2019 Bollywood Starkid Sensation

Wednesday 8 May 2019

Zaman social media, zaman tular-menular. Kalau dulu pelakon yang dah berumahtangga agak berahsia dengan media tapi sekarang ni dah susah nak elak dari paparazi. Ada starkids yang dah pandai posing depan media bila keluar dari rumah.

Dari keluar hospital sampai pandai berjalan, smua peminat boleh tahu perkembangan anak-anak bintang terkenal Bollywood ni. Here are some top starkids yang agak famous di Bollywood sekarang ni.

1. Taimur Ali Khan


Anak ketiga Saif Ali Khan hasil perkahwinan dengan Kareena Kapoor merupakan starkid yang paling famous di Bollywood. Baru berusia 3 tahun tapi sudah pun mempunyai fanclub dia sendiri. Setiap hari paparazi akan update aktiviti Taimur melalui akaun Instagram.


Taimur atau lebih dikenali dengan nama Tim aktif bermain bola, ukulele, menunggang kuda or just enjoy melukis dan agak ramah dengan media. Setiap pagi Tim akan bertegur sapa atau lambai kepada wartawan di hadapan rumah ataupun sekolah. Disebabkan jadual padat Kareena dan Saif, Tim selalu kelihatan di set lokasi, gym ataupun di mana sahaja Kareena-Saif berada ditemani pengasuh dan pengawal peribadi.



Disebabkan populariti Taimur, Kareena mendedahkan beberapa jenama terkenal offer Taimur menjadi duta tapi Kareena ambil keputusan untuk menolak semua tawaran tersebut kerana anaknya masih kecil.

2. Inaaya Naumi Kemmu


Sepupu kepada Taimur, si cantik yang mewarisi kecantikan ibu dia, Soha Ali Khan dan kekacakan ayahnya, Kunal Khemu. Inaaya lahir pada 29 September 2017, setahun jarak dari Taimur tapi bersekolah di satu sekolah yang sama. 



Ramai yang jatuh hati dengan kecomelan Inaaya tambah pula bila dia mewarisi sepasang mata berwarna hijau cerah dari nenek dan nenek saudara. Sama macam Taimur, Inaaya pun jenis yang tak segan bila jumpa media dan camera. 

3. AbRam Khan


Anak bongsu kepada SRK dan Gauri Khan pernah menjadi kegilaan peminat Bollywood dan telah pun debut dalam movie Happy New Year. Kenapa pernah? Disebabkan kegilaan para peminat dan juga paparazi, Gauri Khan membataskan interaksi AbRam dengan dunia luar. Dia taknak AbRam rasa stress tapi hidup normal seperti kanak-kanak lain. 

Wajah AbRam saling tak tumpah seperti SRK walaupun AbRam dilahirkan hasil IVF tapi tak menghalang dia rapat dan manja dengan Gauri. AbRam dilahirkan pada tahun 2013 dan merupakan anak bongsu selepas Aryaan dan Suhana. 


Walaupun sibuk dengan kerja tak menghalang SRK untuk bonding dengan AbRam bila dia selalu bawa AbRam ke lokasi pengambaran dan perlawanan kriket. Kata SRK, AbRam ialah 'mini me' kerana personaliti AbRam sama seperti personaliti dia.

4. Yash-Roohi Johar


Si kembar sepasang hasil IVF, anak kepada pengarah terkenal dan juga pemilik produksi Dharma, Karan Johar ambil keputusan untuk menjadi ayah pada tahun 2017. Nama Roohi dan Yash diambil bersempena nama kedua orang tua Karan. 


Sejak adanya Roohi dan Yash, Karan lebih banyak luangkan masa dengan si kembar di rumah dan mula kurangkan aktiviti di dunia filem. Movie di bawah Dharma Production lebih banyak diterbitkan dari hasil arahan pengarah-pengarah baru dengan nasihat dan seliaan Karan Johar. 


Yash-Roohi banyak luangkan masa dengan AbRam disebabkan Gauri berkawan rapat dengan Karan. Being a single parents agak menakutkan buat Karan Johar tapi dengan adanya rakan artis seperti Bebo, Kajol, Rani dan ibu dia sendiri, dia kuatkan semangat untuk besarkan Yash-Roohi. 

