ASTRO ORIGINALS MEMPERSEMBAHKAN ‘LIAR’, DRAMA ADAPTASI ANTARABANGSA DARIPADA CALON SIRI THRILLER TERBAIK DI BAFTA AWARDS

Thursday 16 March 2023

ASTRO ORIGINALS MEMPERSEMBAHKAN ‘LIAR’, DRAMA ADAPTASI ANTARABANGSA DARIPADA CALON SIRI THRILLER TERBAIK DI BAFTA AWARDS | ‘Selepas UK dan Remake Versi Sepanyol, Jerman, Perancis, Itali & Turki, Kini Giliran Malaysia’

Selepas kejayaan dan fenomena luar biasa drama premium High Council, Astro Originals mengukuhkan lagi jenamanya sebagai jenama terbaik dalam mempersembahkan konten berkualiti menerusi naskhah terbaru bertajuk LIAR, sebuah adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screenwriters’ Award. 

Liar diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Double Vision dan All3Media Internasional. Siri asal Liar merupakan terbitan Two Brothers Pictures untuk ITV dan Sundance TV pada tahun 2017. 

Liar mengangkat genre thriller yang meneroka tema stereotaip jantina, kekeluargaan serta penipuan. Drama hebat ini telah berjaya meraih jumlah tontonan paling tinggi 7 juta, sekali gus mencatatkan jumlah terbesar bagi drama baru yang pernah ditonton di ITV sejak 2014.  Drama ini juga ditayangkan di Australia dan New Zealand. Menariknya, Liar turut mempunyai versi remake dari Sepanyol pada tahun 2020 menggunakan tajuk ‘Mentira’s, versi Jerman menggunakan tajuk ‘Du Sollst Nicht Lügen’, serta negara lain yang membuat remake adalah Perancis, Itali dan Turki. 

Sinonim dengan jalan cerita yang penuh plot twist dan watak-watak yang menonjol sehingga berjaya mencetus keterujaan penonton pada setiap episod, Liar mengisahkan tentang dua insan yang bertemu dalam sebuah temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan pada hari keesokannya. Seorang telah memperdaya, manakala seorang lagi diperdaya. Kerana kuasa, penipuan mampu memadamkan kebenaran.    

Liar membariskan pelakon-pelakon hebat negara seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts. Manakala, pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.

Drama berdurasi 1 jam ini akan ditayangkan bermula 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula jam 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go. Manakala bermula 3 April 2023, setiap Isnin, jam 9.00mlm di Astro Ria. 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara dan merangkap Penerbit Eksekutif Liar, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Rentetan kejayaan drama-drama Astro Originals, kami berusaha meningkatkan kualiti sekali gus dapat menampilkan kandungan yang mampu mencipta penanda aras baru dan memberi impak kepada industri seni negara. Terbaru adalah Liar yang diadaptasi daripada calon siri terbaik luar negara dan kami rasa amat teruja untuk mempersembahkannya dalam versi dan format Malaysia. Ini merupakan kali pertama Astro Originals mempersembahkan naskhah adaptasi dan kami memilih naskhah Liar kerana daya tarikannya seperti jalan cerita, konsep dan tema yang diangkat; serta percaya ia mempunyai potensi untuk hangat diperkatakan ramai. Sementara itu, bekerjasama dengan produksi Double Vision dan All3Media International membuka lagi ruang untuk Astro mempamerkan keupayaan sebagai platform yang menghasilkan karya yang mampu mendominasi arena antarabangsa. Kami harap naskhah Liar versi Malaysia mempunyai kekuatan tersendiri dan dapat menawan hati penonton seperti mana versi-versi di negara lain.” 

Naib Presiden, APAC All3Media Internasional, Kit Yow, berkata, “Kami amat teruja siri LIAR mempunyai satu lagi versi adaptasi terbaru dan ia akan ditayangkan di Malaysia hasil kerjasama bersama Astro dan Double Vision. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan LIAR dan memastikan versi Malaysia turut menyelitkan kreativiti elemen budaya tempatan agar drama dan watak dapat meninggalkan kesan di hati penonton”.  

