Movie Review : Raazi

Friday 20 July 2018



Director : Meghna Gulzar
Cast : Alia Bhatt, Vicky Kaushal, Rajit Kapur, Shishir Sharma, Jaideep Ahlawat, Ashwath Bhatt, Arif Zakaria, Soni Razdan, Sanjay Suri
Production Company : Junglee Pictures, Dharma Productions
Distributor : AA Films
Genre : Thriller
Running Time : 140 minutes
Release Date : 11 May 2018
Trailer : 


Raazi movie yang bertemakan patriotism yang diambil dari karya Harinder Sikka, Calling Sehmat yang bertemakan perang India-Pakistan pada tahun 1971. Sebelum ni dah tengok movie The Ghazi Attack dimana mengisahkan bagaimana tentera India menyelamatkan negara dari serangan tentera dalam kapal selam Pakistan. Sebelum Ghazi Attack, kisah perisik India dalam Raazi bongkarkan bagaimana India mematahkan serangan Pakistan dan terpaksa berundur dari India.

Kepada yang tak suka sejarah, movie ni tak ada scene berat pun cuma paparkan kisah seorang gadis biasa, Sehmat Khan (Alia Bhatt) anak kepada Hidayat Khan (Rajit Kapur), seorang businessman dari Kashmir yang mempunyai hubungan baik dengan Brigadier Syed (Shishir Sharma) lantas membuat keputusan mengahwinkan Sehmat dengan anak bongsu Syed, Iqbal (Vicky Kaushal) untuk selamatkan negara.


Sebelum berkahwin, Sehmat dihantar ke pejabat RAW untuk berlatih menjadi informer kepada mereka selepas berkahwin nanti kerana rumah Syed ialah tempat mereka berkumpul dan berbincang tentang strategi perang pihak Pakistan. Di sana nanti Sehmat perlu menjadi mata dan telinga India sebelum perang bermula.

I am so amazed with Alia’s talent in Raazi, scene dia datang ke tempat persembunyian RAW lepas gagal dengan Plan A dan proceed dengan Plan B tu scene paling sakit nak tengok. Alia tak pernah gagal untuk express her emotions onscreen. Rasa sakit yang dia rasa masa tu boleh rasa sekali. Just give her that National Award for Best Actress 2018 for her incredible performance in Raazi.


Tak lupa juga lakonan Vicky Kaushal sebagai Iqbal yang berkhidmat untuk Pakistan sebagai askar tapi berbelah bahagi hati antara cinta kepada Sehmat ataupun cinta kepada negara. Scene dia tanya Sehmat, cinta Sehmat selama ni jujur ataupun palsu semata sebab dia betul-betul sayangkan Sehmat even lepas tahu Sehmat pembelot pun dia tetap hormat Sehmat dan anggap Sehmat sama macam dia, ingin berbakti kepada negara tercinta.

Disebabkan dua watak patriotik yang jatuh cinta tapi terhalang antara sebab kenapa boleh emosi masa menonton, tambah pula diadaptasi dari kisah sebenar. Cerita ni disampaikan oleh Sehmat sendiri bila anak dia pujuk untuk ceritakan kepada penulis novel. Anak Sehmat dan Iqbal pun berkhidmat dalam tentera tapi berhenti bila Sehmat meninggal.


Perjalanan Raazi bukan terbatas hanya pada pengorbanan seseorang untuk negara tapi betapa besarnya kerugian perlu manusia alami bila tercetusnya perang. Kepentingan negara sampai mengorbankan beberapa nyawa, jadi apa ertinya kemenangan bila hilang yang tersayang?

Scene Iqbal cakap dengan Sehmat dia tak pernah sekali pun lukakan Sehmat, marah pun tak pernah antara punca kemurungan lepas tengok Raazi sebab karakter Iqbal yang sopan, gentleman dan bukatn setakat Iqbal tapi satu keluarga baik buat kita jadi tertanya apa kepentingan peperangan dua negara ni sedangkan boleh hidup berdamai. Instead of taking sides, you will question why?


Sampai sekarang kalau tengok peperangan India-Pakistan tak boleh nak hadam kenapa Jinnah sanggup pecah belahkan dua negara ni. Sampai sekarang berperang, sampai sekarang bertelagah walhal Jinnah ambil keputusan berpisah negara dulu untuk selamatkan orang Islam dari ditindas padahal jumlah Islam dan Hindu sama banyak je yang tertindas dan terkorban. Dia dah mati tapi yang hidup ni tanggung seksa.


But whatever the past is, dari segi lakonan leading cast mahupun supporting cast, jalan penceritaan, visual dan kostum, music, dialog semua faktor menyumbang kepada kualiti movie yang bagus untuk ditonton. Tak pasti movie ni untuk mengenang jasa Sehmat ataupun sebenarnya mengenang kisah cinta antara Iqbal dan Sehmat tapi walau apapun objektif Meghna dan team Raazi, they surely did the best.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.9, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

6 comments

  1. Dh msk dlm to tonton list 😊

    ReplyDelete
  2. Uishh macam best je filem ni. Dah lama tak gi wayang tengok citer Hindustan. Last sekali wife sayalah dengan anak-anak .. tgk citer SRK tu .. apa ke nama pun, lupa la pulak.

    ReplyDelete
  3. trailer pun dah rasa best. kesian juga dengan Sehmat digunakan utk kepentingan negara tapi Sehmat ni cantik sangat.

    ReplyDelete
  4. Adoi.. Kalau tengok nie mesti berjurai-jurai air mata keluar.. Baca review pun dah sedi.. Huhuhu.. Tak suka peperangan..

    ReplyDelete
  5. Dekat mana nak tengok eh movie ni?

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.