Drama Review : Voice Note

Friday 3 May 2019


Pengarah : Azmi Hatta
Penulis Skrip : Marr Mohamad
Pelakon : Sharifah Sakinah, Amelia Handerson, Shasha Abedul, Scha Elinnea, Fendy Bakri, Zamarul Hisham, Rita Rudaini, Ikmal Amry, Ariff Bahran, Ali Reza, Nafiez Zaidi, Hanna Derose
Genre : Misteri / Thriller 
Jumlah Episod : 4 Episod
Tarikh Tayangan : 29 April 2019
Syarikat Produksi : Zeel Production Sdn Bhd
Penyiaran : Slot Samarinda TV3
Trailer :


Kecoh dekat Twitter dengan drama baru menggantikan Nur 2. Dapat tahu sebab diorang kecoh Ikmal Amry ada berlakon. Kalau Ikmal berlakon drama ni memang laju je lah nak tengok nak pulak kalau jenis thriller macam drama Gantung.

Voice Note mengisahkan Miss Sara (Sharifah Sakinah) yang bertugas sebagai pensyarah di SriVilla College mendapat voice note misteri dari Mira (Amelia Handerson). At first dia ingatkan students dia sengaja nak prank tapi sampai sudah dia tak jumpa siapa pelajar bernama Mira.


Mira nak Miss Sara dengar misteri dan kisah gelap yang berlaku di SriVilla College tapi dengan syarat Miss Sara tak boleh cerita dengan siapa pun kisah ni. Sara yang curious dengan Mira setuju untuk dengar kisah Mira melalui voice note yang dia hantar setiap hari.

Kelakuan Miss Sara yang pelik mula jadi buah mulut staff dan pelajar SriVilla College. Mira merupakan pelajar di SriVilla College dan berkawan dengan Tasya dan Ika (Scha Elinnea). Ika terlanjur dengan Faizul (Ikmal Amry) dan video seks diorang tersebar disebabkan Jason sengaja nak singkirkan Faizul dari kelab bola sepak diorang. Impian dia untuk jadi kapten tercapai. Faizul digantung sekolah tapi nasib Ika malang bila dia dirogol pula oleh Sir Kamal (Zamarul Hisham).


Makin lama perbuatan Miss Sara untuk cari profile Mira, Tasha dan Ika dihidu oleh Sir Kamal dan Madam Mariam (Rita Rudaini). Madam Mariam arahkan Sir Kamal untuk awasi Miss Sara sebab dia tak nak hilang sumbangan dana untuk SriVilla College dari program Dancing Queen nanti. Kalau melampau sangat, Madam Mariam arahkan Sir Kamal untuk bunuh je Sara sebelum rahsia diorang berdua pecah. Tunang Sara, Fikri (Fendy Bakri) dah tegah supaya jangan serabutkan diri dengan benda yang tak patut sebab boleh effect kesihatan Sara.

Miss Sara semakin terganggu dengan voice note Mira nak pula bila dia tahu Mira dah meninggal 10 tahun lepas lepas dia melawat rumah Mira. Siapa yang hantar voice note kepada dia? Apa misteri di SriVilla College tu kena tengok sendiri lah dalam drama ni. 4 episod je so tak lama pun nak rungkai misteri tu.


Jalan cerita dia dah cantik dah tapi agak slow so I ubah video speed kepada 1.7x nak pulak dengan skrip skema dan cliché macam tu. Dalam drama ni ramai pelakon baru so lakonan tak berapa nak cantik sangat except Amelia dengan Ikmal since both of them dah biasa dengan camera.

Memang banyak plot twist dalam drama ni so kena fokus lah tengok tapi tang ending tu memang menggelupur betul pengarah nak habiskan sampai ramai tak faham sudahnya lepas Sharifah Sakinah explain barulah panjang ohhhh dia. Ramai jugak yang mintak Season 2 tapi macam tak perlu je sebab dah tahu dah cerita dia macam mana. Lagi satu hal bila ada twist yang menjadi disebabkan stills yang team Voice Note post untuk promote drama ni. 


Sex scene Faizul dengan Ika tu agak kelakar sebenarnya sebab gelojoh tak tutup lampu, tak tutup langsir. Kalau dia tutup langsir, dah boleh belasah dah si Jason tu sebab mamat tu dah get ready masa Ika datang lagi. Lagi satu hal kenapa diorang shoot scene panas macam tu sedangkan tak lepas pun nak tayang dekat TV? Gimik promo murahan sebab upload video tu dekat Twitter. 

Scene tu tak perlu langsung pun sebab jalan cerita Voice Note dah cukup kuat untuk tarik penonton. Kalau setakat nak tarik bebudak Twitter, bagi je jalan cerita fresh and genre thriller macam ni. Drama Gantung famous pun sebab video Randy berborak pasal family life dia, pasal khilaf ayah dia, bukan sebab sex scene pun.


Ada yang kata Voice Note sama dengan 13 Reasons Why walhal tak sama pun and applause to Voice Note team sebab hasilkan drama genre thriller yang fresh untuk penonton drama tempatan. Cuma pendek sangat kisah dia sampai orang pening. You guys wajib tengok drama ni, recommended! 

p/s : Drama ni ditayangkan di Youtube TV3 Official

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.3/10

11 comments

  1. Nak kena tgk ni. Nasib baik eps sikit je hehe. Baca review Farhanna rasa terus nak tgk!

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/05/reading-challenge-goodreads-2019-jan.html?m=1

    ReplyDelete
  2. i noticed amelia there. mcm best je

    ReplyDelete
  3. Akak memang tengok tapi rasa geram dengan watak Miss Sarah.. sebabnya tunang dia nak tolong selesaikan kekusutan sebab Miss Sarah selalu bgtau tunangnya yang dia selalu bermimpi tunang dia kena bunuh.. bila tunang dia nak tolong dia tak bagi plak.. adoiii stress bila tengok drama nie.. lagi satu ending dia macam tergantung.. sapa yang betul dan sapa yang salah sebenarnya..

    ReplyDelete
  4. Dah tengok.. memang menarik.. Berjayalah dia buat drama yang suspen.. Cumanya macam Farhanna cakaplah.. Babak seks tu tak payah pun takpe.. Drama nie dah cukup kuat dah sebenarnya untuk tarik penonton.. Genre thriller tu memang disukai bebudak muda skrg..

    ReplyDelete
  5. tak tengok pon.... macam best je baca review nih...

    ReplyDelete
  6. Asssalamualaikum. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang Abam Kie's Birthday Giveway. Untuk maklumat lanjut dan cara menuntut hadiah, sila layari pautan di bawah ini. Tahniah dan terima kasih!

    http://www.zukidin.com/2019/05/keputusan-abam-kies-birthday-giveaway.html

    ReplyDelete
  7. Dah tengok jugak cumaaa tang ending tu. Sape betul sape salah..alahaii

    ReplyDelete
  8. Teringin nak tengok tapi sampai ke sudah tak tengok

    ReplyDelete
  9. Hi Assalamualaikum, boleh saya dapatkan no telefon @ email penulis skrip drama voice notes ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, boleh contact dekat Twitter dia @MarrMohamad12

      Delete
  10. Cerita da best..ending tak best langsonggg...adoii sepoiii r..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.