Mr Sushant Dubey dan Mrs Aparna
Dubey check in di salah sebuah hotel di Mauritius atas urusan kerja di sana
sementara Aparna dan anak perempuan mereka datang bersama kerana Sushant
terkenal dengan perangai mata keranjang walau kemana sahaja dia pergi.
Jam 2 pagi Naina menerima aduan
dari penginap bilik lain yang mengatakan gangguan tangisan bayi berterusan
hingga susah untuk mereka tidur dengan tenang. Semasa Naina sampai ke bilik Mr.
& Mrs Dubey, dia ternampak seorang lelaki (Kali Prasad Mukherjee) yang
mencuri dengar di pintu rumah pasangan tersebut. Gelagat lelaki tu agak misteri
tambah pula menghendap pada jam 2 pagi. Disebabkan ternampak Naina, dia segera
pergi dari situ dan menjelaskan yang dia hanya ingin membantu.
Keesokan paginya, Aparna mencari
Titli tapi tak jumpa. Dia mengajak Sushant untuk mencari Titli di seluruh
kawasan hotel tapi dari pagi sehingga tengahari masih belum jumpa jejak Titli.
Aparna mengesyaki lelaki misteri yang menghendap pintu biliknya tapi selepas
siasatan polis yang diketuai Ramkhilawan Buddhu (Annu Kapoor), tekaan liar
Aparna salah.
Makin tambah serabut bila identiti
asal Sushant dan Aparna terdedah dan mereka bukannya suami isteri seperti yang
didaftar di hotel tersebut. Lagi sakit kepala bila Sushant kata Titli
sebenarnya hanya rekaan imaginasi Aparna untuk hilangkan kesunyian dia.
Jalan cerita Missing ni dah boleh
agak dah sebenarnya apa jadi cuma unexpected bila scene dedahkan identiti asal
Aparna dan Sushant. No wonder lah reaksi Aparna hambar je bila dia nampak
number perempuan lain dail Sushant. Ingatkan malas nak layan sebab ada isu lagi
besar rupanya memang dia tak kisah pun siapa Sushant. Tapi second half movie
dia macam meroyan jugak bila tahu siapa perempuan tu. Pfftt
Bila jalan cerita tak cantik,
skrip pun jadi bahan jenaka, lakonan Tabu dengan Manoj nampak tak menjadi.
Mungkin sebab diorang pun tahu movie ni tak boleh pergi jauh dan tak logik. Sayang sebab mereka berdua antara pelakon
terbaik di India tapi entah kenapa pilih movie ni dalam karier masing-masing. Previous
movie Tabu, Golmaal Again pecah panggung so I don’t think sebab masalah
financial, lain cerita lah dengan Manoj bila movie Aiyaary tak berapa umpphh
sangat.
Nampak macam bagus je kerja polis
dalam movie ni untuk naikkan saspen tapi tak tahu lah apa benda yang anjing
pengesan tu cari bila bau Titli pun dia tak tahu. Sampai ke sudah anjing tu dok
mencari benda yang entah apa dia cari. Dekat situ pun dah gagal. Kalau ikutkan
pengawasan sekuriti di hotel tu, Titli akan dijumpai bila dia keluar sebab ada
CCTV. Entah kenapa polis tak pelik bila tak jumpa sebarang footage Titli.
Ending agak predictable so layan
sebab nak tahu tekaan betul ataupun tak je. Bila dah habis movie ni boleh lah
disimpulkan bahawa Aparna tu tak saiko sangat pun tapi orang sekeliling dia je
bodoh terutamanya Sushant yang buta dengan kecantikan Aparna. Kenikmatan yang
sementara.
1. Team Production +0.7, 2.
Visual +0.6, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3,
7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 4.1/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Tabu antara pelakon Bollywood kesukaan kak AJ, setipa karektor yang dibawanya penuh penghayatan, pasti ini juga satu filem yang hebat kan :)
ReplyDeleteSuka lakonan Tabu ini.. Ada emosi.. Tapi kalau cam tak best, malaslah nak tengok..
ReplyDeletemisteri tu sampai cctv pun tak boleh detect mana anak dia hilang.
ReplyDelete