Tebus Baucar KLCC Di Bath & Body Works

Tuesday 14 March 2023


Dah lama dah plan nak tebus lepas dapat angpao dari KLCC sempena Tahun Baru Cina tapi setiap kali weekend ada je aktivitinya sampai lah hari last untuk tebus. Memang rezeki ada masa tu je gamaknya. Sampai je dekat KLCC kitorang pergi lunch dulu sambil baca terma dan syarat. Tak semua kedai boleh guna baucar KLCC ni jadi kena belek kedai mana. Usha bajet satu hal jugak, kalau masuk Gucci nak guna baucar RM100 memang tak dapat la der. 

Awal tu plan nak beli shawl DUCK guna baucar KLCC tapi staff DUCK bagitahu yang diorang dah start bawa masuk stok untuk promosi Ramadhan jadi tak banyak pun barang yang available dengan harga normal. Ada tapi harga RM300 ke atas. Haaa menangis nak topup satu hal pulak padahal nak beli shawl buat appreciation token kepada chambering student dekat firm je pun. 

Plan kedua nak pergi Uniqlo tapi mana nak tahu saiz baju atau skirt yang dia pakai so belek senarai kedai lagi sekali. Scroll bawah sikit baru nampak ada Bath & Body Works dalam senarai tu rupanya. Kalau belek sampai habis dari awal tadi mungkin tak payah fikir lama sangat. 


Selain dari scent baru yang BBW tengah promote sekarang, dah ada body mist dah untuk Butterfly edition. Suka sangat dengan bau Butterfly ni sebab lembut dan menenagkan. Dia macam bau vanilla tapi lembut lagi. 

Lepas empat, lima kali tawaf store tu, I buat keputusan untuk ambil candle gift set dengan bauan Champagne Toast. Malas nak beli body mist ataupun perfume sebab I rasa chambee ni dah ada fav scent dia sebab satu perfume je dia pakai dari awal masuk dulu. Memandangkan tak nak kacau kebahagiaan dia dengan perfume tu, I beli candle supaya dia boleh guna everytime dia stress. 


Sebelum tawaf tu dah tanya cashier dah, boleh guna ke tak baucar KLCC dalam single receipt memandangkan baucar I dapat tu RM50 + RM50. Ada store tak boleh dalam single receipt. Macam DUCK tadi tak boleh guna untuk discounted items. Dekat BBW tak ada masalah, semua onzzz je. 

Nak tebus tu ambil masa sikit sebab iPad diorang tak berapa nak detect barcode dari baucar tu. Adjust brightness sikit, adjust position bagai baru dapat scan. Tekan je tab 'Tebus Baucar' lepastu keluar barcode dan cashier akan scan barcode tu dan masukkan serial number and doneeeeee!


Settle satu misi beli hadiah untuk chambee! Jauh menapak sampai ke KLCC sebab dapat baucar dari sini jadi kena berjalan-jalan dan shopping dekat KLCC. Terima kasih KLCC bagi angpao ni, semoga murah rezeki jalan-jalan jumpa TREASURE lagi. Ehhhhh!

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.