Movie Review | Missing

Tuesday 17 July 2018


Director : Mukul Abhyankar
Writer : Mukul Abhyankar
Cast : Tabu, Manoj Bajpayee, Annu Kapoor, Priyanka Setia, Shruti Chandana, Naveen Kaushik, Kali Prasad Mukherjee
Production Company : Friday Filmworks
Distributor : Abundantia Entertainment, Friday Filmworks
Genre : Thriller
Running Time : 120 minutes
Release Date : 6 April 2018
Trailer :



Mr Sushant Dubey dan Mrs Aparna Dubey check in di salah sebuah hotel di Mauritius atas urusan kerja di sana sementara Aparna dan anak perempuan mereka datang bersama kerana Sushant terkenal dengan perangai mata keranjang walau kemana sahaja dia pergi.

Setibanya di Mauritius, Sushant cuba mengorat Naina (Priyanka Setia), salah seorang receptionist di hotel tersebut yang berkerja pada shif malam tapi Naina tidak endahkan langsung Sushant. Selepas selesai check in, Sushant keluar dari bilik untuk mencari makanan kerana café hotel sudah ditutup. Alasan dia sebenarnya untuk keluar ambil angina kerana room service disediakan 24-jam. Aparna stay di bilik kerana ingin menjaga Titli yang demam panas.


Jam 2 pagi Naina menerima aduan dari penginap bilik lain yang mengatakan gangguan tangisan bayi berterusan hingga susah untuk mereka tidur dengan tenang. Semasa Naina sampai ke bilik Mr. & Mrs Dubey, dia ternampak seorang lelaki (Kali Prasad Mukherjee) yang mencuri dengar di pintu rumah pasangan tersebut. Gelagat lelaki tu agak misteri tambah pula menghendap pada jam 2 pagi. Disebabkan ternampak Naina, dia segera pergi dari situ dan menjelaskan yang dia hanya ingin membantu.

Keesokan paginya, Aparna mencari Titli tapi tak jumpa. Dia mengajak Sushant untuk mencari Titli di seluruh kawasan hotel tapi dari pagi sehingga tengahari masih belum jumpa jejak Titli. Aparna mengesyaki lelaki misteri yang menghendap pintu biliknya tapi selepas siasatan polis yang diketuai Ramkhilawan Buddhu (Annu Kapoor), tekaan liar Aparna salah.


Makin tambah serabut bila identiti asal Sushant dan Aparna terdedah dan mereka bukannya suami isteri seperti yang didaftar di hotel tersebut. Lagi sakit kepala bila Sushant kata Titli sebenarnya hanya rekaan imaginasi Aparna untuk hilangkan kesunyian dia.

Jalan cerita Missing ni dah boleh agak dah sebenarnya apa jadi cuma unexpected bila scene dedahkan identiti asal Aparna dan Sushant. No wonder lah reaksi Aparna hambar je bila dia nampak number perempuan lain dail Sushant. Ingatkan malas nak layan sebab ada isu lagi besar rupanya memang dia tak kisah pun siapa Sushant. Tapi second half movie dia macam meroyan jugak bila tahu siapa perempuan tu. Pfftt


Bila jalan cerita tak cantik, skrip pun jadi bahan jenaka, lakonan Tabu dengan Manoj nampak tak menjadi. Mungkin sebab diorang pun tahu movie ni tak boleh pergi jauh dan tak logik.  Sayang sebab mereka berdua antara pelakon terbaik di India tapi entah kenapa pilih movie ni dalam karier masing-masing. Previous movie Tabu, Golmaal Again pecah panggung so I don’t think sebab masalah financial, lain cerita lah dengan Manoj bila movie Aiyaary tak berapa umpphh sangat.

Nampak macam bagus je kerja polis dalam movie ni untuk naikkan saspen tapi tak tahu lah apa benda yang anjing pengesan tu cari bila bau Titli pun dia tak tahu. Sampai ke sudah anjing tu dok mencari benda yang entah apa dia cari. Dekat situ pun dah gagal. Kalau ikutkan pengawasan sekuriti di hotel tu, Titli akan dijumpai bila dia keluar sebab ada CCTV. Entah kenapa polis tak pelik bila tak jumpa sebarang footage Titli.


Ending agak predictable so layan sebab nak tahu tekaan betul ataupun tak je. Bila dah habis movie ni boleh lah disimpulkan bahawa Aparna tu tak saiko sangat pun tapi orang sekeliling dia je bodoh terutamanya Sushant yang buta dengan kecantikan Aparna. Kenikmatan yang sementara.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 4.1/10

3 comments

  1. Tabu antara pelakon Bollywood kesukaan kak AJ, setipa karektor yang dibawanya penuh penghayatan, pasti ini juga satu filem yang hebat kan :)

    ReplyDelete
  2. Suka lakonan Tabu ini.. Ada emosi.. Tapi kalau cam tak best, malaslah nak tengok..

    ReplyDelete
  3. misteri tu sampai cctv pun tak boleh detect mana anak dia hilang.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.