Kes ‘Pembunuhan’ Jiah Khan

Sunday 17 March 2019

Sebut nama mungkin tak kenal tapi you guys mesti kenal actress dalam movie Ghajini yang tolong Aamir lekat gambar tu? Well, she’s dead and it somekind mysterious. 


3 Jun 2013, Nafisa Rizvi Khan atau nama komersial, Jiah Khan in contact dengan kakak dia via text messages sebelum flight dari Heathrow berlepas ke Mumbai lepastu on call dengan mak dia, Rabiya Khan sembang pasal makan sebab Jiah kena tambah berat untuk upcoming movie.

Everything was just fine tapi 2 jam lepas tu jam 11.23 malam bila Rabiya balik rumah dia nampak Jiah tergantung dekat kipas. Walaupun Rabiya cuba selamatkan tapi Jiah dah lama meninggal. Kakak dia yang baru sampai dekat airport pun terkejut sebab banyak mesej masuk ucap takziah.



Bila Btown dapat berita kematian Jiah, semua assume Jiah depressed lepas Sooraj Pancholi, anak Aditya Pancholi dan Zarina Wahab tinggalkan Jiah lepas 9 bulan bercinta. Even competition dalam industry dah cukup untuk buat Jiah stress and depressed. 




5 Jun 2013 sehari selepas postmortem mayat Jiah, Rabiya mengaku yang anak dia dah lama depressed tapi family Jiah taknak terima depression sebagai punca & even worst diorang taknak terima yang Jiah bunuh diri tapi dibunuh oleh Sooraj sebab diorang claimed Sooraj abusive.


At first keluarga Jiah serahkan sepenuhnya kes ni kepada polis India tapi bila polis tak jumpa apa-apa bukti untuk kes pembunuhan, keluarga Jiah decide untuk cari bukti tu sendiri bila kakak Jiah, Kavita jumpa 6 helai surat dari Jiah pada 7 Jun 2013.







6 helai surat ini tak ada nama penerima ataupun alamat tapi kemungkinan besar surat tu Jiah tulis untuk Sooraj sebab ayat 

‘If you’re reading this, I might left or about to leave. There was a time I saw my life with you, a future with you. You returned my love with cheating and lies’

3 helai daripada surat tu ceritakan pasal perangai Sooraj yang abused her physically & mentally. 


Di India kes bunuh diri dianggap jenayah so polis akan cari punca & sesiapa yang bersubahat dalam ‘pembunuhan’ ni akan dijatuhkan hukuman. That’s why Sooraj ditangkap pada 11 Jun 2013  dibawah Seksyen 306 Indian Penal Code lepas keluarga Jiah dedahkan nota tu kepada public dan serahkan kepada polis.


Maximum fine, Sooraj boleh dipenjarakan selama 10 tahun. 21 Jun 2013, rayuan Sooraj untuk diikat jamin ditolak oleh mahkamah tapi pada 1 Julai 2013, Sooraj diberi ikat jamin Rs50,000 tapi tak dibenarkan keluar dari negara dan diarahkan untuk serahkan passport.

Esoknya pada 2 Julai 2013, mahkamah putuskan Sooraj tak bersalah dan tak terlibat dalam kes ‘pembunuhan’ Jiah. 4 Oktober 2013 Rabiya buat rayuan untuk kes ni disiasat oleh Central Bureau of Investigation dan diluluskan oleh mahkamah supaya CBI ambil alih kes ni dari pihak polis.

Hasil siasatan pihak CBI, Jiah stress bila dia kena reject masa pergi audition di Hyderabad pada 1 Jun 2013 disebabkan dia underweight and that’s why Rabiya call dia ingatkan untuk makan supaya tambah berat.

Jam 7 malam dia sampai ke Mumbai pastu mengadu dengan mak dia yang career dia dekat Btown tak boleh pergi jauh pun. Jam 9 malam dia pergi ke rumah Sooraj & bermalam dekat sana.


2 Jun 2013, pada malam hari Ahad tu both of them pergi dinner dekat hotel lepastu Sooraj hantar Jiah balik rumah mak dia. 3 Jun 2013, dari pagi sampai petang Jiah dengan Sooraj bertukar sms & some phone calls.

Around 7pm Jiah bagitau Sooraj dia dapat kontrak untuk 3 movie so Sooraj singgah kejap untuk hantar sejambak bunga untuk Jiah sebagai tanda tahniah tapi both of them bergaduh sebab Sooraj tak dapat stay lama malam tu utk celebrate sebab dia ada meeting dgn kawan dia dekat hotel.

