Movie Review | Pari - Not A Fairytale

Monday 16 July 2018




Director : Prosit Roy
Writer : Prosit Roy, Abhishek Bannerjee
Cast :     Anushka Sharma, Parambrata Chatterjee, Rajat Kapoor, Ritabhari Chakraborty, Mansi Multani
Production Company : Clean Slate Films, KriArj Entertainment, Kyta Productions
Distributor : Pooja Entertainment
Genre : Horror
Running Time : 134 minutes
Release Date : 2 March 2018
Trailer :



The first moment Anushka tayang poster Pari dekat Twitter account I was puzzled, did she act in a thriller movie? Mental disorder? Traumatic victim? Abused? And never thought she will do a horror film because in Bollywood it’s hard to find A-class star act in a horror movie. Bips is B-class if you guys wondering about her status. Boothnath a comedy movie.

Lepas tengok teaser, trailer memang impressed sangat dengan lakonan Anushka sebab keluar dari kepompong dia. After NH10, Sultan and now this! Kudos to her career, although movie Pari tak meletup dekat box office but her progress as an actress colours her journey.

Image result for pari movie

Movie Pari mengisahkan tentang Arnab (Parambrata Chatterjee) dan keluarganya yang terlanggar seorang perempuan tua di jalanraya semasa hujan lebat dan menyebabkan kematian. Tak tahu siapa identiti perempuan tu dan bersandarkan pada wild guess, Arnab dan pihak polis menjumpai sebuah pondok usang dalam hutan. Yang lebih mengejutkan bila mereka terjumpa seorang perempuan muda bernama Rukhsana (Anushka Sharma) dengan kakinya dirantai di tiang pondok bersama beberapa ekor anjing.

Kata penduduk kampung, perempuan tua tersebut memang pelik dan suka mengutip anjing jalanan untuk dibawa pulang ke pondoknya. Kadang dia menangis di pondok, kadang berdiri di jalanraya dan menangis. Tiada siapa yang kenal mereka dua beranak.


Pihak polis membawa Rukhsana ke rumah mayat untuk sesi pengecaman mayat dan proses pengebumian. Arnab yang berasa simpati dengan nasib Rukhsana, menghantarnya pulang ke rumah dan menghulurkan sedikit duit untuk belanja makan walaupun ditegah oleh ibunya. Keesokan harinya Rukhsana lari dari pondok usang tersebut dan bersembunyi di rumah Arnab bila beberapa orang lelaki cuba memburunya.

Arnab cuba untuk hantar Rukhsana ke rumah kebajikan tapi layanan penjaga di sana pun agak teruk bila perempuan dalam diam dipaksa menjadi pelacur, dipukul dan dilayan seperti sampah. Risau dengan apa yang bakal menimpa Rukhsana, dia berazam untuk menjaga Rukhsana sehingga jumpa tempat yang sesuai sebelum dia berkahwin dengan Piyali (Ritabhari Chakraborty).


Tapi makin lama dia hidup dengan Rukhsana, dia mula jatuh cinta dan risau dengan keadaan Rukhsana walaupun ada beberapa perkara pelik yang berlaku pada Rukhsana. Dia mula mengenal dan mengajar tentang kehidupan kepada Rukhsana. Tanpa mereka sedar, kumpulan pemburu yang diketuai oleh Professor Unversity Dhaka, Prof Quasim Ali (Rajat Kapoor) mula menjejaki Rukhsana untuk dibunuh dengan bantuan Kolapori yang mempunyai kaitan dengan ajaran Orladchakra dan jin Ifrit di Bangladesh.

First half memang clueless siapa sebenarnya Rukhsana dan beberapa scene yang tonjolkan tentang pemuja jin Ifrit dari penganut Orladchakra dan salah seorang mangsa rogol jin Ifrit ialah ibu Rukhsana yang berjaya larikan diri dari kumpulan pemburu Prof Quasim. Movie ni genre horror tapi tak banyak jumpscare ataupun typical horror scene yang kita biasa tengok. Dia lebih kepada pemujaan dan gory scenes. Kebanyakan negara Islam banned movie Pari sebab ada ritual pemujaan and even scene Prof Quasim baca ayat untuk elakkan gangguan pun bukan ayat Quran walaupun at first dia baca Auzubillahiminassyaitonirrajim.


Kalau tak kuat semangat prefer not to watch this movie sebab katanya cerita ni diambil dari kisah benar pemujaan puak ni tahun 90-an di Bangladesh. Tak pasti pulak ayat ritual tu semua betul ke tak sebab dia cuma bagitahu kisah ni agak popular di Bangladesh.

As I said earlier, lakonan Anushka memang bagus sebagai gadis naïf tapi dalam masa yang sama berketurunan Ifrit. Same goes to Parambrata Chatterjee sebagai pemuda kesunyian dan naïf after his work in Kahaani as a clueless police. Not to mentioned, Rajat Kapoor and Ritabhari Chakraborty, both have done justice to their role.

Dalam movie Pari ni bukan mesej pemujaan syaitan yang diketengahkan tapi siapa sebenarnya raksasa dalam kehidupan ni. Rukhsana yang berketurunan separuh raksasa separuh manusia ataupun Piyali yang tergamak membunuh bayinya sendiri selepas ditinggalkan kekasihnya. Mungkin Arnab yang tergamak membiarkan Rukhsana diseksa oleh Prof Quasim walaupun Rukhsana mengandungkan anaknya. Mungkin juga Prof Quasim yang mendera Rukhsana selama 3 minggu tanpa henti walhal boleh je dia bunuh Rukhsana tanpa pengetahuan sesiapa sebab kewujudan Rukhsana tak diketahui?


Ada juga beberapa scene yang terjongket kening macam scene Rukhsana lari ke rumah Arnab walhal tak pernah sekali pun Arnab bagitahu location rumahnya and he seems okay with it. Its proven proof he dislike Piyali and just accept her because he doesn’t wanna die lonely pfft. Lagi satu scene bila Rukhsana lahirkan anak dia, Korapali ada datang sekali tapi Rukhsana macam tak berapa nak kisah sangat dengan kewujudan Korapali.

Mungkin akan ada sequel sebab anak Rukhsana dengan Arnab quite unique nak dibandingkan dengan bayi berketurunan Ifrit yang pernah lahir. Tugas Korapali pun belum diceritakan sepenuhnya sebab dia tak pernah membimbing atau berjumpa dengan bayi keturunan Ifrit yang lahir since semua dibunuh oleh Prof Quasim and the gang.

Related image

Banyak persoalan bila tonton movie ni tapi nak kata tak enjoy, tak juga sebab banyak scenes yang well directed and well written. Nak kata suka pun tak juga sebab ending dia tak seperti yang diharapkan dan timbulkan banyak persoalan. But the experience to watch a movie with great actors and great message is a pleasurable moment.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

7 comments

  1. mcm seram pulak nak tgk sebab bnyk ritual. lagi2 sy jenis x tgk crita hantu. hehehe

    ReplyDelete
  2. Best sangat movie ni .Tapi boleh mental juga rasanya bila tgk.

    ReplyDelete
  3. macam agak berat movie ni ek..kena banyak berfikir..

    ReplyDelete
  4. macam seram movie ni..tak berani nak tonton

    ReplyDelete
  5. Sha tengok filem ini tapi tanpa suara.. Kikiki.. Tak berapa nak berani tapi teringin nak tengok lakonan Anushka Sharma

    ReplyDelete
  6. seram gak tengok movie ni hari tu hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.