5. Misha & Zain Kapoor


Adik beradik anak kepada pasangan Shahid Kapoor dan Mira Rajput antara starkids yang berada di hati peminat dengan keletah comel masing-masing. Misha merupakan gabungan nama Mira dan Shahid yang lahir pada Ogos 2016. Zain pula pada September 2018. 


Disebabkan busy dengan jadual lakonan, Shahid jarang dapat luangkan masa dengan Misha dan Zain tapi Mira as fulltime housewife selalu upload bonding time dia dengan anak-anak untuk tatapan peminat. Kata Shahid pengalaman sebagai parents jaga Misha agak panik dan paranoid tapi dengan Zain, diorang berdua agak tenang tambah pula Zain agak berdisiplin. Dia tidur on time, bangun tidur pun on time so senang Mira plan jadual harian dia. 


Misha yang semakin membesar, seorang yang periang dan aktif. Sama seperti ayah dia, Misha pandai bergaya dengan fashion dan cenderung ke arah muzik. Mungkin besar nanti boleh jadi penari hebat macam ayah dia jugak. 

6. Aaradhya Bachchan


Anak perempuan kesayangan pasangan Abhishek Bachchan dan juga Aishwarya Rai yang lahir pada 2011 kini berusia 8 tahun. Berpewatakan manja dan pemalu di hadapan kamera. Aaradhya banyak luangkan masa bersama Aish, ke mana sahaja Aish pergi Aaradhya pasti ada sekali. Sama seperti Gauri, Aish sebolehnya tak nak paparazi kacau anak dia tapi makin lama dia terpaksa terima hakikat kehidupan sebagai public figure. 



Abhi-Aish yang tinggal bersama keluarga buatkan Aaradhya rapat dan manja dengan atuk dia, Amitabh Bachchan. Kata Big B, dia suka bila Aaradhya datang ke meja kerja dan usik barang dia sebab tu semua pengalaman berharga dapat tengok perkembangan cucu membesar di depan mata. Dia tak kisah nak manjakan Aaradhya walaupun Abhi-Aish bantah. 

7. Nitara Kumar


Anak bongsu kepada Akshay Kumar dan Twinkle Khanna awalnya jarang buat kemunculan di media sosial mahupun di hadapan media sebab Akshay nak Nitara hidup sebagai kanak-kanak normal. Makin lama bila Nitara makin membesar dan penat 'menyorok' dari media, Akshay-Twinkle decide untuk bagi kebebasan pada Nitara. 


Nitara lahir pada tahun 2012 dan mula aktif sama macam ayah dia yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan workout dan fitness. Kalau abangnya, Aarav mirip wajah Twinkle, Nitara pula mirip seperti Akshay. Akshay makin kerap update perkembangan Nitara dan aktiviti mereka sekeluarga di akaun Instagram sama juga dengan Twinkle. 

Well that's all for this entry, I hope everyone have fun reading this. Ciao!

26 comments

  1. paling suka yg gambar awal2 tuh... sbb warna mata dia tuh yg cantik sgt.... alahai

    yg tak tahan hari2 ada paparazzi update psl anak saif tuh... perkkkhhh
    betapa fanatik jgk peminat diaorg yek

    ReplyDelete
  2. Dah besar anak2 srk. Tp dia tetap maintain muda mcm dlm citer dilwale. Huhu

    ReplyDelete
  3. anak kareena paling cantik.. omg lawa2 anak diorang sebenarnya

    ReplyDelete
  4. taimur dengan inaaya tu paling comel..mata diorg cantik kut..sejenis hairan tengok baka2 diorg ni hahaha

    ReplyDelete
  5. ingat kat malaysia je ada star kids, rupanya sana lagi cantik & comel dorang waktu kecik. ni mesti bila dah besar makin handsome & lawa.

    ReplyDelete
  6. fuhhhhh..lawo and comel nya anak diaorang ek....bestnya lahai..anak srk yg bungsu tu hensemmm ooo...hahaha..