Sooraj bagitau dia akan jumpa Jiah esoknya, 4 Jun 2013 tapi around jam 9 malam Jiah geram bila Sooraj tak jawab calls dia disebabkan busy dengan kerja. Jam 10.04 malam Sooraj call Jiah bagitau dia ada meeting dengan Nita, family jeweler tapi Jiah paranoid & anggap Sooraj curang bila dapat tahu esok paginya Sooraj akan jumpa Nita jugak.

Sooraj minta Nita call Jiah untuk betulkan salah faham ni tapi Jiah tak jawab langsung panggilan Nita. Jam 10.22 malam Jiah keluar dari rumah dan suruh guard buang bunga yang Sooraj bagi petang tu lepastu drive pergi ke rumah Sooraj.

Bila Jiah sampai, kantoi Sooraj menipu bila bibik Sooraj kata dia pergi jumpa ayah dia. Bila bibik call Sooraj bagitahu Jiah datang malam tu, Sooraj hantar orang untuk jumpa Jiah tapi Jiah dah balik ke rumah dia.

Otw balik rumah, Sooraj call jam 10.45 malam dan Jiahjawab. Jam 10.48 malam Jiah sampai rumah dia, sama waktu macam dalam rakaman CCTV. Jam 10.53 malam Jiah on call dengan Sooraj selama 2 minit and that was the last conversation she ever had with anyone before she died.


Lepas tamat perbualan tu sampai jam 11.22 malam, ada 10 text messages dari Sooraj minta Jiah call dia balik tapi tak berbalas. 11.23 malam Rabiya balik rumah dan jumpa mayat Jiah. End of the report.


Tahun 2014 keluarga Sooraj saman malu  sebanyak Rs 100 crore terhadap Rabia disebabkan kes ni jatuhkan imej Sooraj sebagai pelakon dan juga nama keluarga Pancholi di mata public.


1 Ogos 2016 CBI tutup kes ni bila tak ada bukti menunjukkan yang Jiah dibunuh oleh Sooraj lepas rumah Sooraj digeledah oleh pihak CBI dan sesi soal jawab dibuat dan sahkan Jiah meninggal disebabkan gantung diri sampai mati.

September 2016, Rabiya bawa kes ni kepada pakar forensik British, Jason James Pyne sebab Jiah ada nationality British since keluarga Jiah percaya authorities dekat India dah kena suap.

CBI kata bibir bawah  Jiah ada kesan pelanggaran dengan gigi masa bunuh diri tapi Jason kata tu adalah blunt force trauma kemungkinan ditumbuk ataupun pressure dari tangan ditekup di bahagian mulut.



Kesan jerut di bahagian leher pun agak berbeza sebab Jiah gantung diri dengan kain selendang cotton tapi luka tak match dengan kesan yang berpunca dari kain yang lembut. [Semua imej ni Rabiya yang post kepada public supaya media ambik port dengan kes Jiah]





Rabiya claimed banyak sebenarnya bukti yang dia jumpa di bilik Jiah tapi pihak polis dan CBI tak masukkan dalam report macam kesan pukul di bahagian muka, leher, tangan dan bibir Jiah. Handle drawer dalam bilik Jiah patah, ada kesan tompokan darah dan tingkap balkoni bilik Jiah yang tak berkunci dan lain-lain. Rabiya assumed Sooraj masuk dalam bilik Jiah dari tingkap balkoni dan bunuh Jiah tapi tak ada bukti yang tunjukkan Sooraj buat macam tu.

Rabiya bagitahu public yang Sooraj tarik fetus 4 minggu dalam perut Jiah dengan tangan dia sendiri tapi bercanggah dengan report CBI  yang Sooraj dan Jiah pergi jumpa Dr Kumar pada Januari 2013 sebab Jiah mengadu sakit perut.

Lepas jalani beberapa test, turned out Jiah pregnant tapi doktor sarankan untuk gugurkan dengan ubat. The fetus got stucked so Sooraj tarik keluar then dia call bagitau Dr. Kumar. Tambah Rabiya dia tak dapat balik selendang putih yang Jiah guna untuk gantung diri lepas bagi semua bahan bukti kepada polis dan CBI atas arahan mahkamah untuk sesi perbicaraan. Sama juga dengan baju yang Jiah pakai pada malam kejadian.

Rabiya kata polis dengan CBI tak pernah check betul ataupun tak Jiah yang panjat sendiri untuk gantung diri dia sebab Jiah agak rendah (5 kaki 4 inci) untuk capai kipas siling rumah tu. Ada percanggahan ukuran dalam report CBI bila ukuran tembok belakang rumah setinggi 5 meter walhal ketinggian sebenar cuma 1 meter dan agak mudah untuk orang keluar masuk tambah pula bila tak ada langsung CCTV.


