang untuk turut serta dalam ekspedisi tersebut. 

‘Javed has his family restricting him and Om has his past restricting him. I too…I too.. want a chance to defeat my weakness. Please, please don’t stop me.’ - Amit


Sinematografi dari Manoj Kumar Khatoi menambahkan lagi impak pada penceritaan dengan teknik kamera dan juga permandangan indah di Nepal dan juga Gunung Everest. Macam mana dia kukuhkan screenplay dengan transisi dan cara kamera bergerak dari satu watak kepada watak yang lainnya. VFX juga tampak menjadi walaupun ada beberapa part yang lemah tapi masih lagi menarik untuk ditonton. Music album dari Amit Trivedi memberi sentuhan menarik dengan himpunan lagu yang tepat dengan emosi dan situasi dalam Uunchai seperti Ladki Pahadi dan Keti Ko. 



Kelemahan pada naskhah Uunchai pula terletak pada pendakian di Gunung Everest macam babak Om yang beria nak cari network untuk call anak lelaki dia padahal di kawasan berbahaya. Macam tak logik juga lah bila Shraddha dan Danny saja yang jaga kumpulan pendaki tersebut nak pula bila ada warga emas. Macam merepek lah Shraddha emo bila Om lambat berjalan sedangkan sebelum ekspedisi, details semua peserta dah diberi kepada ketua ekspedisi. Babak di jambatan gantung pun merepek juga lah sebab nampak sangat penulis saja buat teruk. 


Tapi sebab dah tahu gaya penceritaan filem Sooraj R. Barjatya macam mana jadi masa tengok tu tak lah beria sangat pun. Tengok secara santai dan fokus pada drama yang dibawa saja. Dalam banyak-banyak pengajaran yang disampaikan, mendaki Gunung Everest is a big no lah sebab tak suka mendaki satu hal, tak tahan cuaca sejuk dan tak rasa perlunya naik ke atas sana. But all the best who have that kind of dream okay? All the best! 😊

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.4/10

1 comment

  1. Ada part sedih x? Biasa klau Amitha bachan berlakon mesti ada touchè sikit

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.