    ReplyDelete
  7. Anak-anak pelakon hindustan semua dah macam anak mat saleh jer rupanya. Rasanya ramai yang akan jadi bintang bollywood juga nanti.

    ReplyDelete
  8. Comeinyeew..kalau dekat gan sis ni mau sis gomol2 diorg ni. Ikut kecantikan mak pak diorg gak le ni, mana tumpahnya kuah kalau tak kenasi ya dak..:)

    ReplyDelete
  9. Comel-comel je anak2 pelakon bollywood ni.. mata tu dah macam anak mak saleh kan?..selalunya bollywood ni nnt anak-anam diaorg juga akan berlakon bila besar nnt.

    ReplyDelete
  10. Budak budak ni kecik kecik dah lawa dan handsome. Besar nanti memang ikut jejak langkah mak ayah dieorang lah kot masuk bidang lakonan semua

    ReplyDelete
  11. Comel-comel belaka. Suka tengok mata dia orang kan. Cantik.

    ReplyDelete
  12. Bila kita tengok pelakon Bollywood ini dah macam tak percaya mereka orang India semua putih-putih hehehehe dah banyak sangat mixed kan wakakakaka comel-comel belaka anak mereka...

    ReplyDelete
  13. Cantiknya mata anak-anak nie semua. Comel-comel belaka. Top 2 tu memang sangat comel - rasa nak geget-geget kedua-duanya. Keluarga SRK memang diberkati dengan gen yang cantik kan.

    ReplyDelete
  14. Anak-anak pelakon Hinsdutan ni semua comel-comel dan lawa-lawa bila dah semakin dewasa kan.. macam anak orang putih pun ada juga.. untung.. hehehe

    ReplyDelete
  15. ya allah comelnya diorang ni mata tu dah keler apa dah ye

    ReplyDelete
  16. Ya Allah.. Comel betul dorang..
    Tak tahu nak kata comelnya tu macam mana.
    Sangat sangat cute.
    Beruntungnya mak ayah mereka ada anak yang sangat comel.

    ReplyDelete
  17. Wow these Bollywood kids are so so adorable and so famous now.

    ReplyDelete
  18. bestnya dilahirkan dalam keluarga yang femes ya. senang nak cari duit bila besar nanti. hihi. comel2 lah anak artis2 bollywood nie. dah ebsar mesti cantik dan kacak. terus jadi pelapis pelakon

    ReplyDelete
  19. Sis memang suka tengok tim tu comel sgt muka mcm mat salleh. Yelah parents pon sama cantik sama padan. Memang mewarisi kecantikan family. Sekarang ni anak artis pon jadi perhatian media. Dulu sis selalu tengok rancangan korea je.

    ReplyDelete
  20. Comel2 anak depa ni hehehe. Untung dilahirkan dalam keluarga yg sedia kaya dan berpersonaliti. Kita blh jadikan motivasi untuk bekerja keras ini. Oh ya pelakon bollywood ada kelas mereka sendiri

    ReplyDelete
  21. anak artis sekarang lagi famous dari parent diorang..hehe

    ReplyDelete
  22. Perghhhhhh! Memang lawa-lawa anak dorang ni. Lelagi parents dorang well-known, memang netizen follow la cerita dorang dari dalam perut lagi sampai la mereka besarkan. Fuh! Lawa oi anak dia :D

    ReplyDelete
  23. Anak SRK is soooo handsome tapi kalau bab mata, Taimur menang hahaha

    ReplyDelete
  24. Fuh anak selebriti sekarang memang cun. Bukan bollywood aje. Malaysia pun ramai anak comel, mata biru, mata coklat, mata hijau, hidung mancung, bibir munggil, pipi tembam. Kadang jadi terapi tengok muka anak-anak kecil ni. Hilang stress.

    ReplyDelete
  25. nama taimur ni penah jadi kontroversi kan?

    ReplyDelete
  26. Ohhhh dah ramai yg kawen dan ada anak rupanya kan. Baru tau sampai ada yg buat IVF. Dah lama dah tak tengok pasal bollywood pny gossips smua. Tapi anak Aisyawarai macam Lisa BP pulak sikit. Hahaha.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.