Wakil Double Vision merangkap Penerbit Eksekutif dan Pengarah Liar, Lim Siu Min – “Liar adalah projek yang amat dekat di hati saya kerana ia mengangkat subjek yang sering berlaku di negara kita namun jarang diketengahkan di kaca televisyen Malaysia dan saya percaya topik ini perlu diketengahkan. Meskipun subjek ini dilihat sensitif namun ia dapat dipersembahkan dalam nilai hiburan dengan membawakan mesej pengajaran. Semua ini tidak akan berhasil tanpa kerjasama Astro yang berani mengetengahkan topik ini. Saya harap penonton dapat melihat hasil usaha kami penerbit, barisan pelakon, tenaga kru dalam mempersembahkan naskhah yang bukan sekadar menghiburkan tetapi penuh pengajaran.”

Two sides, One Truth. Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan mula keluar janji temu. Lara mengenali Aiman Yusuf iaitu seorang pakar bedah. Aiman Yusuf juga pernah melalui episod perit dalam kehidupannya sebelum ini. Mereka rasa amat selesa dengan kehadiran masing-masing. Namun, temu janji pertama mereka berubah menjadi mimpi ngeri. Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat. Siapa yang bercakap benar? Liar menyaksikan penipuan yang memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.

Saksi drama premium, Liar mulai 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula jam 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go. Manakala bermula 3 April 2023, setiap Isnin, jam 9.00mlm di Astro Ria. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sosial, Instagram, TikTok, Twitter, Facebook Astro Shaw atau Astro Gempak untuk maklumat lanjut.  

*************************

PRODUCTION NOTES 

Tajuk: Liar
Genre: Crime/Thriller
Pengarah: Jason Chong, Imri Nasution & Lim Siu Min
Penerbit: Lim Siu Min, Wong Soon Teng
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Syarikat Penerbitan: Double Vision Sdn Bhd
Bahasa: Bahasa Malaysia-Inggeris
Durasi Filem: 50 minit x 12 Episod
Jumlah Hari Penggambaran: 61 hari
Lokasi Penggambaran: Kuala Lumpur & Selangor
Tayangan di On Demand: 25 Mac 2023, setiap Sabtu
Tarikh Tayangan di Astro Ria : 3 April 2023, setiap hari Isnin



Barisan Pelakon
Tiz Zaqyah sbg Lara Sulaiman
Tony Eusoff sbgDr. Aiman Yusuf
Ezzaty Abdullah sbg Kat Sulaiman
Dato’ Jalaluddin Hassan sbg Sulaiman Ibrahim
Wan Raja sbg Fariz Jamil
Nadiya Nisaa sbg Detektif Nissa Suffian
Atilia Haron sbg Inspektor Rita Samsuddin
Nazrief Nazri sbg Taufiq Radzlan
Haridhass Selvaraju sbg Detektif Kumar Varatharaju
Naz Rahman sbg Firdaus Harith
Nas-T sbg Leftenan Eddie Hassan
Aniq Suhair sbg Noah Aiman
Farah Ahmad sbg Jehan Razali
Joyce Harn sbg Winnie
Charles Roberts sbg Koperal Jeya Kumar
Yuyun Hikmah sbg Sofia
Nawal Sarah sbg Yaya
Aidan Razeen sbg Jo

Tunggak Utama 


Dipersembahkan oleh: Astro Shaw Sdn Bhd
Syarikat Penerbitan: Double Vision Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif : Raja Jastina Raja Arshad, Lim Siu Min
Penerbit: Lim Siu Min & Wong Soon Teng
Pengarah: Jason Chong, Imri Nasution & Lim Siu Min
Skrip: Mayang Al-Mohdar (Head writer), Chi-Ren Choong, Nik Naemah Nik Mahir, Amar Amir, Honey Ahmad, 
Penolong Pengarah: Lee Sinn Xiann
Pengarah Fotografi: Haris Hue bin Abdullah
Pereka Busana: Lai Ting Ting
Penata Tatarias: Lisa Dieh & Elle Yong Bak Leng

Sinopsis 

Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Dia baru bercerai dengan suaminya dan bersetuju untuk keluar bertemu janji dengan seorang pakar bedah balu, Aiman Yusuf. Namun, selepas bertemu, mereka berdua mempunyai cerita berbeza daripada pengalaman temu janji mereka. Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat. Siapa yang bercakap benar?

Liar menyaksikan penipuan yang boleh memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.

1 comment

  1. i ingatkan diorang remake drama Liar Game baru nak excited. rupanya drama Liar yg lain..haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.