Sebelum ni memang tak pernah tahu
pun apa kegunaan cleansing water ataupun betapa pentingnya untuk kulit whether
pakai makeup ataupun tak. Selama ni memang tak pernah guna langsung. Nak buang
makeup? Just cuci muka.
Tapi lepas ternampak post tentang
kegunaan cleansing water ni baru faham yang makeup tak tertanggal secara
efektif dan hilang secara total pun bila kita cuma cuci muka macam tu je. Kena
bersihkan dulu dengan makeup remover walaupun cuma tempek compact powder
ataupun bedak tepuk. Dan juga biarkan muka tanpa sebarang bahan.
Sejak dari hari tu, sebelum cuci
muka memang akan wipe dulu muka dengan Garnier Micellar Cleansing Water ni
lepastu baru cuci muka. Bangun tidur, tengahari ataupun sebelum tidur. Rutin
penjagaan muka paling asas dalam kehidupan.
Disebabkan sejenis yang tak suka
banyak product, so I bought micellar water ni since dia boleh tanggalkan makeup
di muka, mata dan bibir. Sekali wipe je semua terus hilang dari muka. At first
try warna biru lepastu beralih kepada warna pink. Bukan sebab warna biru tak
bagus tapi warna pink lagi sesuai dengan kulit. Sensitive type.
Lagipun yang biru ada alcohol
denat yang boleh mengeringkan muka so better avoid it. Bila muka kering, mula
la berminyak dan pedih. Guna yang pink ni tak perlu bilas dengan air pun just
wipe je sampai bersih muka dari makeup dan kotoran. Memang terasa sangat muka
lembab dan segar. Kalau malas cuci muka waktu tengahari ataupun muka terdedah
dengan habuk, memang guna micellar water ni je. Dekat tempat kerja memang wajib
ada sebab banyak habuk.
For the bottle pulak agak simple
tapi tu sebenarnya yang menawan hati, its crystal clear and looks pure. Tak
payah beria pun takpe yang panting kegunaan tu terbaik. Cuma kadang merentan
jugak bila bottle cap tak tertutup rapat lepastu tumpah. Clumsy.
Another brownie points, harga dia
pun murah and usually I beli masa tengah offer sebab boleh cecah belas ringgit
je. I even recommend him to use this sebab dia pun terdedah dengan habuk and so
on plus muka dia pun jenis sensitive. Ye ye sama lah kitorang tu tapi muka dia
lagi elok lah sebab dia suka belek muka. I malas. Kbai.
10 comments
Waa bagusnya...menanggal make up dengan mudah ya...betul..kadang walau guna bedak kompak pun susah nak hilang kalau sekadar cuci dengan air sahaja..ermmm..boleh beli ni.
ReplyDeleteUhhh tambah jelitalah macam ni.
ReplyDeleteOhh penanggal mekap rupanya .. hahahaha .. tapi tu la .. baju biru tu nampak jelitalah.
ReplyDeletedah boikot garnier..:)
ReplyDeleteOh untuk tanggalkan mekap rupanya micellar water ni, ingatkan untuk segarkan wajah..
ReplyDeleteMacam nak cuba jugalah.. Nampak muka Farhanna makin sweet.. :)
ReplyDeletedah lama guna micellar water ni sebab harga dia lebih murah kalau nak compare dgn brand lain
ReplyDeleteOo..boleh cuba juga ni
ReplyDeleteMy sister pun pakai yang ni and dia suka. I tried once rasa macam okay la not bad.
ReplyDeletepernah cuba dekat bibir and then tak memasal bibir jadi kering lepastu Bean terus tukar kepada vaseline. rasanya lagi elok cuci pakai oil cleansing dulu then cuci pakai micellar water. sbb benda ni dia harsh gitu. yeah, physical exfoliating.
ReplyDelete[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.