Rabiya tuduh CBI dan pihak polis sengaja lambatkan kes sebab kes ni berjalan dari tahun 2013 hingga tahun 2016 tapi pernah je Rabiya dan peguam dia tak datang court sampai mahkamah bagi warning. 

Aditya Pancholi pula pernah tukar peguam Sooraj tanpa alasan kukuh. Rabiya nak Sooraj didakwa atas tuduhan membunuh, merogol dan guna ubat terlarang untuk gugurkan kandungan. Tapi sampai sekarang Rabiya belum ada sebarang bukti untuk 3 tuduhan ni.

Pada Februari 2017, Rabiya merayu untuk mahkamah tubuhkan Special Investigation Team (SIT) untuk kes Jiah supaya buat siasatan bermula dari awal tapi rayuannya ditolak oleh mahkamah.April 2017 Rabiya buat rayuan di Mahkamah Sesyen Mumbai untuk dapatkan access untuk Blakcberry messager chat antara Jiah dan Sooraj sebab ada mesej yang dipadam so dia nak minta bantuan dari FBI untuk siasat.





Tak cukup dengan tu, Rabiya pun ada minta bantuan dari PM Narendra Modi pada 18 September 2017 untuk dapatkan keadilan untuk Jiah melalui open letter. 

Aditya Pancholi dan Zarina Wahab bagi statement pada media yang kesalahan anak diorang ialah bercinta dengan Jiah walhal sedia maklum yang Jiah memang sakit mental sebab 8 bulan sebelum dia meninggal, Jiah pernah mabuk & cut her wrist sampai kena jahit 18-20 jahitan.


Even Dr Anant Pal Singh dah pesan jangan tinggalkan Jiah sorang-sorang lepas rawat Jiah sebab depression dia agak teruk disebabkan kesunyian yang melampau. Mahkamah khas CBI tolak rayuan Rabiya bila dia nak pegawai CBI lanjutkan siasatan terhadap Sooraj dan kes ni masih lagi berjalan pada 30 Januari 2018 sehingga sekarang di Mahkamah Sesyen Mumbai.

Of course public akan berpihak pada Rabiya bila Aditya Pancholi ada kes baran bila dia tampar polis zaman 90-an, tampar jiran dia, didakwa pernah rogol maid ex dia Pooja Bedi & kes dia pukul Kangana



Tapi ex Sooraj, Janvi Turakhia yang pernah bercinta selama 5 tahun dengan Sooraj,  come to defend bila dia bagitau Sooraj bukan jenis kaki pukul ataupun seorang yang ganas dalam confession dia di mahkamah. 


Last perbicaraan pada bulan Februari 2018 dan sampai sekarang masih belum ada apa-apa update dari mana-mana pihak. Sooraj sekarang busy dengan penggambaran movie dia meanwhile Rabiya mungkin busy cari bukti untuk mahkamah. 

11 comments

  1. nice sharing, sampai habis akak baca... syok citer cam ni... akak tak pernah tahu pun sebelum ni cerita pasal jiah ni

    ReplyDelete
  2. gigih haaa akak baca sampai habis. macam tengok movie rasanya hehe..

    ReplyDelete
  3. Kesiannya Jiah. Kematiannya misteri. Moga ada keadilan untuk Jiah.

    ReplyDelete
  4. Menarik.. sampai habis baca ni..

    ReplyDelete
  5. Kesian nya baca kes nih... paling kesian tgk gambar tu
    Moga pelakunya dptla dijumpai, teruk gk ek polis kt sana... mmg lama btl kes tu, klu lama2 dpt ke diselesaikan ye kes nya... n bukti tu mcmne nk jumpa dh mkn 5tahun lbh

    ReplyDelete
  6. i spent my time to read this till the end...perghhh! moga kebenaran terungkai, pihak yang betul dibela, pihakk yang salah menerima balasan setimpal..

    ReplyDelete
  7. Gigih baca sampai habis.. lama juga kes dia ye.. smapai sekarang tak ada kesudahan.. Hurm..

    ReplyDelete
  8. x pernah pulak dgr kisah ni..

    ReplyDelete
  9. Wah, gigih kak pip baca smpai habis..

    ReplyDelete
  10. wow gigih juga baca. kes yg menarik. Tapi entah bila dan bagaimana kesudahannya. Mcm filem pun ada.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.