Wednesday, 4 July 2018

Kek Span OREE, Melawati Mall

Bulan puasa haritu jalan-jalan dekat Melawati Mall sementara tunggu wayang start lepastu ternampak cheesecake Oree ni. Tak sempat nak beli sebab kiosk dia dah tutup dah masa tu. Membawak sampai ke raya simpan hajat nak beli sudahnya lepas pergi open house terus serbu kiosk dia. 


Hajatnya nak beli cheesecake je tapi confuse pulak nak makan cheesecake, chocolate cake ataupun cheesy cheesecake. Pening nak fikir mana satu, pilih je semua sebab dia ada set untuk flavor dalam satu box harga RM18 je. Lagi jimat sebab setiap satu harga RM12. 


Nak beli pun tak perlu tunggu lama sebab dia dah memang siap pack lepas bake dalam box dekat kaunter. Tinggal nak pilih je yang mana nak. Saiz dia pun besar jugak so bila makan memang berbaloi dengan harga. Macam saiz roti potong Gardenia dekat kedai tu. 


My personal choice, I really love chocolate cake dia sebab bersepah chocolate. Rasa chocolate campur chocolate mint plus chocolate lava. Kalau singgah lagi memang beli chocolate cake dia lepastu sejukkan makan dengan aiskrim memang marvellous teruk berjimba lemak yang diternak. Meanwhile cheesecake dengan cheesy cheesecake dia tawar. Tak ada rasa cheese pun walaupu nama dia cheesy cheese. Sedih jugak lah beli sampai dua tapi hambar. 

9 comments:

  1. Teringin juga nak rasa yang ini.. Maknanya yang chocolate memang ohsemlah ye.. Boleh dicuba..

    ReplyDelete
  2. Klau ada jual kt kedah ni. Bole beli

    ReplyDelete
  3. alamak, yummy nya mama tgk

    ReplyDelete
  4. kalau sebut chocolate cake ni memang i mudah tergoda..hihi

    ReplyDelete
  5. Pernah jugak baca orang kata kek dia biasa biasa aje. Tapi selalu tengok ramai jugak orang membeli.

    ReplyDelete
  6. menarik nyer.
    3 cakes in a box.
    rasa-merasa :)

    ReplyDelete
  7. Wah, teringin pulak nak makan kek span tu...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.