Tuesday, 5 March 2019

Melting Cheese Cake Amie's Cake House

Cuaca tengah panas macam sekarang ni memang mengundang terliur je bila belek galeri terjumpa gambar desserts ni. 

Dah lama dah nak update tapi asyik terlupa je, baru sekarang terhegeh nak update he he he

Masa tengah scroll FB ternampak kak Amie ni post Melting Cheese Cake dekat group Marketplace, dah lama cari melting cheese cake ni sebab tak ramai yang buat area Subang Bestari ni. Dah jumpa akak Amie ni terus order minta dia hantar ke office. 

Masa order ni banyak cekadak jugak minta kak Amie ni tambah topping buah biar penuh, nak cheese lebih, nak chocolate lebih lah semua akak Amie ni layan je. Service akak Amie ni memang tip top. Order 3 desserts - Melting Cheese Cake Strawberry, topping campur & pavlova.


Berdebar jugak tunggu order sampai tambah tengah craving pulak dengan melting cheese cake ni. Bila dah sampai memang happy kemain lah. Cantik pulak tu hasil kerja kak Amie. 




Melting Cheese Cake ni makan lepas dia keluar dari peti ais memang asyukkkkk gittewww. Cheese cake pun gebu gebas kemain makan pulak dengan manis buah memang bahagia tekak dengan perut.


Dan lemak pun menternak dengan bahagianya hewhewhew

Selain dari 3 desserts ni Kak Amie ada jugak buat cheesecake saiz besar gabung semua topping include cadburry chocolate sekali. Delivery service terhad untuk 3 kawasan je buat masa ni, area Subang, Kota Damansara dengan Paya Jaras. Kalau dekat 3 kawasan ni, rezeki korang lah. Kalau jauh tengok gambar je lah. 

Nak contact Kak Amie, boleh tengok FB dia sebab ada certain days je yang kak Amie open order. Not sure kalau advance booking but you guys boleh je try kalau nak order banyak ataupun Whatsapp Kak Amie je, lagi cepat ye dak. Selamat meng-order!

8 comments:

  1. haiyo sedapnye. meleleh air liur :P

    ReplyDelete
  2. Tak sure benda ni jadi kat saya sahaja atau orang lain sekali, tapi gambar dekat post ni tak keluar. So, saya tak nampak gambar keknya.

    ReplyDelete
  3. sapalah yg tak suka cheese kek kan... rugi tul

    ReplyDelete
  4. Nampak mengancam.. kesukaan untuk menternak lemak.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. wow menariknya boleh try la nanti.. mmg melting

    ReplyDelete
  6. fuhh panas- panas ni tengok cheese meleleh dengan fresh fruit.. alahai terbayang- bayang dah ni

    ReplyDelete
  7. aduh aduh. topping buah dia banyak seyh.. meamng puas hati laa makan =D

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.