Monday, 18 March 2019

Movie Review : Patakha


Director : Vishal Bhardwaj
Writer : Vishal Bhardwaj
Cast : Radhika Madan, Sanya Malhotra, Sunil Grover, Vijay Raaz, Namit Das
Production Company : KYTA Productions, Vishal Bhardwaj Films
Distributor : B4U Motion Pictures
Genre : Family / Drama
Running Time : 134 minutes
Release Date : 28 September 2018
Trailer :


Apa jadi kalau musuh dalam hidup ni ialah adik beradik kita sendiri? Memang dari kecik membawa ke besar bergaduhnya. Ada je yang tak puas hati. Sama macam tajuk movie ni, Patakha, suasana dalam rumah memang riuh macam letupan bunga api. 

Dari ayah dan mak yang sama tapi disebabkan berebut perhatian parents, dua beradik Champa/Badki (Radhika Madan) dan Genda/Chutki (Sanya Malhotra) akan cari alasan untuk bergaduh. Lagi rancak bila jiran diorang si Dipper (Sunil Grover) jadi batu api dengan akal dia yang licik.


Disebabkan bergaduh berebut rokok, Shanti Bhushan/ Baapu (Vijay Raaz) buat keputusan masa depan Badki & Chutki dengan baling batu. Kalau jatuh sebelah basah, mereka berdua stay dekat rumah je tak perlu sekolah. Kalau kering, dua-dua kena sekolah. Badki memang bahagia kalau dapat stay dekat rumah sebab dia nak jual susu lembu. Impian dia nak ada business susu segar. Berbeza dengan Chutki yang suka pergi sekolah sebab bercita-cita nak jadi guru. Malang nasib Chutki bila batu jatuh sebelah basah. Makin bertambah benci Chutki kepada Badki.

Satu hari kuari Baapu dilanda masalah bila ada pegawai kerajaan baru ditukarkan ke kawasan kampung diorang. Baapu terpaksa bayar Rs400k untuk rasuah pegawai kerajaan baru supaya kuari dia tak ditutup. Mana dia nak cari duit sebanyak tu? Pembantu pegawai kerajaan tu suggest dia buat loan sebab rasuah Rs 400k, dapat profit Rs1juta so untung Rs600k dekat situ. Kalau tak dapat buat loan, Baapu kena kahwinkan salah seorang anak perempuan dia dekat Mr. Patel yang terkenal dengan perangai miang.


Of course lah Baapu tak nak bermenantukan Mr. Patel tapi bank reject loan application dia. Baapu try jumpa adik dia di luar kampung untuk pinjam duit tapi tetap gagal sebab jumlah terlampau besar. Sudahnya terpaksa jugak dia kahwinkan anak dia. Dengan siapa? Kena baling batu untuk tentukan. Basah untuk Badki, kering untuk Chutki. Kali ni malang bagi Badki bila batu jatuh sebelah basah. 

At first Badki redho je dengan nasib dia tapi bila Dipper hasut dia untuk lari tambah pula bila Jagan (Namit Das), pakwe dia sanggup kahwin sebab sayang sangat dengan Badki, malam tu dia lari. Mr. Patel yang miang tak kisah kalau pengantin perempuan dia bertukar kepada Chutki. Sama juga macam Badki, Chutki pun lari dengan pakwe dia, Vishnu (Abhishek Duhan).


Badki dengan Chutki memang menghitung hari je nak keluar dari rumah tu sebab dah menyampah nak tengok muka masing-masing. Kahwin dan keluar dari situ je cara paling bagus buat masa tu sebab masing-masing tak ada duit nak hidupkan impian masing-masing. Tapi dua-dua tak tahu yang Jagan dengan Vishnusebenarnya adik-beradik. Sudahnya lepas kahwin pun tak aman sebab dua-dua kena duduk sebumbung. 

Story dia simple je tapi cara penceritaan dan lakonan Radhika dan Sanya yang buat movie ni nampak best. Karakter masing-masing yang tinggal di kawasan luar bandar pun nampak real dari dialek dan cara kehidupan diorang. Walaupun Radhika baru je debut dengan movie ni tapi Vishal berjaya serlahkan talent dia onscreen, langsung nampak tak kekok. Chemistry dia dengan Sanya pun cantik.


Music album movie ni agak hambar tapi kalau movie Vishal ni memang dah tahu dah lagu-lagu dia biasa je. Lagu Balma not bad sebab lirik dia kelakar nak pulak keluar masa scene Badki kena kahwin dengan Mr. Patel so suasana tu agak hidup. 



Mungkin ada yang tak boleh terima macam ni sebab bertemakan kehidupan luar bandar dan bahasa agak kasar but for me its totally entertaining. Scene Badki dengan Chutki bergaduh masa Holi tu memang buat menangis sebab adik-beradik gaduh macam mana pun tetap sayang. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.7/10

5 comments:

  1. Macam best je suh laki tengok ni. haha dia suka tengok cite tamil gitu. haha

    ReplyDelete
  2. Tema yang menarik.. kisah adik beradik pun boleh jadi filem..

    ReplyDelete
  3. mmg kreatif diorang buat movie mesti best ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.