Sunday, 24 March 2019

Buffet Ramadhan Laman Kayangan - Citarasa 2 Sempadan


Minggu lepas ada Majlis pelancaran Buffet Ramadhan Laman Kayangan 2019 yang bertemakan 2 Sempadan. Macam seperti tahun-tahun sudah, decoration dewan Laman Kayangan memang cantik tapi tahun ni agak dreamy sesuai dengan nama tempat. 




Sama macam tahun sebelum ni, band Sekapur Sireh akan entertain guest yang datang dengan dendangan lagu-lagu ghazal. 


Hiasan meja memang cantik dan guest tak perlu risau sebab susunan meja memanjang, boleh tampung ramai dalam satu masa. Dewan Laman Kayangan pun selesa sebab air-cond sejuk siap lengkap dengan wi-fi percuma. Sambil makan sambil selfie memang tak ada masalah.


Untuk tema tahun ni, Citarasa 2 Sempadan perkenalkan menu masakan dari Utara Malaysia dan juga menu masakan dari Selatan Thailand. 


Lebih 80 menu di Laman Kayangan untuk juadah berbuka puasa tahun ni. Antara masakan dari Selatan Thailand ialah Kerabu Daging, Kerabu Ayam. Kerabu Soo Hoon, Rice Paper Roll with Crabstick and Cilantro and Sweet Chili Sauce, Dim Sum n Siew Mai, Thaiyaki Chicken with Saute Green Pepper, Beansprout and Spring Onion, Steamed Fish with Pineapple and Tumeric Sauce







Menu masakan dari Utara Malaysia pulak yang selalu kita jumpa, antaranya Tauhu Bakar Lentuk Sambal Kicap, Pasembur Padang Kota, Roti Jala Kari Ayam Likat, Laksa Ikan Sekoq, Mee Kari, Pita Doner Kebab, Daging Masak Taucu dengan Timun Tua, Sambal Sotong Petai, Gulai Ayam Padang Besar dan banyak lagi menu lain. 











Apart from these menus, ada juga menu wajib buffet Ramadhan, Kambing Golek yang datang dari Cyberjaya. Memang berbaloi kalau you guys makan menu ni sebab rasa daging kambing lembut yang dah kena perap memang sedap campur pulak dengan kuah kari pekat. Wajib jugak ambil salad sayur dia sebagai pelengkap juadah.




Dah kenyang makan menu utama, kena la makan desserts jugak baru lengkap. Ada juga disediakan aneka  buah-buahan untuk para pengunjung yang datang ke Laman Kayangan. 





Menu dekat sini memang banyak yang sedap, tambah pulak kena dengan tekak sebab tekak orang Utagha memang happy tengok semua menu. Dari datang sampai balik memang puas hati makan. Jangan kata makanan je, minuman pun ulang kali tambah sebab semua pekat dia bancuh. Memang berbaloi datang. 

Kalau nak berbuka dekat sini, tak payah risau mana nak park kereta sebab kawasan Laman Kayangan ni memang luas. Surau dengan tandas pun lengkap tersedia untuk pengunjung.  

Sekarang ni Laman Kayangan tengah buat promosi 'Early Bird' - untuk yang buat tempahan sebelum 5 Mei 2019. Harga untuk dewasa dari RM69 nett dan kanak-kanak RM39 nett. Kalau harga biasa, RM75nett untuk dewasa dan RM40nett untuk kanak-kanak. 


Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, boleh contact:-

Cik Haslina 012-6864515 / 017-3177806
En. Hanafi 011-18784681
En. Aman 019-3237914

6 comments:

  1. Lawanya tempat dia. Makanan2 pun nampak sedap semua.

    ReplyDelete
  2. Cantik dekorasinya. Makanan pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  3. Tempat cantik, menu sedap.. Memang puas hatilah..

    ReplyDelete
  4. bestnyaa, kat Johor ni belum jumpa lagi buffet yang betul2 amek tema Thailand

    ReplyDelete
  5. alahai sedapnya semua menu tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)